2014-07-11

Fleur by Mrs Him : Rania



Ada orang tag aku mintak sumbangan baju raya untuk anak-anak Rumah Amal Asnaf di Olak Lempit Banting. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, boleh PM FB Madamct Suratman. Aku tak sure if korang boleh hantar direct ke Rumah Amal ni. Maklum la kan, aku tau ramai yang nak menderma tapi was-was. So kalau was-was boleh la rajin-rajinkan diri hantar terus ke Olak Lempit. Kalau nak info lebih lanjut boleh PM budak tadi tu. Aku rasa dia ni salah sorang wakil yang terima baju-baju untuk anak-anak ni.

Tapi kat situ dah ada syarat.
Syaratnya, baju mestilah BARU.
Baru means, belum pernah dipakai walaupun sekali, belum pernah dibasuh, mesti ada price tag.
Ye la kan, budak-budak ni bukan selalu dapat pakai baju baru, ni je la pun setahun sekali nak merasa. Bagi la dorang merasa baju raya. Jangan la bagi baju yang dah pakai walaupun pada kita conditionnya masih elok. Lagipun dorang tak tetapkan harga. Kat Giant PH ni kemain banyak lagi baju-baju melayu yang murah. Kalau ada niat nak bagi, bagi je la yang baru terus. Anak aku pun beli baju kat Giant je. Tapi bukan baju melayu la. Baju melayu tetap kena tempah. Si Rayyan tu kan kepala dia besau.

Tapi tadi aku nampak ada orang tanya what if baju yang takde price tag. Yang tu kena tanya wakil la kot.


Thank you Normala, semalam mak cakap ada pakej sampai.
Rupanya dapek batang buruk. Yihaaaaaaaaaaa.
Dah 3 dah kuih raya aku setakat ni. Semua dari reader.
Balang aku ada 6 je. Ni macam dah nampak gaya-gaya tak jadi buat kuih raya ni. 
Lagi 3 balang kang aku sumbat maruku, cekelat coin timbang pastu satu lagi kacang parang. 
Ok, settle kuih raya tahun ni.
Memang penyudahnya berkarat la KMix aku tak guna-guna.



Tak sempat nak upload gambar jubah ni semalam, tapi kat FB Fleur and IG dah ada sejak semalam.
Tak sompek la aku nak buat semua benda.
So this is another jubah from Fleur Closet - RANIA.
Jubah yang ni dah ready, tinggal tunggu korang masukkan payment je :)

Aku tak buat dress.
This is memang jubah. Takde cutting kat pinggang. Jenis straight macam jubah Madinah.
Material dari lycra, jenis sarung terus. Takde butang, takde zip, not suitable for nursing mum.
Aku tengok kat FB Fleur ramai yang tanya if jubah ni BF friendly.
Sorry sangat-sangat, kali ni tak. Insyallah, in future kita akan buat yang BF friendly ya.

Size dari S-XL.
Yang model (cewah model kauu) pakai ni size M.
Mana nak jumpa model size besar camni kau cakap aku? Takde okeh. Kat sini je kau jumpa model size M. Model tempat lain semua XXS.

Ha ni lagi satu nak cakap, yang selama ni dok reply form korang bukan aku. Tapi aku ada folder Fleur Closet ni jadi aku boleh view email-email korang. Kesian pulak bila ada yang ingat aku yang mereply. Yang wish selamat berbuka, selamat berpuasa. Tima kasih.
Kalau rasa-rasa nak tanya apa-apa, email je aku kat aveo757[at]yahoo[dot]com.
Even kat  Instagram also bukan aku yang handle.
Tapi kadang-kadang ada masa aku jenguk jugak. Aku sengaja tak install apps IG kat phone sebab taknak kejap-kejap rasa nak bukak. Lagipun yang tu IG Fleur Closet. So, kalau free-free baru aku bukak kat PC.


Kombinasi warna-warna cream, brown and dark green


Kombinasi warna fuschia and blue


Kombinasi warna purple and yellow


Kombinasi warna white, blue and dark blue


Kombinasi warna fuschia and yellow





Name:
Email Address:
I would like to purchase Jubah Rania 01 : RM110.00
Jubah Rania 02 : RM110.00
Jubah Rania 03 : RM110.00
Jubah Rania 04 : RM110.00
Jubah Rania 05 : RM110.00
Size S
M
L
XL
Quantity
Address
Contact Number
Remarks