walk on wings, tread in air: Angin membusung <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Angin membusung
2014-09-16

Ok, dah boleh kencing dengan rileksnya.
Semalam actually dah boleh kencing dah cuma ujung-ujung nak abis kencing tu macam ada sakit sikit kat bawah perut. Tu takpe lagi, boleh kawtim.
Yang hazab tu sebab dia tangkap kat pinggang and bawah rusuk.

Semalam Subuh, masa tahiyat akhir tu bergenang airmata tahan sakit sebab maklumlah, perut pun dah berlipat tiga kan. Jadi time tahiyat akhir tu lipatan-lipatan perut tu berlumba-lumba nak masuk bawah rusuk, hah kauuuuu, macam nak menitik airmata aku tahan sakit. Orang kalau tengok aku solat semalam mesti cakap bagus lah budak ni solat khusyuk sampai nangis. Padahal aku dah tak  tentu hala nak abiskan bacaan. Pastu terus takleh solat diri dah. Solat duduk je sampai la ke Subuh hari ni baru boleh solat berdiri semula. Alhamdulillah.



Macam mengandung 6 bulan kan?
Aku cakap kau, En Wan mati-mati ingat aku kena buatan orang - busung.
Aku cakap merepek la. Ni bukan busung, ni sebab UTI ni la.

Walaupun perut aku bergulung-gulung babatnya, tapi takde la teruk nau sampai kena membuncit macam ni. Aku tak tau la apa sangkut-pautnya, tapi disebabkan sakit tu dah merebak ke bawah rusuk and pinggang, perut aku jadi bloated semacam. Angin semua penuh kat dalam. Selalunya aku la yang macam badak tersepit dalam rumah ni kejap kejap berdeghakkkkk berdengakkkk sendawa. Dah 2 hari aku tak sendawa okeh. Kentut pun tak. Apa tak membusung perut aku. Yang si kentut ni pun satu. Time aku memerlukan khidmat dia sampai penat aku menonggeng-nonggeng nak bagi keluar angin sikit tak keluar. Cuba kalau time aku baru lepas ambik wuduk tu kan, time tu la dia berlumba-lumba nak keluar.

Jangankan korang, aku pun naik takut tengok perut aku macam ni. Mak mertua aku biasa la kan, orang tua-tua. Dia suspek aku kena buatan orang sebab bisnes Ephyra aku maju. Hahahahahah. Nak gelak pun ada. Amende la mak oiii. Ephyra tu bukan aku punya. Aku jual je. Adeh. Tapi sebab aku tak larat nak gelak time tu, aku iyekan aje la.

Semalam tak tahan sakit dah, aku ajak En Wan pi DEMC.
Aku takut ada kidney infection je. Kalau ada infection mampus la aku tersadai kat spital ni kang. Dah terbayang-bayang akan wayar masuk kat bawah nak monitor kidney semua.
Tapi dalam pada takut tu aku masih lagi rasa mungkin UTI biasa je kot sebab kebanyakkan simptom yang lead tu kidney infection tu aku takde. Masih berharap.

Masa dokter tu picit perut aku pun dia kata - angin.
Memang angin ni tak jumpa jalan keluar. Tu yang buatkan aku bertambah sakit. Mau tak sakit, angin toksik dalam badan. Dokter tu mintak aku pusing badan sebab dia nak ketuk belakang aku, nak test samada aku ada kidney infection ke tak. Dokter tu cakap kalau ada infection, the moment dia ketuk je, walau slow macamana pun, aku akan melompat ke depan. Alhamdulillah tak. Lagipun urine aku cuma ada 1+ protein je, which is quite common untuk perempuan. Tapi ada trace of leukocytes, menunjukkan badan memang ada kuman yang tak abis buang. Jadi semalam dia bagi 2 jenis ubat yang masin nak mampus, masin sampai pahit! Aku terpaksa bancuh that ubat masin dengan air oren. Kalau tak, mampus aku takleh telan. Nasib baik dokter kata boleh campur ngan air buah. Kalau dia kata tak boleh memang aku masuk kat syringe, sumbatkan ikut bontot. Kosser aku nak telan.

Tapi ubat tu power.
Asal aku makan je, padam. Asal makan je, padam. Sampai naik sembab muka aku membuta je keje.
Pastu angin memang lawas la. Dah macam hape je kejap-kejap sendawa. Rayyan tengok aku sendawa melopong. Satu macam bunyik sendawa mak aku ni dia kata. Saka ke hape.

Pagi ni rasa macam dah ok sikit.
Sakit bawah rusuk memang takde dah. Agaknya angin semua dah keluar.
Pinggang ada sengal sikit lagi. Ni pun agaknya sebab aku duduk lama depan PC. Kalau rehat lagi 2-3 hari insyallah baik betul.
Bila dah terkena sakit macam ni barulah terasa duit banyak pun tak guna der.
Takleh buat apa. Nak shopping takde selera. Nak bercuti pun tak larat. Nak makan pun takleh masuk. makan bubur pun main tolak ngan air je. Paksa diri untuk makan.
Oh yes, nak bagitau.
Dokter tu kata, kalau sesape kena UTI, mula-mula sekali kena minum straight 2L air. Non stop.
Sebab pundi kencing kita akan otomatik flush keluar once 2L air dah masuk badan. Tu kiranya dia akan flush keluar kuman-kuman sekali. Macam aku hari tu memang minum sampai 3L, tapi dalam masa 4 jam. Ni kau kena minum terus 2L sekali hadap. Ok?
 


Pagi tadi bangun awal sikit sebab aku dah tak larat nak terbaring atas katil. Macamkan tenat sangat hoih. Turun-turun dapur nak buat nasik goreng nampak bibik tengah mengelap tingkap dapur guna kain pink ni. Kau tau kain apa ni???

Baju Hard Rock Cafe Hong Kong aku okeh!

Terus tenat balik.

Aku menjak dah habis zaman size S ni, takde la aku simpan lagi baju-baju lama.
Semua aku kumpulkan and buang.
Agaknya dia kelebet plastik sampah aku and ambik baju ni.
Ok la kalau kau berkenan ngan baju ni nak ambik bagi anak-anak ko takpelah, no hal.
Tapi kenapa mesti kau ambik baju yang aku dah buang ni pastu selamba tapir jadikkan dia kain buruk??? Kalau aku gamak jadikan dia kain buruk, dah lama aku jadikan dia kain lap kaki bilik air aku. Sebab aku tak gamak la maka aku buang supaya aku tak nampak apa nak jadik jadiklah. Ujung-ujung nampak balik baju ni jadi kain buruk dalam rumah sendiri. Elok je pulak dia membilas baju ni depan muka aku. Baju HR biasa la kan, style lusuh-lusuh gitu. Jahitan pun kat luar. Agaknya bibik aku kirai-kirai baju nampak baju ni macam buruk nau nak pakai tak gamak, terus dia buat kain buruk.



Ok, dengan susah-payahnya aku men-create IG untuk diri sendiri.
Tapi belum ada banyak post pun, baru satu je. Testing kata orang.
Aku ni cepat bosan sikit dengan social network. So far, FB je bertahan. Jadi harapnya IG ni bertahan jugak la.

Ok nak makan. Bye.

Selamat Hari Malaysia.



posted by aveo757 @ 1:40 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER