walk on wings, tread in air: Hasutan 2.0 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Hasutan 2.0
2014-09-30

Hari ni lepas siapkan keje penting, kul 10.30am aku gerak ke Bangi.
Ambik Mak Aji bawak pi Ariani. Saje aku nak kasi dia penyakit berjangkit aku ni. Sape nak penyakit ni silakan ke Ariani. Aku sampai-sampai je Ariani Bangi, aku lupa yang hari ni hari keje. Sebab punyalah ramai manusia dah macam hari minggu je gayanya. Dorang ni semua tak gi keje ke apa.
Kalau nak beli tudung awning Lycra, ada dalam khemah kat tempat longgok-longgok. Tudung-tudung lain semua dia letak dalam kedai. Agaknya Lycra banyak sangat, nak gantung tak cukup hanger kot. Pastu ada sorang pakcik baya-baya Pak Aji kesian aku tengok. Agaknya bini kat opis pesan suruh belikan tudung. Terkial-kial aku tengok pakcik tu memilih tudung. Habis semua orang ditanyanya "Ni tudung apa ni?" "Ni camana kira dia ni?" "Semua ni satu size ke?". Dengan aku-aku sekali tolong dia carik tudung. Mengalahkan budak-budak Ariani pulak. Beria-ia aku buat khidmat masyarakat tolong korekkan tudung kat tempat longgok-longgok untuk pakcik tu. Takpe pakcik, takpe. Saya memang terer carik baju dalam tempat longgok. Dulu kecik-kecik memang kat longgok-longgok ni je la tempat saya carik baju raya.

Kagum pakcik tu ngan aku. Asal aku seluk je terus dapat size yang dia nak. Well, guwa dah biasa beli baju kat longgok-longgok ni, dah tau sangat dah trick kedai nak simpan size kat mana. Takyah nak sorok sangat la ya. Walaupun ko tampal sticker SIZE L, tetap aku kiraikan sebab aku tau kat celah-celah L tu mesti ada terselit 1-2 size S.



Summary dia ada kat resit ni.
Yang aku highlite merah tu adelah item BERBALOI beli.
Item No. 1 tu Aleesya Patch yang aku gilakan sangat tu. Yang tu harga asal RM200+ dah jadi RM90 je. Mesti la berbaloi kan. Pastu Item No. 6. Yang ni signature design Ariani. Ariani terkenal dengan tudung awning Thai silk. Ramai orang masuk Ariani sebab beli tudung ni. Awal-awal masa aku bertudung aku tak tau nak beli tudung apa yang sesuai. Dah try banyak tudung semuanya slack kat muka. Awning tak terletak. Pastu aku beranikan diri masuk Ariani. Test sehelai. Rasa kagum gila tudung dia cantik terletak kat muka. Pastu terus aku addicted. Harga normal tudung awning Thai silk ni RM110/helai. Tapi now dorang buat sale 4 helai RM100. So jangan kata aku gila beli tudung ya. Sebab harga yang dorang offer ni wajib gila. Kalau tak, takde nya sampai orang sanggup cuti berbondong-bondong rempuh Ariani. Sampai si pakcik tu pun jadi mangsa kena belikan untuk wife dia. 

Tapi hari ni aku beli 5 shawl je. Semua Aleesya Design. Dari Aleesya Patch, Aleesya Print sampai ke Aleesya yang paling latest tapi aku tak tau apa tajuk dia. Tapi Aleesya jugak la.
Lagi 5 helai aku belikan untuk Mak Aji.
Pastu 3 helai untuk adek terchenta, Ima.
Pastu 12 helai tudung awning Lycra, Kak Long aku pesan. Sebab kat KT dah habis jenis ni.
Yang awning Lycra tu lagi gila, 4 helai RM50 je. Tu yang beria pakcik tu mintak aku tolong carik size.

Ada satu akak tu dia kirai-kirai dia letak. Dia kirai dia letak. Dia ambik 2-3 helai pegang pastu dia letak. Sambil kirai sambil curik-curik pandang aku. Agaknya dia kata budak ni nak jual tudung ke apa sampai 12 helai awning Lycra nak beli. Bila aku pandang kat dia, dia senyum. Terus aku buat ramah "Tak jumpa size lagi ke? Nak saya carikkan?"

Akak : Macam nak beli. Tapi macam takde baju yang sesuai nak pakai kat rumah. Nanti rugi pulak.

Hoihh.
Aku cukup pantang betul dengar statement-statement macam ni.
Mungkin akak ni perlukan motivasi.
Maka, aku pun bagi sedikit suntikan motivasi.

"Baju tu kendian pikir kak. Sekarang ni dah tak kisah matching ke tak matching. Skarang ni pesen color block, kak. Baju hijau tudung kuning pun jadik. Masa tengah sale ni kena beli. Murah ni kak. Bukan selalu Ariani buat keje gila. Esok dah habis sale, time tu baru nak beli dah lambat. Itu jam nak beli tudung pun pikir 3-4 kali sebab tudung lagi mahal dari baju. Beli je kak, esok dah beli tau la kita carik jalan nak pakai"

Akak : Ha'ah kan. Time murah taknak beli. Dah habis sale baru nak masuk kedai. Beli jugak lah.

Close deal.

Seb baik akak tu datang tak bawak laki.
Kalau laki dia ada kat sebelah mampus aku kena salai hidup-hidup kat situ.
Cilaka pompuan ni dia kata.
Dah la itam. Banyak cakap pulak. *gaduh style budak-budak*


Ni untuk Ima.


Ni Mak Aji punya.


Today aku pakai Ariani Patch kaler ni.
Ya aku tau kaler dia agak Jawa sikit. 
Tapi bila aku pakai terus jadi gojes kan?
Kah Kah Kah.


Aleesya Patch ni sebenarnya lagi cantik dari pandangan belakang sebab lagi nampak heavy patch dia.
Pasni kalau jalan ngan En wan, aku suruh dia jalan belakang aku je la. Baru dia nampak sikit kenapa aku suka shawl ni. Oh yes, sampai hari ni aku tak pandai-pandai lagi pakai hijab pin. Tetapppp pin tu tersentil ke luar. Dah la pin tersentil, terbalik pulak tu. Haihhhh.

Tapi takpela, tu namanya alert. Bagi hint kat orang, "Ko jangan nak macam-macam ngan aku ya. Ko nampak jarum kat tepi ni?? Kang aku jotos bijik mata kau dengan jarum ni baru ko tau erti penyesalan"


Tak banyak.. aku punya 2 beg je.
Lagi satu beg Kak Long aku punya.




Kali ni aku beli Aleesya Patch color pastel-pastel pulak.
Walaupun aku ni sebenarnya tak sesuai sangat pakai pastel sebab akan menambahkan kemalapan kulit, tapi takpe. Kita try dulu. Agak-agak tak sesuai, simpan.
Pastu bila dah bentang-bentang macam ni baru aku perasan warna lebih kurang je.


 Lantas......
Tapi belum ada reply.
Macam ada cara-cara nak mengelak dari kena tukar ngan aku je ni buat senyap. Hahahaha.
Tapi takpe, tau la aku me-matching-kannya.





Ni pun aku tak tau nak pakai ngan baju apa.
Rasanya aku takde baju dusty pink or mustard.
Tapi takpe, match ngan baju hijau pun boleh. 
Kata Jawa kannnnnnn.




Hasutan berjaya.


posted by aveo757 @ 4:48 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER