Aku terperanjat baru-baru ni bila nampak gambar terbaru Renee Zellweger.
Totally different!!!!
No, cosmetic surgery dia nampaknya tak memburukkan muka tapi terus dah jadi muka orang lain.
Muka dia yang baru ni cantik jugak, tapi dulu pun takde yang buruk. Aku lagi suka muka dia yang dulu. Ok apa. Dia ni macam tembam-tembam sikit, tapi bukan lah gemuk. Muka dia kategori muka penuh. Ok je. Yang tetiba dia nak buat kosmetik surgeri, aku tak paham apesal. Dah jadi macam pelik pulak tengok muka dia now. Dah la nama dia tu one of a kind kot. Tapi muka jadi lain. Gila tak boleh digest aku.
Kiri : Renee Zellweger lama
Kanan : Renee Zellweger baru (??????)
Kiri : Renee Zellweger baru
Kanan : Renee Zellweger lama
Memang la cantik jugak. Tak dinafikan.
Tapi 100% jadi muka orang lain kot. Totally unrecognisable.
Selalunya orang buat cosmetic surgery ni nak bagi nampak muda, nak tegangkan kulit, nak bagi nampak batang hidung. Hasilnya takde la nampak muka kau jadi lain terus. Masih lagi ada keaslian pada wajah. Tapi si Renee ni dah jadi macam orang lain aku tengok.
Muka dia yang baru ni macam muka biasa nampak. Macam gabungan muka Darryl Hannah + SJP.
Kan?
Muka dia dah macam ala-ala muka dua orang ni je.
Sayang betul la dia ubah muka dia jadi lain.
Ntah hape yang dia fedap sangat ngan muka lama ntah. Frust pulak aku muka asal dah takde. And takkan jumpa dah!
Ape la masalah orang yang suka buat kosmetik surgery ni.
Dah terbukti berapa kerat sangat yang jadi cantik lepas buat operation?
Kalau pun berjaya, berapa lama nau bertahan?
Dah nama pun buat oleh manusia. Manusia sendiri tak kekal, apetah lagi benda yang dia buat.
Kan ke boleh mekap je muka bagi cantik.
Makan collagen ke *ewahhh, sempat lagi*, buat urutan wajah ke apa ke.
Hidung aku kan dulu masa kecik pesek.
Now nampak jugak la batang hidung walau tak mancung macam Mak Aji.
Petuanya dari zaman sekolah arwah nenek aku ajar bangun tido and everytime lepas mandi, urut hidung tu. Cara urutan : tolak dari bawah ke atas. Pelan-pelan.
Yang buatkan aku perasan hidung aku ada perubahan, bila kawan Mak Aji zaman bujang dulu-dulu datang rumah and nampak aku, dia cakap kat Mak Aji "Ha, mancung pun idung dia skarang bila dah besar. Yang kau kata penyek penyek sangat tu"
Sebab tu Mak Aji dulu suka cakap muka aku penyek. Sebab memang masa kecik hidung aku takde batang.
Now lagi senang, teknik mekap dah ada.
Cakap je kau nak hidung kau tinggi camana. Small the pieces MUA buatkan.
Mata tak cukup besar? Nak besar mana kau cakap. Nak jadikan mata kau terbelolok pun boleh.
Masa aku kawen dulu, Mak Andam tenyeh lipstik kat mulut aku sampai terkeluar dari bibir. Aku ni ye ye je lap ngan tisu. Pastu dia jerit "Eh jangannnnnnn!!! Mulut awak nipis, biar nampak tebal sikit"
Bila hasilnya dalam gamba eh cantik pulak aku tengok bibir aku.
Tak caya mekap boleh ubahkan wajah?
Tengok ni...
Kau tengok pipi dia belah kiri (after mekap) tu sikit punya berlekuk. Nampak runcing je muka. Tu namanya teknik shading. Buku kening dia pun macam bertokak je aku tengok, tapi dengan mekap boleh aje nak bagi nampak lebat and terurus. Kan ke cantik tu?
Ye ye, aku tau JLo ni pun ada gak buat face surgery katanya, tapi lepas mekap tetap nampak lebih cantik dari sebelum mekap kan. So, apa nak buang duit sangat ubah muka kau. Lain la kalau muka kau cacat ke, melecur ke. Ada reason. Ini muka dah ok, tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi mau buat surgeri. Sangkak kepala otak aku mikir.
Kulit berkusam, freckles, pun boleh je nak hide dengan mekap untuk tambahkan keyakinan.
Bukan setakat kita akan jadi confident nak berjumpa orang, orang pun tak heart attack tengok muka kita. Tolong ada belas kasihan sikit pada orang lain ya. Apa ko ingat ko sorang je nak idup lama?
Macam nak heart attack jugak la aku tengok muka Tyra Banks before mekap. *cewah, macamkan muka kau lawa sangat*
This is the power of mekap.
Tyra ni bukan la kata tak cantik. Muka dia cantik. Cukup sifat.
Hidung ada batang. Mata memang dah besau. Muka pun tak tembam macam aku.
Tinggal lagi nak naikkan seri dia je lagi sikit.
Dia ni bukti kuat yang menunjukkan kita tak perlu nak ubah wajah tanpa sebab. Dalam Islam pun membenarkan kalau untuk tujuan perubatan, macam kulit kau melepuh ke apa ke. Tapi kalau sesaje nak bagi cantik, tadahkan je diri kat MUA. Tau la dorang highlite apa yang boleh dihighlite kat muka korang. Takyah nak operate segala.
Ingat boleh bertahan lama mana buat plastic surgery, tokek sana, tarik sini, buang sana, tampal sini.
Takde maknanya kekal sampai mati. Toksah le.
Yang buat liposuction pun, lama mana sangat bertahan. Kalau dah nama kuat mentekedarah exercise tak mau, memang keje ko kejap-kejap buat liposuction je la jawabnya.
Tu tengok video tu kasik paham the ill effects of plastic surgery.
Kan ke gojes tu.
Claudia Schiffer, sape sangka muka dia tanpa mekap macam tu?
Boleh je kalau dia nak operate bagi tambah kelopak mata kan, tapi bila dah mekap besau jugak mata jadiknya. Settle.
Kecuali dia ni.
Ni rasanya konsep mekap ala-ala fun fair rumah hantu.
Muka kau belah kiri tu tenung aku dah cukup ngeri dah, toksah la nak beria sangat.
Ni kalau muka macam ni tetiba terpacul depan makcik-makcik kuat melatah konfem kena sepak. Tanjat makcik dia kata.
Boleh je kalau dia nak operate bagi tambah kelopak mata kan, tapi bila dah mekap besau jugak mata jadiknya. Settle.
Kecuali dia ni.
Ni rasanya konsep mekap ala-ala fun fair rumah hantu.
Muka kau belah kiri tu tenung aku dah cukup ngeri dah, toksah la nak beria sangat.
Ni kalau muka macam ni tetiba terpacul depan makcik-makcik kuat melatah konfem kena sepak. Tanjat makcik dia kata.