2014-11-25

Konsert


Hola Hola Holaaa!!!!

Baru berkesempatan nak update blog.
Ni pun out of town tapi kugagahi juga mengupdate. Cewah, macamkan ada yang takleh buat keje kalau tak baca blog aku ni gayanya. Mbahahahaha.

Sabtu and Ahad quite full jugak.
Pagi Sabtu tu plan asalnya nak cari baju melayu untuk ahli klorga for reception Ibal nanti.
Tapi si Redza dok menyanyi-menyanyi kat telinga aku mintak belikan hadiah.
Memang macam ni la. Asal hadiah yang dia dapat dari orang lain tak best, aku jugak yang jadi mangsa nak kena 'gantikan' dengan hadiah yang best. Dia dapat hadiah buku tulis enam bijik dari sekolah masa penyampaian hadiah hari tu, sentap. Payah betul budak-budak ni. Standard kot dapat hadiah buku tulis. Aku dulu kalau dapat naik pentas hujung tahun memang hadiahnya takde lain balik-balik buku. Kadang-kadang buku cerita sebijik, kadang-kadang buku tulis, kadang-kadang botol air. Apa ko ingat banyak sangat duit skolah nak bagi kau hadiah LEGO??

Kalau dah nama masuk Toys R Us memang jawabnya paling kejap sejam kat dalam tu.
Dia nak pilih hadiah sendiri pun masalah. Terkibai-kibai sampai sepluh kali pusing tak jumpa-jumpa. Sebab dah banyak sangat benda kat dalam tu kan. Rambang mata. Last-last aku capai je, bayar. Settle. Kau suka ke, kau tak suka, silakan hadap. Kensel plan nak pi carik baju hari tu sebab kul 12 noon nak gerak ke Kuala Selangor pulak menghantar cousin En Wan kawen.

Balik rumah dah nak asar. Dah penat nak pi carik baju. Tido jugak yang paling best.

Esoknya, pagi-pagi dah keluar ke Putrajaya for konsert Rayyan.
Memang dari awal aku cakap kat En Wan aku tak expect high kat Rayyan ni. Kalau dia tak buat hal kat atas pentas dah cukup bagus. Dia ni bukan macam Redza. Redza ni walau malu-malu tapi dia enjoy bab-bab konsert ni. Bersungguh dia prektis. Si Rayyan ni sampai dah hari konsert pun aku tak tau apa bijik butir dia nyanyi, lagikan nak paham step menari dia. Cuma dia selalu nyanyi lagu baz baz biz biz baz be bi..so aku syak dia ni jadi lebah. Eh sekali betul. 


Redza dulu tadika kat CEC.
Kalau CEC, convo ni dia bagi last sekali.
Dia ada mulakan dengan pesembahan budak umur 4 tahun dulu sebab dia taknak budak age 4 boring tunggu turn lama sangat. Nanti ada yang meragam. Lagipun budak umur 4 ada yang masih ber-pampers, jadi biar cepat-cepat settlekan show so that parents boleh collect anak, kalau nak balik terus pun dia allow. Macam Genius Aulad mulakan dengan convo. Kendian baru show. Show pun tak ikut age. Macam show Rayyan hari tu tengah-tengah, selepas age 5 punya show.


Cantik cikgu-cikgu GA semua pakai jubah ala-ala jubah trend online shop now - yang ada sequin kat tangan. Pastu pakai flower crown. Sweet sangat.

Si Rayyan boleh la pulak buat hal nangis taknak pegi kat cikgu dia. Menghempas-hempas.
Bukan apa ni, sebab nampak mak bapak nenek semua ada kan, maka dia pun buat la perangai dia yang cantik tu. Dia ingat aku nak ambik? gasak kau nak melalak kat situ. Aku letak, aku blah. Buat hati kering.



Lebah tanpa sesungut.
Sebab dahi dah cukup ke depan, so takyah pakai sesungut la.

Seperti yang dijangka la, anak aku ni akan kejung atas pentas.
Walaupun dia kat rumah berpencak macam tak cukup tanah, tapi dia alergik kalau orang bagi tumpuan kat dia. Sebab tu kalau aku nak ambik video dia kena sorok-sorok. Kalau dia nampak aku ambik video dia, jam-jam tu gak dia stop.

Kat pentas hari tu alahaiiiii sopan sesopan sopannya anak aku. Kat rumah kemain lagi kau kejap-kejap let it go let it go. Kat konsert hari tu ada lagu Let It Go pun kau tegak macam kayu. Ada la goyang kiri kanan kiri kanan tapi lagi banyak tak goyang dari goyang la.


Ni namanya exercise.
Parents dipertontonkan daily excercise budak-budak kat GA.
Biasa la kan budak-budak, ada yang enjoy, ada yang kejung. Yang kejung tu anak aku la.



Aku tak ambik gamba lansung.
Ni semua kamera En Wan.
Aku malas nak ambik gamba sebab Rayyan pun macam nak taknak je menari. Aku pun jadik malas.
Macam Redza dulu wuiiii kemain. Dengan aku aku sekali terpekik bersorak.

Tapi maybe kekdah pembelajaran antara CEC and GA berbeza. Masing-masing ada kelebihan and kekurangan. Macam CEC, sekolah tadika campuran. Semua bangsa ada. Untuk Muslim dia ada bagi option kelas agam sebagai subjek tambahan, tapi dia lagi fokuskan kepada subjek-subjek lain.
Macam GA, hanya orang Islam saja yang hantar anak bersekolah kat sini. Dia pun ada pelbagai subjek tapi aku nampak dia lebih tekankan elemen keagamaan. Macam Redza di CEC dulu reading, drawing, writing, public speaking memang superb. Age 4 dia dah boleh habiskan 2 jenis buku (reading book at school). Tapi mengaji tak pandai mana, doa harian pun tak banyak yang dia tahu. Banding ngan Rayyan, age 4 - doa makan, doa masuk kenderaan, doa for parents, even Al-fatihah, zikir semua dia tau. Walaupun mula-mula tu hazab aku nak memahamkan apa bijik butir dia cakap but at least hawa-hawa tu ada. Tapi walapun tang tu dia excel but reading slow, huruf tak kenal. Maybe jugak faktor anak aku yang malas. Rayyan ni memang banyak main sikit banding ngan abang dia. Abang dia dulu balik skolah kalau takde apa nak buat, dia kaler buku, dia lukis....si Rayyan ni asal balik rumah je punggah kotak Ephyra. Tu je la keje dia. 

Kalau konsert CEC aku memang looking forward. Sebab teruja nak tengok apa sebenarnya yang anak aku nak perform. Kat rumah kemain lagi dia menari kejap macam tarian india, kejap macam tarian Beyonce, kejap kang macam tarian wel-wel. At least aku dah dapat gambaran apa yang Redza bakal perform. Si Rayyan ni hampeh aku takleh detect lansung apa dia nak buat. Bila aku tanya "Adik menari ke nanti?"

"Tak. Adik minum"

Hoh??

Patutla dia kata dia minum.
Rupanya masa konsert hari tu dia jadi lebah yang mebawak botol madu.
Pftttt.



Kau tengok si Redza.
Aku ada kat depan dia pun dia nak buat perangai terkangkang tersiat kat tangga.
Macamana tak selalu kena tibai ngan aku.


Kalau bab-bab main plastik bag ni memang cukup pandai la dia. Takyah disuruh-suruh. Mamam-macam improvisasi dia buat kat plastik ni. Kejap jadi tutup kepala, kejap jadi layang-layang, last-last ikat kat leher jadi Let It Gooooooo.........
Ok tang tu dia memang pakar.


Teacher Rayyan - Azwa.

Oh yes. Seblom konsert start, dorang pasangkan slide aktiviti sepanjang tahun.
Masa aktiviti sukan aku perasan gamba-gamba sukan ni macam aku kenal. Pastu tetiba ada gamba En Wan tengah dukung Rayyan main sukan. Bila jumpa cikgu Azwa, dia tanya "Kak Di tak perasan ke saya ambik gamba kat blog Kak Di?"
Baiklah, lepas ni aku akan ambik gamba banyak-banyak untuk rujukan cikgu-cikgu GA di masa hadapan.



Ok ni patutnya naik semalam.
Tapi semalam aku full sikit schedule, jadi tak dapat nak tumpu kat blog.
SOFINA shawl (both oblong and butterfly) promo. Yang ni adik aku Ima akan handle. Sila berurusan dengan dia ya. Aku tak tau apa warna yang masih lagi ada. Boleh tanya dia, email : fleurcloset[at]xzizbiotech[dot]com
atau KLIK SINI
 

p/s : aku ada banyak advert penting nak kena naikkan. So plis bersabar, kena tunggu turn ya. Aku akan cuba update blog sebanyak mungkin (auto-publish) sementara aku out of town ni.