Ada sesape belum pegi Ariani?
Hahahah.
Mukadimah entry pun dah meracun orang.
Tapi walau tak banyak, sikit pun aku tetap nak cucuk korang yang belum pegi Ariani serang Ariani sekarang. Kalau perlu, ambik cuti. Tu nampak tu, RM9 sehelai!!!
Oi, Ariani tak pernah ada tudung bawah RM20 ya. Inner dia je RM15/helai. Inikan tudung.
Dah la tudung awning Thai silk pulak tu dibaginya RM9. Neraka sungguh. Baru bulan lepas aku beli plain macam ni RM80-90 gitu. Kuang ajar Ariani.
Selalunya kalau ada sale Ariani, hari pertama lagi aku dah pegi.
Kali ni Ariani buat Jumbo Sale, hari kedua baru aku redah. Tu pun sehabis daya aku buat perangai biar laki aku fedap lantas membagi green lite aku masuk Ariani.
Kesian En Wan, macam-macam nasihat dia bagi "Tudung Di dah banyak, ada yang harga belum bukak pun. Nak beli buat apa lagi. Pakai yang ada ni kasik abis dulu"
Eiii..orang lelaki ni payah tau nak dikasik paham.
Memang la tudung yang ada ni belum dipakai.
Tudung belum pakai tu belum pakai punya cerita.
Ni aku cerita tudung yang aku belum beli. Ni citer lain. Hanya wanita je yang mengerti betapa pentingnya rembat Jumbo Sale Ariani ni.
Eh gila kot harga dia murah nak mampus. 10 tahun tak sekali Ariani nak buat keje gila macam ni.
Hari pertama tu aku aktifkan daya memujuk tahap paling maksima.
Selalunya sikit-sikit je aku pujuk dah lepas.
Ni kali En Wan gila liat nak bagi green lite aku masuk Ariani. Dia dah boleh agak macamana punya sawan la agaknya bini dia kalau terlepas masuk Ariani tu pasal dia susah nak bagi permission. Last-last hari kedua baru dapat pegi. 10.15am aku dah ada depan Ariani Shah Alam. Ingatkan aku dah awal dah ni, bajet kedai bukak 10.30am. Rupanya dah sesak kat dalam tu berlaga-laga tetek ngan makcik-makcik beli tudung. Tapi kebanyakkannya beli tudung awning. Sebab tudung awning memang murah nau. Yang printed pun harga asal RM110, jatuh sampai RM50/sehelai. Jadi, aku paham sangat bila nampak sorang-sorang tak tentu arah sauk tudung. Paham. Paham.
Shawl ni aku beli dah lama tapi blom pakai lagi. Tag harga pun tak bukak. Tu pasal laki aku bising ngan aku. Eh tapi ni tudung pesen lain. Yang aku belum ada pesen lain pulak. Maka, haruslah aku menggeletis nak pegi. Masa ni harga dia agak cekik darah tapi lawa punya pasal aku pejam-pejamkan mata je membayor. Semalam aku tengok harga dia gila murah eiii rasa nak return je balik shawl ni. Tag harga ada lagi ni. Boleh tak agak-agak?
Masuk-masuk je kedai aku terus tanya sales situ, "Aleesya mana?"
Terus dia bawak aku pi hujung sekali dekat ngan kaunter.
"Ni semua Aleesya baru, kak"
Wuiii..terus terbuntang-buntang mata aku.
Shawl Aleesya ni memang aku gila sangat-sangat.
Dek kerana gilakan shawl Aleesya tapi mahal nak mampus, aku produce sendiri Aleesya untuk Fleur by Mrs Him. Puas hati, semua warna aku ada now. Cuma Aleesya design baru aku belum ada.
Aleesya yang baru adelah dalam gamba kat atas, belah kanan. Yang ada belang-belang hijau kuning tu.
Cantik-cantik, macam-macam combination ada.
Aku sauk sampai 6 helai terus. Lagi 3 aku beli shawl pesen lain pulak.
Aleesya ni kalau normal price harga RM200+ sehelai. Tapi Jumbo Sale ni RM90 sehelai je oiii. En Wan kata aku gila beli shawl sampai nak kat RM1000. Memang la nampak macam gila. Tapi kalau beli time harga normal mau nak kat RM3000. Tu lagi gila namanya.
Masa aku pilih-pilih Aleesya, ada satu kakak tu selak sama. Dia tanya berapa harga ni. Sales tu cakap RM90. Akak tu kata "Ya Allah, mahalnya!"
Nak je aku racun akak tu "Kak, shawl ni kalau tak sale harga dia nak kat RM300. Beli je kak!"
Tapi laki dia ada kat sebelah pulak, tak jadi aku nak racun. Kang laki dia sumbat pulak racun kat mulut aku tak pasal berbuih-buih aku kat situ. Aku siap suruh mak mertua aku call Kak Long kat Terengganu, cepat-cepat pegi Ariani, shawl RM15/helai pun ada. Rupanya shawl RM15 tu awal-awal dah habis.
Aku kalau gi beli shawl macam ni aku 'test'.
Ambik acu atas kepala je. Malas nak lilit. Ni cuma buat syarat nak test kaler shawl sesuai tak ngan kaler kulit. Maklumla, kulit ala-ala Beyonce. Wah, nak sama ngan retis aje.
Nasib baik aku bawak Rayyan sekali. Kejap-kejap dengar suara Rayyan panggil aku, menyedarkan aku dari mimpi. Kalau takde Rayyan, agaknya sampai hari ni aku tak jumpa pintu keluar. Memang menggila la sale Ariani kali ni.
Ni Aleesya yang baru.
Aleesya Patch nama dia.
Aleesya Patch nama dia.
Hoih, tak sempat bilas kauu. Petang tu balik Bangi terus pakai. Tak sempat-menyempat nak rasmi. Lagipun aku nak meracun Mak Aji pulak. Haruslah pakai siap-siap. Kalau tak demo camana nak meracun. Mak Aji nampak aku pakai shawl ni "Tudung baru eh?".
Hish tau aje dia ni. Tak sempat aku nak keluarkan ayat promo.
"Mama tunggu gak bila kau nak datang. Nak ajak kau pegi Ariani. Bapak kau mana nak pegi tempat-tempat macam tu".
Bapak aku jugakkkk yang kena.
Ok, tak baikkan kita tak penuhi hajat mak.
Jadi, konfemlah esok aku pegi Ariani Bangi pulak. Mbahahahahaha.
Ambik ni summary.
Ko tengok tu harga asal Aleesya Patch RM294/helai.
Pastu shawl Lace Print tu, aku beli sehelai dulu kat Ariani Bangi harga RM180, now RM85 je. Musibat.
Tu antara shawl yang aku beli semalam - 9 helai semua.
Petang semalam gi Bangi lalu depan Ariani, menjeling-jeling je aku. Tapi tak berani nak mintak singgah. Kang En Wan tendang aku keluar kereta tak pasal je. Takpe..takpe. Kebetulan esok aku nak UPM ambik PO, kita lajak-lajakkan sekali ke Ariani Bangi tengok-tengok apa ada. Cewah, tengok-tengok konon.
Inagtkan hari ni aku nak pi Ariani Bangi.
Tapi tak sempat la pulak. Ni baru je 3.30pm lega sikit dari keje-keje yang urgent. Kalau tak, dah lunyai shawl aku pakai baru aku cerita kat blog agaknya. Gila tak sempat now nak update blog. Rasa macam nak cari co-author blog je.
Protes.
Lama sangat mak pilih tudung.
Aku tak tau kenapa shelf ni kosong. Samada stok licin atau memang ni tempat khas untuk mak-mak letak baby nak tukar lampin. Seb baik tempat ni muat-muat Rayyan je. Kalau besar sikit je lagi, silap-silap nampak En Wan sama baring kat dalam ni.
Masuk Bella Ammara.
Wah, aku sejak terjebak dengan IG ni, dah tau dah label-label baju muslimah kat Malaysia.
Dulu haram nak tau.
Taknak beli pun, saje masuk nak tengok design butik.
Kat Jovian.
Padahal takde apa nak beli pun sebab takde dalam list. Tapi masa keluar dari Ariani tu tengok kat Instagram Jovian update new abaya. Terus ajak En Wan tengok abaya jap. Tapi abaya tinggal size XS, S, L ngan XL je. Size M dah yilek. Sales tu suruh aku try S, dia kata jubah ni besar. Memang la besar, besar kat pinggang je. Abis kat tetek? Sendat okeh.
Baju yang aku acu ni cantikkkkkkk.
Geram gila nak beli. Tapi macam ikut bentuk badan sikit, hmmm..maybe next time la kot.
Harga? Tak tau. Tak tengok harga pun.
Weekend baru ni aku abiskan masa kerahan tenaga.
Rasa puas hati kemas rumah sendiri.
Habis segala ceruk aku korek. Kadang-kadang kalau kita kemas sendiri, 2 jam kita dah siap sapu, mengemop, mengelap, sidai kain, basuh bilik air. Bila orang lain buat, 2 jam tak siap-siap. Apa kena ntah.
Pastu lepas Zohor, duduk dendiam menggentel gubahan hantaran untuk anak sedara En Wan bertunang raya haji nanti.
Tahun ni je dah berapa hantaran aku gentel. Ramai nau sepupu sepapat and anak sedara yang kawen yang bertunang yang merisik. Esok time anak aku nak kawen, siap la aku point sorang-sorang buatkan hantaran anak aku. Ni orang Melaka/Negeri cakap 'bertanam'. Dalam erti kata lain bertanam ni macam 'aku buatkan dulu, esok lusa ko kena buat aku punya pulak'
Sape sini orang Negeri? penah dengar 'bertanam' kan?
Aku pun tau pasal bertanam ni dari arwah nenek aku.
Dulu kecik-kecik asal cuti sekolah je balik kampung. Zaman dulu time cuti sekolah ni orang kampung sibuk buat keje kawen. Zaman sekarang je yang tak kira cuti tak cuti, Asal Sabtu Ahad je jemputan kawen. Asal Sabtu Ahad je jemputan kawen.
Ada satu time tu aku dengar nenek aku call Mak Aji "Yah, anak **** buat keje kawen minggu ni. Kau ingat tak dulu dia ada bertanam masa kau kawen? Ni ko nak kasik apa?"
Aku macam..apabenda la bertanam ni agaknya.
Aku tanya nenek aku.
Nenek aku cakap orang Negeri/Melaka (not sure antara dua buah negeri ni mana yang praktikkan) ni ada adat bertanam. Maksudnya, kalau time aku kawen makcik depan rumah 'bertanam' 1000 biji telur, esok anak dia kawen aku kena balas benda yang sama. Something like that. Nak kata sponsor bukan sponsor. Kalau sponsor apehal lak kau mesti balas kan. Yang klaka tu nenek aku cakap time kau bertanam tu, kau kena tulis kat buku bukti kau ada bertanam. Time anak dia nak kawen sok, tak kira la lagi 20 tahun lagi ke, dia akan keluarkan buku tu balik tunjuk kat kau dia dulu ada bertanam. Klaka je. Nak sponsor tu sponsor je la. Dah kau yang nak kasik. Kalau dia tunjuk aku, aku balas balik 'Eh, mengungkit nampak? Sape suruh ko bagi?"
Boleh tak cakap macam tu?