2014-08-30

Nak free aje


Berkat hari Jumaat, ada 2 orang kantoi dengan aku hari ni.
Don't worry, nama anda takkan disebut kat sini. Tapi kalau terasa nasiblah.
Aku sebenarnya takde niat nak mengkantoikan pun. Aku pun baru realized masa dok pung pang pung pang time email.

Cerita dia camni.
Tadi aku check balik email-email yang aku dapat dari reader untuk letak iklan kat blog. Dah lama tak extract email iklan, ingatkan nak extract dulu. Esok-esok aku up kat blog pulak. Belek punya belek aku terperasankan satu email yang rasa-rasa macam familiar gamba product dia. Macam aku penah nampak. Aku pun filter balik email address budak ni dalam folder. Oh, rupanya pernah 3-4 kali dia hantar email untuk iklankan barang. Gamba yang dia hantar baru-baru ni pun gamba dari produk yang sama dia penah hantar dulu. Dulu dia mintak tolong jualkan semula barang. Tak serasi dipakai katanya. Tapi email yang baru ni pun dari produk yang sama, jenis yang sama. Eh takkan dah tau tak serasi kau pegi beli lagi?

Aku tak puas hati, aku gugel email dia kat FB.
Wohooooo... jual barang rupanya. Yang best tu kat FB pi bagitau produk yang kononnya dia nak jual balik tu ada 2-3 size available!
Alahaiiii manusia.
Aku ni bukak ruang untuk korang advertise bisnes, bukan jadikan blog aku untuk kau jual setiap produk dalam shop kau dengan alasan 'nak jual balik barang yang tak serasi dengan badan'. Tu menipu namanya. Patut la bisnes kau tak berapa nak jalan. Awal-awal pun dah menipu. Nak berbisnes ni mana ada jalan senang. Kena la usaha sikit. Aku dah tolong tepek online shop kau, takkan aku jugak yang nak 'tolong' jual every barang dalam shop kau tu. Dah la aku bagi free medium. Takyah la melampau sangat. Agak-agak la.

Benda yang bernilai bukan mudah nak dapat.
Setiap yang bernilai mesti ada harga.
Harga bukan dari segi duit je, tapi usaha dan jugak masa. Dah kalau semuanya nak free, semuanya nak senang, memang takde la orang yang makan gaji. Konfem semua pun nak berbisnes. Sebab bisnes bukan satu benda yang mudahlah maka tak semua orang nak buat. Tapi bila kau dah pilih untuk buat, tolonglah jujur dengan diri sendiri sebab hasilnya akan masuk tembolok kau jugak.

Terus fedap tak jadi aku nak buat iklan dah.
Ni la yang aku jadi malas. Kita seronok nak tolong orang tapi ada orang naik seronok menggunakan kita. Eh lantak kau lahhhhhh.

Orang kedua yang terkantoi hari ni 'silent reader' katanya. Hantar email mintak promote bisnes. Mintak aku letak itu, letak ini, jangan lupa highlitekan point tu, highlightkan point ni. Aku cakap tulis je kat email apa kau nak tulis nanti aku cut and paste je sebab aku tak buat review. Aku tolong tepek je. Pastu dia cakap 'Akak buatlah review sikit product saya'. Aku cakap camana aku nak buat review, produk dia pun aku tak penah guna. Pastu dia kata takpelah kalau taknak review, dia nak aku tulis macam ni macam tu macam ni macam tu dalam blog. Aku cakap again yang aku tak buat macam tu. Aku belum ada time nak review product orang, just tulis apa yang ko nak orang tau pasal your bisnes nanti aku cut and paste je. Agaknya pung pang pung pang balas email, terus terkantoi 'Tapi ada orang cakap blog akak ni buat review free'

Nampak nau first time jumpa blog ni sampai tak tau yang aku memang tak buat review siap boleh terkeluar ayat 'ada orang cakap...'
Dik, tak baca blog ni pun takpe. Tak kenal pun takpe. Tak salah pun kalau taknak baca blog ni. Tapi tang menipu 'silent reader' tu klaka nau bunyinya. Takyah la nak jek-jek akak dik. Akak dah tak lut dek jek dah.

Benda-benda macam ni buat aku frust gila.
Sedih tengok gini rupanya orang nak berbisnes. Aku paham, nak berbisnes mesti nak buat marketing. Kau ada bisnes tapi takde marketing, bisnes kau takde makna. Tapi tak payah la sampai nak tipu, nak bodek, nak manjang free.

Aku penah tanya sorang public figure bertaraf artis berapa bayaran untuk dia pakai shawl aku. Dia cakap bayaran dia RM1500 untuk satu kali up kat FB and Insta, satu design/color.
Satu kali upload je ya. Bukan satu hari punya upload. Satu kali je. Tu pun selfie je tau.
Maknanya kalau aku ada 10 helai shawl, jumlah aku kena bayar dia RM15K. Tu cuma pakai, selfie and up status takat 3-4 line. Bukan buat satu entry. Aku so excited nak bagi dia pakai selai. Walaupun sebenarnya tak balik modal sebab shawl aku selai baru RM39 tapi nak pakai retis. Kah Kah Kah. Saje nak create more crowd je. Dah discuss kaw-kaw ujung-ujung dia kata kalau jubah boleh la. Shawl tak boleh sebab dia dah ada kontrak dengan brand lain. Ye, aku tau kau dah ada kontrak. Saje je aku gatal nak test line, manala tau kot dia nak rembat all.

RM1500 dengar macam mahal.
Rasa macam cekik darah padahal kau bukan buat apa pun. Dah la shawl dapat free. Selfie pun sampai RM1500 ke? Satu kali status lak tu.

Kan?

Tapi aku setuju dengan harga dia. Aku tak tawar lansung. Bukan sebab ada duit, tapi sebab kita nak guna nama dia. Apa yang dia buat memang senang, takat lilit shawl je. Tapi ramai orang tak sedar yang RM1500 tu bukan bayar khidmat dia. Tapi kita membayar nilai 'siapa dia'. Bukan mudah untuk dia bina nama and personaliti. Kita tak tau berapa lama dia struggle untuk sampai ke tahap sekarang. Now dia dah glemer, dah ada crowd, kita datang nak mintak free service?
Free penampa mau?

Ni aku nak bagitau.
Tak kira kau bisnes kecil-kecilan, bisnes part time, atau baru nak berbisnes, tapi modal untuk buat marketing mesti mau ada.
Jangan guna ayat 'Ala kak, saya bisnes kecik je, bayar review RM50 boleh tak?'
Boleh. Bukan tak boleh. Tapi tengoklah jugak siapa yang kau guna tu. Kalau orang tu mediumnya boleh menarik ratusribuan khalayak, tak rugi rasanya kalau kita invest lebih sikit.
Jangan pikir kita punya budget je. Masa yang orang peruntukkan untuk review produk kau tu pun nak kena pikirkan jugak. Berbaloi ke dia abiskan masa buat entry kau dengan harga RM50 tu. Cuba kau tanya Azwan Ali nak tak dia promote barang kau dengan upah RM50. Mau dia libas kau dengan kipas tangan dia.

Maksudnya kat sini, once kau kata kau nak bisnes, duit untuk marketing mesti kena ada.
Pastu kenalpasti siapa yang kau nak mintak tolong untuk review product. Siapa orangnya, apa kemampuannya. Pastu pikir semula sesuai tak budget kau dengan medium yang kau pilih tu.
Tanya apa yang kau dapat pulak dengan nilai yang dia tetapkan tu. Barulah ada win-win. Ni ko nak free iklan la, nak review budget murah la, tapi demand melampau buat ini mintak buat itu.
Serupalah keadaannya kau ada budget RM5K tapi nak mintak Anuar Zain endorsekan product. Memang tak dapek laaaaa. RM5K tu dapat dengar Anuar Zain berdehem je.