2014-11-10

Doploh je. Kalau nak banyak lagi pun boleh.


Ni di tag oleh salah sorang reader dalam FB list aku.

20 facts about me katanya.

Eh tapi kan tahun 2007/2008 kalau tak salah aku penah dah buat tag ni, cuma masa tu 6 je.

1. Tido terlentang, bantal satu kena bawah kaki.
Tak suka tido mengiring sambil peluk bantal.
Aku suka tido terlentang mengangkang. Terasa bebas tanpa kawalan gitu.
Tapi satu bantal kena park kat sebelah kaki (salah satu kaki), di bawah betis. Tak kisah kaki mana-mana pun. Maksudnya sebelah kaki kena lagi tinggi dari kaki lagi satu.


Aku tido macam dalam kotak merah tu.
Cuma kaki aku lebih terkangkang lagi.
Kita bagi dia bernafas.


2. Suka nasi goreng sendiri.
Aku boleh je bangun pagi-pagi masak nasik 1 pot (pot kecik), pastu nasik tu semua aku buat nasik goreng, dan semuanya aku habiskan. Series tak tipu. Aku akan bertambah berkali-kali kalau makan nasik goreng sendiri. Nasik goreng aku tawar. Tapi aku enjoy makan nasik goreng sendiri. Mungkin sebab nasik goreng tawar tak boleh dapat kat mana-mana kedai. Rumah aku je ada. Hahahaha. Nasik goreng syok sendiri namanya. Sape makan nasik goreng aku sila tuang kicap masin. Sebab aku takkan layan permintaan "tambah garam sikit". Motto aku kalau buat nasik goreng adelah sama dengan motto Vera Wang - "You do not alter a Vera to to fit you, you alter yourself to fit Vera".
Sama la macam nasik goreng aku, tapi motto dia lain sikit - "Ini aku punya nasik, aku punya suka la!"

3. Tak boleh bau milo dan kopi.
Ni paling kronik. Toksahkan minum, bau pun tak boleh. Serta-merta datang loya.
Menjadi satu masalah kalau Redza makan koko krunch pastu mangkuk dia makan tu masih ada saki-baki air susu (air susu tu dah jadi warna coklat sebab koko krunch tadi). Siap la, memang aku amukan satu rumah. Bukan aku tak kasik dorang makan, tapi tolong la bantu aku dari terbelahak. Kang kalau aku terbelahak satu rumah aku kerah mengemop. Aku memang takleh bau cokelat/milo/kopi. Bau je dah kembang-kembang tekak aku. Kalau nak aku basuhkan boleh. Tapi pastikan mangkuk tu clear dari sebarang trace of cokelat and bau coklat.

4. Melepak lama.
Kalau ko nak gi main bowling ke, main snooker ke, tengok wayang ke, please drop kan aku kat salah satu tempat ni : Kedai Buku atau Pharmacy. Aku boleh lepak berjam-jam kat dua tempat ni.

5. Tak suka tengok drama bersiri.
Lembab sangat nak tunggu ending. Tapi ada yang aku terjebak juga akhirnya macam Ariana Rose walaupun tengok dah half way. Tapi sehabis boleh aku akan pastikan takkan terjebak dengan drama-drama panjang macam ni. Rimas nak tunggu. Nak lagi kalau dapat drama bersiri yang heroinnya lembik. Duduk dengan mak tiri dari kecik sampai ke besor pun bangang tak paham-paham trick mak tiri. Asik la kena belasah tak abis-abis. Benak sangat kau ni. Memang patut pun kena hentak. Kalau aku jadi mak tiri kau pun aku silambam kau pagi petang.

6. Stuck dalam era 70-90an.
Aku boleh layan pop yeh yeh.
Aku boleh layan retro.
Aku boleh layan rock kangkang.
Dalam MP3 list aku memang lagu-lagu pesen ni je ada. Jarang ada lagu zaman sekarang kecuali yang betul-betul sedap dan semestinya ballad. Kalau dalam 1000 lagu tu maybe ada 20-30 je lagu zaman skarang dalam list aku. Kalau terasa nak update diri dengan lagu terbaru, aku akan layan AJL atau bukak website Era/HotFM check carta lagu.

7. Tak suka dengar radio.
Especially kalau DJ membebel banyak sangat dan buat lawak tak klaka. Kalau zaman skolah dulu aku dengar radio cuma pukul 9pm rancangan Pilihan Bersama sebab yang tu sah-sah lagu je. Tapi kadang-kadang ada gak DJ yang kemaruk nak bercakap. Lagu Damasutra belum habis lagi tetiba suara dia "Hujan nampaknya di luar..." Hoih, takat nak bagitau kat luar hujan kau tak boleh tunggu kejap-kejap lagi ke? Kasik lagu habis dulu boleh?

8. Tak suka tengok cerita yang tak lojik.
Contohnya Lord of the Rings, X-Men, Superman, Spiderman, Terminator....dan suku-sakat yang sepesen dengannya. Aku suka cerita macam Beautiful Mind, John Q, Gladiator, Braveheart, Titanic...true story atau history. Tapi kalau love drama suka jugak tapi kena happy ending.

9. Tak boleh minum air putih banyak.
Dulu masa sekolah aku bawak bekal air pi skolah. Tapi bekas dia besar cawan je. Tu pun tak pernah habis. Sebab air putih. Nak suruh aku minum banyak, kena air manis like teh O or oren. Sirap pun layan. Kalau air putih minum lebih dari setengah cawan je terasa nak muntah. jadi cara untuk paksa aku minum, aku kena minum sikit-sikit tapi kerap. Walaupun aku minum sikit je, tapi gesaan nak kencing tu laju. Ni kalau aku minum banyak tak tau la camana aku kena tahan kencing. Mau menitik-nitik keluar sendiri.

10. Buat keje sendiri.
Aku tak berapa suka buat keje in group kalau takde keperluan.
Sebab banyak kepala nak kena layan.
Dari zaman blaja pun aku tak penah ada study group. Aku suka study sendiri kat bilik. Tapi kalau orang ajak join, aku pegi. Cuma kalau nama aku nak create sendiri study group, memang takkan jumpa. Malas la banyak kepala ni. Serabut. Sometimes, bila dah ramai-ramai, kecoh je lebih. Tapi keje tak bergerak. Tu yang aku malas tu.

11. Kawan lelaki.
Kawan aku ramai perempuan.
Tapi yang close mesti lelaki.
Menjak dari zaman skolah, sampai keje, sampai now.
Sebab tu bila ada quote cakap "lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik, hujung-hujung mesti ada perasaan cinta" - WRONG. Ia tak boleh di-apply pada aku.
Yang pernah jadi boifren aku bukanlah best fren.
Yang jadi best fren aku tak pernah jadi boifren.

12. Perfume
Tak suka pakai perfume pun sebenarnya. Tapi suka beli.
Tak pernah kisah pun kalau tak wangi bila keluar rumah. Janji tak busuk. Yang penting, deodoran jangan lupa tenyeh. Ubat ketiak tu yang penting.

13. Bulu.
Reason kenapa aku tak suka kucing adelah kerana ia berbulu.
Aku dah cuba untuk sentuh-sentuh kucing tapi tiap kali aku sentuh, tiap kali tu la macam ada renjatan letrik kat tangan lantas terpekik. Apetah lagi kalau tengah makan sekali kucing lalu bawah meja bergesel bulu kat kaki. Boleh terbalik meja tu aku buat. Aku ok je menjerit dalam restoran. Aku takut kau je malu nanti. Aku mentennnn.
Lelaki berbulu dada also is a big NO. Apetah lagi bulu pusat. Oh plisss. Tak paham kenapa mesti kau nak tunjuk pusat kau yang berselirat tu. Mana datang ntah. Eiii.
Seb baik dada En Wan bebas dari sebarang bulu. Rangka je nampak.
Rangka pun rangka la, asalkan jangan bulu. Lemas ai bang.

14. Lepak rumah.
Ni penyakit dari kecik sampai ke tua - suka duduk rumah.
Tak caya tanya Mak Aji. Aku la manusia yang paling payah nak diajak keluar rumah atau bilik hotel. Pegi la korang berjalan, aku nak duduk rumah baca buku, tengok TV, makan.
Menjak kawen ngan En Wan je aku kerap berjalan sebab laki aku ni pantat dia ada duri. Takleh duduk setempat lama-lama agaknya. Asik nak berjalan je keje. Jadi, aku kena layan hobi dia ni.

15. Suka sejuk.
Walaupun kat luar hujan, aku tetap pasang aircond dalam bilik walaupun pastu sendiri menggigil cari coat. Kat rumah pun macam tu. Sejuk macamana pun, aku takkan off aircond. Aku lagi suka bergaduh berebut selimut dengan En Wan daripada bangkit tutup aircond. En Wan pulak tak tahan sejuk, tengah-tengah malam nanti dia bangun tutup aircond. Tak sampai 5 minit aku dah terjaga sebab badan aku dapat rasa hawa sejuk tu tak kuat. Aku akan bangun bukak balik. Mengerikut-ngerikut pakwe aku menggigil. Pandai-pandai kau la bungkus diri dalam selimut ya bang. Penyakit aku ni jatuh kat Rayyan. Sejuk macamana pun, Rayyan tetap tak suka mandi bukak heater.
'Ma, tanak manas. Tanak manas!'

16. Jangan nangis!
Aku ni tak boleh start nangis.
Once aku start nangis je, aku akan terus selsema. Makan ubat baru stop. Selagi tak makan ubat, selsema akan jadi makin teruk.

17. Dagu senget
Ni obvious. Semua reader by now dah perasan kot dagu aku memang senget.
Tapi bukan dagu je senget, pinggang pun. *otak tu memang sah-sah la senget*
Pinggang aku, belah kiri nampak lekuk, belah kanan straight.
Dah banyak kali buat X-ray, tulang belakang aku ok je, tak bengkok pun tapi pinggang tak sama lekuk. Tapi, alangkan dagu yang terang-terang semua nampak pun aku tak kisah, inikan pinggang yang tersorok kan. Takpe, tak penting.

18. Taik lalat berpasangan
Badan aku taik lalat semua berpasangan.
Satu kat pipi kanan, satu kat pipi kiri.
Satu kat jari kanan, satu kat jari kiri.
Satu kat bahu kanan, satu kat bahu kiri.
Dia pair dari start kat muka sampai la ke kaki, tak ada taik lalat yang tumbuh tunggal.
En Wan kata tu tandanya aku busuk sebab tu lalat berak banyak kali kat badan aku.

19. Dahi luas 2 jari.
Dahi aku cuma luas 2 jari sebenarnya.
Masa aku orientasi kat Maahad, akak senior tu nak ajar kitorang cara solat yang betul. Dia nampak aku pakai telekung tutup dahi sangat. Dia nak tarik ke atas sekali terus nampak rambut. Dia pun terperanjat "Eh, keciknya dahi!".
Masa aku buat TVC Olay dulu pun Olay tak kasik aku pakai tudung awning. Dia kata tudung awning buatkan dahi aku tertutup sedangkan Olay nak fokus kat muka. So dia mintak aku pakai anak tudung, sekali sama je. Dia pun cakap "Kecik dahi dia..". Tu la aku cakap tak caya. Aku tau la dahi aku camne.

20. Korea
Satu-satunya cerita Korea yang aku layan adalah Winter Sonata.
Autumn in my Heart pun aku layan halfway sebab tak sedap sangat. Lagu je sedap.
Pastu dah tak layan sangat cerita Korea. The Ring ke, Ju-On ke, Meon ke, semua aku tengok halfway.