2014-09-03

Problem dengan bibik lagi





Sebelum aku tulis panjang pasal ni, ni aku letak link kepada sesape yang nak carik agen untuk maid. KLIK HERE.

Agen ni agen terakhir yang aku ambik untuk bibik aku sekarang, Cici.
Agen-agen terdahulu aku deal direct dengan agen dari Indo. Tapi takyah mintak nombor dengan aku sebab aku pun tak tau mana aku simpan nombor dorang. Kalau ada pun, aku tak rasa nak bagi korang sebab nak deal dengan dorang not easy ya. Macam bibik Lenny tu sampai En Wan kena masuk Batam chase the agen, baru la boleh settle. Kalau tak, asik la mintak duit pendahuluan tapi passport tak siap-siap jugak.

Masalah perangai bibik aku tak reti nak ajar sangat pun.
Sebenarnya rezeki masing-masing. Ada yang dapat majikan baik, bibik dapat yang hamlau. Ada tu bibik baik, majikan pulak macam jin aprit. Takleh nak salahkan bibik sangat. But at the same time takleh nak buat baik sangat jugak.

Bibik-bibik aku bukannya takde perangai. Ada.
Tinggal lagi mungkin aku ni bangsa yang boleh absorb and let go. Aku malas nak semakkan kepala pikir perkara yang tak mendatangkan faedah. kena tengok kedaaan, kalau bertekak tu boleh bagi benefit kat aku, takpela. Tapi penyudahnya dapat sakit hati, buat apa. Dapat sakit tekak je.

Adakalanya kita tak boleh terlampau 'ikut buku'.

Contohnya, ada majikan practise 'Jangan bagi bibik berkawan sangat'.
'Jangan bagi dia melepak kat playground tiap-tiap petang, nanti dorang akan buat pesatuan'.
'Jangan bagi bibik pakai henfon'.
'Lock channel Astro Prima, supaya dorang tak galak tengok sinetron pagi petang'.
'Jangan bagi bibik makan sama'.

Ada waktu-waktu yang kita kena 'ikut buku' di atas.
But dalam kebanyakkan masa, rasanya tak perlu.

Bibik-bibik aku, aku tak kisah dia nak terlentang tengok TV pun, janji keje-keje kau siap.
Kalau aku nampak kau terkangkang tengok sinetron tapi bila aku tanya mana seluar aku kau cakap belum digosok, memang siap! Carik nahas namanya.
Kau nak menggosok depan TV pun aku tak kisah. Janji keje buat.

Rumah aku ni takde la besar macam mansion, tapi kalau mengemas mengemop memberus lantai, memang penat oi. Jadi, aku paham kalau bibik nak mop lantai takat seminggu 2 kali je. Takpe. Aku tau kalau nak buat keje mengemop hari-hari memang penat. Kang kalau dah penat, tak jadi keje lain pulak. So kalau hari ni nak menyapu, esok baru mengemop, lusa baru cuci bilik air, tulat baru basuh porch and longkang - go ahead. Janji rumah aku tak berkeladak. Aku akan jadi mandor. Kalau aku tak berkenan aku cakap and aku tunjuk camana nak dibuat.

Tapi sometimes memang ada bibik yang jenis lembab and degil.
Benda tu biasa la kan, nama pun manusia. Memang ada perangai.
Bibik-bibik aku semua ada perangai yang aku tak berkenan.
Yang suka bergayut, yang buat keje lembab, yang terlampau teliti buat keje sampai cuci fridge pun ambik masa 3 jam, yang asal call suami je manjang bertekak, yang pantang ada orang lalu depan rumah semua ditegursapanya, yang melayan jantan, yang pekak pun ada. Hoih! Kalau darah aku ni boleh menggelegak, dah rentung jantung hati pedal aku semua menahan marah. Tapi aku sangat sangat sangat bersyukur, walaupun aku berpotensi untuk menjadi seorang pengamuk, but most of the time aku boleh kawal perasaan. Agak-agak tension sangat, kita buat online shopping.

Aku penah ada sorang bibik yang sangat teliti buat keje.
Dia punya teliti tu, kalau dia basuh bilik air, aku sempat sapu mengelap mengemop dari dapur sampai ke porch, siap siang ikan sotong bagai. Tapi dia tak settle-settle lagi dengan sebijik bilik air. Rumah aku ada 6 bilik air. Bayangkan berapa banyak masa dia perlukan? 2 hari kot untuk settlekan bilik air je. Tapi memang berkilat-kilat la jamban aku dia lap. Cuma lembab dek kerana teliti sangat.

Aku penah jugak ada bibik yang terlampau rajin masak sampai belanja groceries aku naik satu kali ganda. Pantang ada tepung gandum je buat kuih. Pantang ada tepung beras je menggoreng. Pantang ada mihun, kejap-kejap mihun goreng. Kejap-kejap makan. Kejap kang dia hidang kuih. Jap gi kang hidang kepok lekor pulak. Naik penat aku makan.

Selain dari tu, aku ada bibik yang degil nauzubillah. Stok-stok yang nak kena hayun batu giling kat kepala. Bangsa dia je betul. Aku suruh buat macam ni, balik-balik buat cara dia gak.
Aku ni malas nak memekak-mekak sangat. Kang jiran ingat aku dera bibik. Lagipun rumah aku ada mak mertua. Nanti aku asik marah bibik, mak mertua aku terasa hati lak. Kang dia kata aku tak suka dia tinggal sini.
Jadi, aku akan buat perkara yang sama aku buat time bekerja.
Suruh kali pertama, kedua, ketiga tak memuaskan hati, kali keempat aku buat sendiri and aku bagi silent treatment terus. Sometimes, silent treatment lagi killer tau. Boleh buatkan dia jadi tak tentu arah tak senang duduk. Ujung-ujung dia akan ikut cakap aku jugak. Biar dia tau apa dia sorang je ada perangai? Aku pun ada la.

Bibik Cici (bibik now) ni kategori bibik yang dah berumur.
Aku kena paham jugak orang tua memang fitrahnya sensitif. Nak marah memang tak boleh. Sebab aku taknak esok aku dah tua budak-budak muda marah aku pulak. Jadi aku tegur je. Macam tegur mak-mak kita jugak la. Polite tapi mesej tu sampai. Selagi tak perlu meninggi suara, aku tak tinggikan suara. Sebab bibik-bibik ni ada kat rumah dengan anak-anak aku most of the time. Aku taknak nanti dek kerana bengang kat aku, anak yang jadi mangsa. Aku mengharapkan dorang membantu. Jadi sedaya boleh aku cuba berlembut. Alhamdulillah belum ada lagi yang naik tocang. Tapi yang bangang ada. Macam bibik Ida. Tapi tu kes terpencil. Abaikan.

Bibik Cici ni ada beberapa kali dia basuh bilik air aku tak berkenan. Sekali aku biarkan. Dua kali aku biarkan. Masuk kali ketiga aku tegur. Kali keempat kmalau masih lagi tak memuaskan, aku ambik sabun, berus jamban, baldi, gayung segala tok nenek, aku panggil dia sama-sama dengan aku meh kita cuci toilet berjemaah. Lagi satu kali esok tak pandai gak, ok time tu baru aku naik minyak.

Adakalanya kita kena paham yang bibik-bibik ni bukan macam orang-orang Indo yang terpelajar tu. Sama la jugak macam orang-orang kita yang duduk pendalaman. Dorang punya bersih dengan kita punya bersih, lain. Bukan nak kata dorang pengotor. Tapi dalam keadaan serba kekurangan, benda yang kita kata sampah pun sebenarnya ada kegunaan untuk dorang. Kita kata botol mineral sampah. Tapi bagi dorang, itulah yang dia guna semula buat nak siram pokok, buat tabung, buat mainan anak-anak. Jadi kalau dorang kata rumah kita bersih, memang lojik. Walaupun dari jauh aku leh nampak tingkap aku berkerak.

Bibik Cici memang agak darat sikit. Even Lenny pun cakap macam tu. Maybe Lenny tau kawasan Cici ni duduk kot. Masa dia mula-mula datang rumah aku, bangun pagi kemain awal lagi. 5 pagi. Tapi melanguk. Bila nampak Lenny subuh-subuh dah menyapu, dia heran. Dia cakap kenapa nak sapu, bukan ke dah bersih rumah ni?

Orang macam dia yang dah biasa dalam keadaan serba kedaifan, makan pun tak cukup, bila bekerja kat rumah kita, dorang jadi tak tau apa yang nak dikerjakan. Pada mata dorang semuanya dah bersih.
So, kalau ada yang dapat bibik malas tu sebenarnya mungkin dorang bukan 100% malas. Mungkin dorang tak tau apa yang nak dikemaskan. Tapi, tak dinafikan ada bibik yang malas, macam bibik aku yang nombor 2 dulu. Tapi malas pun ada kategori. Kalau malas tapi mendengar kata, takpe. Ni jenis yang dah la malas, kepala batu lak tu. Ok yang jenis pemalas kedaung macam ni takyah la kau simpan. Bukan boleh membantu pun. Membatu je keje dia.

Bibik Cici ni pun awal dulu ada penyakit suka tinggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh sebelum tido. Pastu leftover dinner dia tak pack dalam tupperware and simpan dalam fridge pun. Dia biarkan terkangkang je atas meja sampai ke pagi. Sampai 3 kali aku tegur, kali keempat baru dia buat. Tu pun sebab aku aku basuh pinggan mangkuk dalam sink pukul 1.30 pagi. Sambil basuh sambil hempas-hempaskan pinggan mangkuk tu biar dia dengar. Dia kan tido bilik bawah. Mesti dia dengar pastu serba-salah. Aku rasa bibik-bibik aku lagi rela dengar aku menghempas barang dari dengar aku menjerit. Jadi selalunya lepas drama hempas-menghempas ni, esok dan hari seterusnya keadaan menjadi bertambah baik.

Ikut atas kita la sebagai majikan.
Melayan bibik ni mula-mula kena layan macam tetamu. Biarkan dia rasa selesa dulu. Biasa la, mungkin dorang homesick awal-awal tu jadi nak keje pun takde mood. Lama-lama nanti ok la tu. Kalau tak ok, hantar je balik.