2014-11-12

Iklan barter sistem


Adelah menjadi satu benda yang best juga bila jadi blogger ni.
Tak update blog 2-3 hari nanti masuk email "Kak Di sihat ke? Sebab dah lama tak update blog"

Tak sure dia memang nak tanya khabar aku atau nak tanya apesal blog tak berupdate. Heheh.
Takpe..takpe..tima kasih kerana bertanya.
Biasa la kan, nak hujung tahun ni. Busy buat Biotech Sale of the Year, busy korek rahsia kat agensi mana banyak duit tahun depan, pastu hujung-hujung tahun ni transform jadi ceti kejap chase payment kat customer. Jadi blog tu macam nampak tak berapa nampak je kadang-kadang.

Dah lama aku tak buat iklan kan?
Tapi ramai aje yang hantar email mintak aku tolong iklankan.
Sorry ye, aku cuba carik masa untuk extract balik request-request iklan.
Tapi kali ni aku pulak nak mintak tolong kat korang.
Kepada sesiapa yang request mintak iklankan business or product, aku nak wujudkan barter sistem.
Kalau nak atau apa dia, silakan email aku at : aveo757[at]yahoo[dot]com

Oh lagi satu kan, kalau ada apa-apa nak tanya, baik email je aku.
Sebab dalam kebanyakkan masa, aku check FB guna phone.
Now nak check mesej kat FB kena check melalui website, jadi aku malas.
Bila dah malas selalunya mesej dalam tu berkepam sampaila aku check guna computer.
Tapi selalunya kalau duduk depan computer aku memang jarang bukak FB.
Jadi, sila email ya.


TADA!!!!!!
Comel tak?
Cuba bayangkan aku tido peluk bantal ni. Comel kan? Kah Kah Kah *PANGGG sedas*


See..see..??
Bantal ni ditempah, sebab tu ada nama anak-anak aku.
Bukan ready-made.
Dah lama aku cari orang yang boleh buat custom-made bantal kiut-kiut macam ni.
Murah pun murah. Yang penting keje dia kemas.


Design ni aku serah kat dia je.
Aku cakap sukati la ko nak letak gamba apa pun yang penting mesti ada nama Redza, Rayyan, Mr and Mrs. Yang lain-lain terpulang pada kreativiti. Sebab aku tau orang yang berani buat bisnes macam ni mesti dia spesies yang kreatif.

Memang kreatif pun, comel je burung hantu ni.
Yang Redza and Rayyan dia buatkan kepala Ninja Turtle.


Aku suka tengok dia jahit sulam kat tepi-tepi ni.
Colourful and kemas.


Dan betapa rajin la dia ni tepek 2-3 macam kain nak bagi nampak ceria and teguh.

Bantal ni korang boleh tempah nak ukuran berapa-berapa pun. Standard size 30 x 30cm.
Tapi yang aku punya ni aku mintak 50 x 50cm.
Biar besau sikit, sedap nak buat peluk-peluk.
Malam tadi bila dapat bantal ni, yang tak tentu arah kesukaan wajiblah Rayyan. Dia kan kepoci sikit. Nampak orang datang bawak masuk 4 bijik plastik dia dah excited panggil aku kat bilik.
Bila aku bukak 2 plastik depan dia, terus menggelupur. Dan-dan dua-dua bijik tu dia punya.

Semalam, dua-dua ni dah berenti berebut bantal.
Now sorang sebijik aku bagi, senyap. Kalau tetiap malam masih lagi memekak berebut bantal, aku sumabt dua-dua orang tu dalam bantal ni terus.

Bantal aku ni material cotton.
Kalau korang nak material lain pun ada. Aku tak tau apa material dia ada, korang tanya la sediri.
Kalau korang nak bantal with sarung bantal sekali pun dia boleh buatkan.
Skarang trend Frozen kan, ce la try tanya dia boleh buat ke tak.




Ni antara bantal-bantal yang dia dah buat.
Berminat kalu, boleh ke :
FB : ayacottage
IG :ayacottage



Ni iklan untuk competitor yang tido sekatil. Bahaya competitor ni, kalau aku tak naikkan iklan ni nanti dia taknak belikan aku burger.
Ada hari tu yang tanya En Wan tak jual Superdry jeans and T Shirt lagi ke.
Jawabnya memang jual, tapi dia dah tak jual kat blog aku. Dia lagi banyak jual kat mudah.com.
Market jeans kalau jual kat blog aku memang jalan.
Tapi market jacket kurang sebab blog aku tak ramai yang merempit pegi keje. Ramai bawak keta kot.
Bila dia advertised jacket kat mudah.com baru menderu masuk order.
So bila dia dah selesa ngan mudah.com, terus blog aku dipinggirkan. Hahahah.

Ni yang aku advertise ni bukan new design tau, tapi ni stock clearence.
Cuma ada size 29, 30, 31, 32, 33 and 36 je.
Dan setiap size tak lebih dari 2pcs. Yang size 29-31 cuma ada 1 helai je each.
Ni kira betul-betul dah bagi perabis la ni.
Harga pun harga clearance la kan - RM99 (free postage).
Boleh email direct En Wan at wuw757[at]yahoo[dot]com




Ni lagi sorang.
Ni Ibal and the geng punya bisnes.
Dan disebabkan Ibal gila jaket jadi dia run jacket bisnes (aku agak macam tu la).
Kalau nak tau size apa available, material apa yang ada, boleh call direct tu nombor dia aku letak.


Sesiapa yang tingginya 165cm ke atas, nak serah diri kat aku bulan depan, silakan.