walk on wings, tread in air: Hati - ingatan buat diri sendiri <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Hati - ingatan buat diri sendiri
2014-09-17



Aku tak pernah ambik tau cara-cara nak check siapa stalk FB, jadi aku have no idea if kita memang boleh trace sape stalk FB kita. Tak kuasa lah pulak aku nak check sape kelebet FB aku. Lagipun FB aku memang semua orang pun boleh tengok, tapi tak semua boleh komen. Sukati ko lah nak stalk ke taknak. Tapi tak salah aku memang ada apps yang boleh trace sape check wall kita. Tapi tu macam auta je lebih. Sebab aku penah dapat printscreen dari sorang reader yang excited say thank you kat aku sebab check profile dia like 20 minits ago....padahal aku dari pagi sampai balik opis tak bukak-bukak FB. Ko jangan caya la apps macam tu. Auta je lebih.
Tapi kan, kenapa nak kena trace sape check profile kita?
Aku belum nampak pencerahan lagi kenapa kita nak risau siapa check profile kita.
Biasa je kot kalau orang browse-browse and ternampak muka kita 'eh, macam kenal', pastu klik. Biasa kot macam tu. Aku pun penah buat.

Dalam kes ni, contoh situasi :

Manusia A up status "Shawl Gucci. Blouse YSL. Shoes Chanel. Beg Prada. Ok, I'm off to work"

Pastu Manusia B up pulak status "Nak pegi keje tu pegi je la. Yang nak mention segala tok nenek jenama yang kau pakai kesah la pulak aku kan???"

Honestly, aku lagi suka dengan status Manusia A.
Bunyiknya macam show off tapi sekurang-kurangnya dia bercakap tentang diri dia sendiri. Dia tak cakap pun pasal orang lain.
Kita yang membaca ni la yang kena pandai-pandai interpret.
Kalau kita nak interpret negatif, maka hasilnya negatif lah.
Kalau kita rasa benda tu something yang "Cayalah dia ni, pegi keje baju semua branded", maka hasilnya positif. Hati kita pun tenang, kita pun tak buat musuh dengan sesape, kan?

Kalau rasa status orang tu pelik and mendatangkan buruk sangka, nak tegur pun ada cara.
Kena ada kepakaran and kreativiti.
Kena tau punca dia update status macam tu.
Mungkin status tu ditujukan untuk downline-downline dia, anak-anak buiah dia, sebagai pembakar semangat katanya. Kita yang tak tau ujung pangkal ni memang terasa macam dia menunjuk kekayaaan. Puncanya sebab kita tak tau menahu. Dan kita mudah buat andaian.

Boleh je kalau nak buat dek. Taknak ambik tau hal orang lansung. Boleh.
Tapi tak betul jugak kalau kita terlampau tak ambik kisah hal orang. Dah macam kera sumbang pulak namanya. Cuma jangan sampai busybody. Yang penting kalau nak tegur tu kena tau cara.

Ceramah Ustaz Kazim pasal Taatkan Suami ada menyebut tentang kisah suami nak pi outstation 2 weeks, and segala keperluan isteri and anak-anak dah pun disiapkan. Cuma si suami pesan, jangan keluar rumah selama aku takde.
Ditakdirkan, jiran selang 2 buah rumah meninggal.
Isteri ni try call suami untuk mintak izin tapi line tak masuk-masuk. Takde coverage.
Maka isteri tak dapat gi ziarah sebab takde keizinan suami.
Cik Kiah, Cik Eton and Mak Jenab pun mula la buat spekulasi "Ntah apa-apa la dia tu, jiran meninggal pun taknak datang ziarah. Apa nak jadik la tak bercampur dengan masyarakat".

Tu lah dia, ada mulut taknak tanya. Main buat spekulasi tak tentu arah.
Apa-apa hal pun kena tau dulu punca kenapa dia tak ziarah.
Tanya dulu! Jangan sesedap anak tekak je nak buat andaian.
Dari segi hukum juga perlu tau yang ziarah jenazah jiran tu sunat. Taatkan suami tu wajib.

Aku penah baca satu artikel tentang someone yang menegur sorang jemaah haji di Madinah.
Jemaah tu pegang gelas dengan tangan kiri.
Yang si penegur tu direct tegur "Haji, rasanya lebih bagus minum guna tangan kanan. Sunnah"
Lepas tu jemaah tu tunjuk tangan kanan dia "Urat saya putus, jari belah kanan ni tak boleh grip"

Kan bagus kita tanya dulu "Kenapa Haji minum guna tangan kiri?"

Sebab tu apa-apa hal pun kalau nak tegur, tanya dulu.
Jangan ingat apa yang kita nampak kita dengar tu semuanya dah betul.
Berbalik pada email reader ni, kawan tu terang-terang tulis dia up-kan gambar harta-benda dia supaya orang yang irihati kat dia tu lagi tak senang duduk. So kita dah tau dia buat dengan ada alasan. Kalau kita nak tau lebih, kita tanya la dia. Sometimes kita takkan tau kenapa dia buat tindakan tu until kita berada dalam situasi dia. Semua berlaku ada sebabnya.

Aku setuju dengan apa yang reader ni tulis kat penghujung email dia - semuanya berkait dengan hati.
Selalunya kita kisah sangat apa yang ada dalam hati orang lain. Kita kata hati orang tu penuh riak. Tapi kita lupa pulak nak check hati kita ada perasaan dengki ke tak.

Jangan kisah apa ada dalam hati orang.
Kisahkan dulu apa ada dalam hati kita.

-artikel ni ingatan buat diri sendiri-






posted by aveo757 @ 1:09 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER