2014-11-14

Masa III


Sambungan yang lepas...

Setelah kita boleh hormati masa ‎yang dijanjikan sesama manusia, maka seeloknya kita mempertingkatkan komitmen masa kita bersama Pencipta.
Tulisan terdahulu memetik perbuatan kita untuk menepati masa, malah mendahului masa, dalam hal dunia kita, sesama manusia.
Allah yang menjadikan masa solat kita di Malaysia ini ‎sebegitu rupa, melatih kita mendetailkan masa, memperinci, tidak berlebih kurang, kerana masa diberikan hanya sekali.

Setakat ini sudah setengah minit kita berikan untuk membaca tulisan ini.
Setengah minit tadi kita tak akan dapat semula, walaupun dengan bayaran berjuta.
Sebab itu, ‎banyak orang berjaya yang saya jumpa dan tanya, mereka tidak ada banyak masa untuk dibazirkan.
Mereka tidak menonton TV, mereka tidak duduk di kedai kopi dan minum berjam-jam, mereka tidak ada rancangan faveret di TV, apatah lagi duduk bersama golongan semacam mereka dan bercerita bergosip dan menyelongkar kisah orang lain.
Mereka terlalu mengejar masa yang berharga itu.
Mereka pastikan masa mereka efektif dan tidak ada masa untuk memikirkan hal yang remeh. ‎

Berbalik kepada meningkatkan komitmen masa kepada Pencipta tadi, sesudah kita tahu bagaimana Allah melatih kita dengan masa, bagaimana kita memberi komitmen atas latihan tadi?

Bila masanya kita bersiap diri untuk bersolat 5 waktu?
Adakah hujung waktu, tengah waktu, awal waktu atau sebelum masuk waktu?
Kalau sesama manusia, janji jam 5 kita boleh sampai jam 455, kenapa dengan Pencipta, masuk zuhor jam 1:06 pm, tak boleh "tunggu" jam 1:00pm?

Ada seorang memberi nasihat kepada saya, "jika inginkan kejayaan berupa kejayaan di dunia, tunggulah waktu subuh".
Maknanya, bangun awal dan siap untuk "menunggu subuh". Bukan "subuh tunggu kita".

Secara logik, seruan "Marilah Kearah Kejayaan (Hayya 'alal falah)" dalam azan subuh merupakan "panggilan kejayaan" yang pertama setiap bermula hari baru. ‎
Maka jika kita "sedar" pada waktu berkenaan dan "menjawab" panggilan itu, adakah Allah akan mengabaikan kita?

Sebab itu ‎solat sunat fajar, yakni solat sunat sebelum subuh, ganjarannya seumpama dunia dan segala isinya, hadith Nabi SAW.
Jika kita sudah dapat 'dunia dan segala isinya', apakah lagi yang tidak cukup?

Wallahu'alam, wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana