2014-09-01

Celebrate kita-kita je.


Lately ni aku ada kegilaan untuk keluar berjalan haru Jumaat malam.
Rasa macam best pulak keluar merayap Jumaat malam. So that Sabtu Ahad duduk je kat rumah takyah gi mana-mana dah. Baru la terasa lama sikit cuti, padahal 2 hari je. Tapi sebab Jumaat tu dah buat segala shopping (if any), jadi tak kacau weekend. Lega.

Jumaat lepas, takde nak gi mana-mana, tapi nak keluar jugak. Tapi aku, Rayyan and En Wan je. Yang lain nak tengok TV. Redza lagi la, sejak dah bujang ni mana nak ikut makbapak berjalan dah. Nak duduk rumah je. Sukati ko la. Malam tu dinner kat Ayutthaya USJ. After so many years, baru aku jejak ke area Ayutthaya USJ ni. Aku tak penah maklan Ayutthaya sini, kalau kat PJ penah. Padahal dulu year 2003 aku keje USJ7. Sikit tak penah makan kat Ayutthaya. Kalau time lunch mesti akan pegi kedai sebelah Ayutthaya ni - Chatters. Rupanya hari tu aku tengok si Chatters pun dah takde. Kedai dah ganti ngan satey. Baru lah aku tau kat USJ ada satu lagi kedai satey. Selama ni aku nak pi beli satey tau kat mana? Nun...RnR Awan Besar. Punyalah jauh kedaung siap 2-3 tol lagi nak cecah ke sana. Nak beli satey RM50 je padahal. Ok pasni aku dah tau nak carik satey kat mana.



First time aku masuk Ayutthaya tahun 2008, time monthly company lunch.
Kan aku penah cerita time keje ngan bos Devil wears Prada tu kitorang akan monthly lunch kan. Salah satu antara bulan-bulan tu company bawak pi mentekedarah kat Ayutthaya PJ.
Masa tu rasa cam sedap gila lauk-lauk kat sini. Maybe dulu belum rajin lagi explore macam-macam restoran, jadi apa je depan mata time tu semua aku belasah sedap.

Tapi Jumaat lepas makan kat Ayutthaya USJ macam kureng la pulak rasa dia. Lagi sedap makan kat Famous Thai Plaza Masalam.



Bawak panglima ni macam biasa la....boleh tercekik kau nak makan.
Now kan, time kau duduk diam tu dia tak tanya apa-apa tau.
Time kau tengah sua sudu dalam mulut kau, time tu la "Ma, ni sape?" "Ma, ni apa ni?" "Ma, tu apa tu?" Rasa macam pasni nak bawak selotep gi mana-mana.
Dia ni kalau paham bila kita kata "Jap dik" takpe jugak.
Ni jenis yang makin kau cakap "Jap dik", makin kuat suara dia ulang-ulang tanya kat kita. 
Seolah-olah "Jap dik" tu macam kita mintak dia ulang suara pulak.



Soft shell crab with fried yam
Boleh tahan sedap.
Lebih kurang soft shell crab kat Sushi King cuma crab sini besau sikit.


Tomyam seafood - tak sedap.
Lagi sedap aku masa tomyam guna pes segera beli kat Padang Besaq.


Butter prawn - kureng sedap.
Lagi sedap butter prawn Serai@Empire


Siakap sweet sour - totally out.
Tak garing lansung.
Lagi sedap Absolute Thai@Main Place.


Air oren dia ni je yang sedap sikit dari kebanyakkan restoran yang aku penah pegi.


Tapi rasanya sedap lagi susu panglima ni.
Dia ni walau dah togok air oren aku segelas, masih mampu habiskan sebotol susu.
Dalam masa setengah jam mintak lagi susu sebotol.
Susu dia tin besau aku kena beli every 4 days.



 Hari ni besday Redza yang ke-10.
Alhamdulillah dah 10 tahun Redza dengan kitorang.
Tahun ni berakhirlah jugak birthday celebration untuk Redza, tak macam selalu-selalu.
Kalau tak, every year mesti celebrate dengan orang luar dari immediate family members.
Masa mula-mula dapat Redza dulu, aku dah bagitau En Wan yang aku nak buat birthday party untuk Redza every year. Sebab aku tau anak laki ni bukan macam anak pompuan. Anak pompuan umur 20 tahun pun seronok lagi buat besday party. Anak laki ni ada had umur dia. Sampai waktu nanti dia dah taknak dah party-party ni semua. Apetah lagi kalau besday party nyanyi melalak-lalak lagu besday untuk dia.

Macam Redza ni memang sejak azali pun tak suka bergamba, tak suka orang bagi attention, tak suka orang highlitekan dia. Dia kalau boleh nak potong kek bawah meja. Aku tak paham apa yang dia segan sangat. Last week aku tanya dia besday Redza nanti nak jemput kawan-kawan tak? Kalau nak jemput aku nak plan nak tempah apa untuk makan-makan semua. Cepat-cepat dia kata taknak party. Dia dah segan sangat. Kalau boleh kek pun taknak. Mati-mati dia taknak, sampai merajuk-rajuk sentap. Pastu aku pujuk oklah tahun ni semua pun takyah jemput, kita-kita je potong kek suka-suka. Baru lah dia nak. Tu pun dia pesan jangan nyanyi, jangan letak lilin. Ok fine. Apa-apa je la, janji ko nak potong kek.


 Beli kek eskrim Baskin n Robbin je.
Tu pun sebab bapak dia yang nak makan sebenarnya pun.


Bagus jugak takyah buat party.
Senang takyah aku bersiap-siap semata-mata nak bergambo.
Yang si panglima tu pun berlenggeng ngan pampers je. Aman.


Sedih jugak sebenarnya tadi. 
Aku la yang sedih. Redza memang takkan sedih punya. 
Aku rasa sedih sebab aku cuma dapat buatkan party Redza sampai umur dia 9 tahun je rupanya.
Orang lain aku tak tau, tapi macam aku, aku memang dah berangan dari dia dalam perut (rahim) lagi, yang aku nak buat besday party untuk anak aku sebanyak mungkin. Macam satu kepuasan and happiness aku dapat tengok tahun demi tahun dia celebrate hari jadi.Sebab aku tau sampai satu masa nanti aku takkan dapat tengok dah semua ni.

Macam dalam salah satu ceramah aku pernah attend, speaker tu kata anak-anak ni sebenarnya kejap je dengan kita, paling kejap sampai 12 tahun. 
Kalau ada rezeki umur 13 tahun dah masuk boarding school sampai umur 17 tahun. 
Umur 18 ada rezeki masuk Uni sampai umur 22-23. 
Kalau jodoh awal, pastu terus kawen.
Umur 13 tahun ke atas selalunya anak-anak lebih rapat dengan kawan-kawan.
Pastu sampai satu masa dia akan rapat dengan teman istimewa.
Then dengan suami.
Bila time dia akan rapat semua dengan makbapak?
Penceramah tu kata, selalunya bila dia dah ada anak sendiri, masa tu dia akan rindu balik dengan makbapak.
Omigod, menitik airmata aku masa dengar ceramah tu, walaupun masa tu aku belum kawen.
Buat besday party ni macam salah satu special moment yang suka untuk dikenang.


Birtday Redza 1st.

Masa ni kat rumah dulu. Baru pindah. Masih bertebarai lagi barang-barang rumah.
Tapi buat party tetap buatttttt. Dah nama pun party kan, ujung-ujung bersepah jugak. Baik aku takyah kemas dari awal. Masa ni Redza masih so baby, pegang pisau pun tak pandai lagi. Maknya pun masih lagi pakai skirt pendek time party-party ni. Oh myyyy. Hahahaha.

Yang tepi aku budak laki pakai topi party kuning sambil pegang belom tu muka dia ada iras-iras Rayyan kan? Tu anak sedara En Wan. Anak bongsu Kak Long. Now budak ni dah kat MRSM KT dah pun. Kejap sungguh doramg membesar.


Masih lagi gamba time besday Redza yang 1st.
Muka masih lagi blur nampak kamera.
Tengok rumah aku? Gila bertebarai kan? Belum habis berkemas lagi waktu ni.
Meja makan pun takde lagi. Boleh main galah panjang kat rumah aku. Gila lapang kosong takde barang oi.


Birthday Redza yang 2nd.
Masih kat rumah lama.
Time ni dia melalak bila orang start nyanyi lagu besday. Meraung-raung ketakutan. Gila spoil sungguh.


Birthday Redza yang 3rd.
Buat kat Bangi, ajak sedara--mara and makcik-pakcik datang.
Time ni dia sentap bila orang start nyanyi lagi besday. Terus taknak potong kek.


Besday Redza yang 4th.
Buat kat JB rumah Mak Ngah (Ima) dia.
Masa ni dia dah skolah, dah pandai mengeja.
Suka dia bila nampak nama dia atas kek.


Besday Redza yang 6th. 
Yang 5th aku tak jumpa gamba. Ntah mana aku letak.
Yang 6th ni buat time raya kat Bangi.
Sekali harung dengan besday Mak Aji. Jimat.


Besday Redza yang 7th, buat sekali dengan besday Rayyan yang pertama.


Besday Redza yang 8th, buat time open house raya.
Aku sengaja taknak bagitau guest yang aku akan buat besday party Redza sekali hari tu sebab aku taknak orang datang bawak hadiah. Rupanya aku silap. Bila dorang tau aku buat besday party sekali, semua hulur duit kat Redza. Aduii...silap percaturan sungguh.


Besday Redza 9th, last year. Buat sekali ngan Rayyan.
Rupanya ni la last besday party dia.


Besday Redza yang ke 10th. Petang tadi.
Dah taknak party-party dah. Dah bujang katakan.
Thank you so much sebab selama 9 tahun ni walaupun dalam suasana sentap-sentap, dia gagahkan jugak ikut kehendak mak dia yang sibuk nak buat party nak ambik gamba nak potong kek untuk dia. Walaupun bergamba dengan muka tak redha. Jadiklah nak. Buat-buat kenangan.


Tinggal ni panglima jendul ni je la harapan aku nak meneruskan besday party.
Ni tak tau la sampai umur berapa dia nak ber-besday party. Ni tak makan saman sikit ni. Tetiba je kang tahun depan taknak dah.


p/s : Promo Ephyra RM180 berakhir hari ni ya. Esok dah mula balik harga RM197.
Tapi aku akan accept payment untuk RM180 sehingga 12 noon esok sahaja. Lepas tu form akan ditukar. Thank you.