Gambar digugel
Asalamu'alaikum,
Malam ini malam Tahun Baru Hijrah.
Kalendar Hijrah bermula dari Muharram sehingga Zulhijjah.
Tetapi perlu diketahui bahawa Nabi SAW bukanlah berhijrah pada 1 Muharram.
Cuma tahunnya "disifarkan" pada tahun di mana Nabi mula berhijrah.
Oh satu lagi, Nabi SAW tidak juga berhijrah pada bulan Muharram.
Carilah jawapan kalau kita berminat.
Kalendar Islam tahun ini menginjak 1436 tahun, bukan bermakna Islam baru 1436 tahun.
Islam sudah ada sejak awal kejadian manusia.
Semua Nabi adalah "Muslimuun".
Boleh rujuk Al Quran, antaranya direkodkan dalam Surah Al Baqarah ayat 136.
Bacalah dari ayat 132 untuk cerita lebih jelas.
Nabi Isa pula lahir lebih kurang 2014 tahun yang lalu.
Jarak antara 2 Rasul mulia ini adalah beberapa ratus tahun.
Masihi 2014 tahun sejak kelahiran Nabi Isa Alaihissalam.
Hijrah berlaku 1436 tahun lalu sejak Nabi Muhammad dan Sahabah berhijrah.
Nabi berdakwah di Mekah sebelum Hijrah selama 10 tahun.
Nabi SAW menerima kenabian pada usia 40 tahun.
Maknanya Nabi berhijrah pada usia 50 tahun.
Ini matematik kasar. Ketepatannya ada boleh dirujuk dalam rujukan muktabar. Banyak ada.
Nabi Isa diwafatkan dengan cara diangkat ke langit pada usia 36 tahun. Ada dalam Surah Ali Imran, ayat 55.
Cerita tentang kelahiran Nabi Isa pula ada dalam surah sama mulai ayat 42. Bacalah.
Nah, sekarang boleh dicari jarak tahun antara 2 Nabi ini. Itupun kalau berminat.
Hijrah membawa makna besar, nak diceritakan di sini takkan cukup halaman.
Ia satu keputusan strategik dengan panduan Ilahi bagi satu hikmah yang sangat besar.
Oleh kerana ia satu peristiwa besar lantaran dipilih sebagai "Tahun Bermula" bagi kalendar Islam.
Kita diberitahu Nabi SAW lahir pada Tahun Gajah, 12 Rabi'ulawwal.
Oleh kerana Nabi SAW lahir setelah kalendar Masihi berjalan, maka Nabi SAW juga ada tarikh lahir mengikut kalendar Masihi.
Carilah kalau berminat.
Kita pula oleh kerana lahir pada zaman kalendar Masihi menunjangi dunia disamping ada juga kalendar Islam dalam masa yang sama, kita juga ada tarikh lahir mengikut kalendar Islam kita sendiri.
Soalannya, adakah kita tahu tarikh lahir kalendar Islam kita?
Bukanlah satu kewajipan untuk tahu, dan bukan satu dosa kalau tak tahu.
Cuma kita kurang perihatinlah...
Carilah, kalau berminat.
Sebenarnya, kita ni banyak yang tak tahu. :(
Wallahu'alam, wassalam.
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana