2014-07-12

Jangan jadi macam aku ya


Semalam ada reader datang collect Ephyra kat rumah.
Dapat lah bersembang sikit lagipun aku takde buat apa time tu sementara nak tunggu waktu buka.
Budak ni nak tengok celah mana pencuri sakai tu masuk rumah aku. Aku tunjuk la situ sini situ sini, bla bla bla. Pastu dia tanya "Kak Di tak ralat ke henbeg Chanel tu hilang?"

Hahahahhhha.
Aku dah agak dah, pusing kot mana pun, henbeg jugak orang tanya.
Sejak aku bagitau henbeg aku kena curi, ramai dah kot yang tanya benda yang sama.

Kalau nak tanya aku frust ke tak, jawapannya tak.
Wallahi, tak kecewa.
Aku memang dah plan nak let go je Chanel tu. Malangnya tak sompek rupanya nak let go. Dia dengan sendirinya dah go.
Masa En Wan terperasankan yang kotak Chanel bersepah, dia dah syak beg tu kena rembat.
Bila aku confirmkan yang henbeg tu memang hilang, En Wan tanya "Awak ok ke Di?"

"Ok".

Memang ok je.

Aku tak frust henbeg hilang cuma aku frust pencuri tu boleh masuk rumah dalam tempoh yang kejap. Aku pegi Jepun seminggu tinggalkan rumah takde apa-apa.
Aku pi berbuka kat Bangi kejap je dia boleh menyelinap masuk. Lahabau.
Tapi tu pun kira dah habis baik dia tak rosakkan isi rumah. Ada setengah pencuri yang bangsa pendengki habis wallpaper semua dia toreh. Pencuri rumah aku ni betul-betul masuk sebab nak ambik barang kecik-kecik je. Senang sikit nak tolak barang agaknya.

Dulu ada reader penah tegur kenapa aku letak henbeg Chanel kat kaki bila dalam kereta.
Masa tu aku tak tau nak reply apa sebab rasa macam takde masalah je letak kat kaki. Lagipun kebanyakkan beg aku jenis tote yang gabak. Takkan nak meriba sebesar-besar beg tu kot.
Mana aku nak riba si panglima tu lagi.
Mana nak meriba henbeg lagi.
Bontot dia je dah penuh peha aku. Eh tak kuasa lah aku. Baik aku letak je beg kat kaki. Lagipun dalam kereta kot, bukan atas tanah. Kereta aku takde la kotor mana sebab tu aku takde masalah nak letak beg-beg aku kat kaki.

Mungkin jugak aku bangsa tak reti sayang barang macam sesetengah orang.
Ada certain orang jenis cermat. Dia tau benda tu mahal, jadi dia jaga baik-baik. Kalau perlu letak kat kaki pun dia kan alas dengan kain.
Dah betul la cara tu. Aku je yang tak betul sikit.

Tapi mungkin jugak sebab aku tak minat.
Sebenarnya aku bukan minat sangat pun dengan henbeg. Satu pun dah cukup sangat sebab aku jenis 'pakai sampai lunyai' punya orang. Kalau satu benda tu aku suka, aku lenjan sampai rabak. Contohnya kasut pengawas aku. Bukannya takde kasut lain. Ada. Tapi balik-balik yang si pengawas ni la yang aku lanyak. Naik reput kasut-kasut yang lain. Reput dalam simpanan. Tau-tau je kulit-kulit dah berderai. Kalau barang tu aku beli tanpa motif, jadik macam tu la.

Baju pun sama.
Kalau baju tu betul-betul aku suka, pantang kering je aku pakai balik. Tak kisah la kalau orang cakap aku recycle baju, kalau dah nama suka tu kan, memang dengan sardinnya aku ulang tayang baju yang sama berulang kali. No hal.

Tapi kalau baju tu aku tak berapa suka, memang berkarat je la kat dalam lemari berbulan-bulan. Bila tergerak nak buat spring clean baru perasan "La bila masa aku beli baju ni?"

Sometimes aku beli baju tu untuk event-event tertentu je.
Contohnya sabit nak ikut tema. Habis event, terus tak pakai-pakai dah.
Ada jugak yang aku beli untuk dipakai di masa depan yang sudahnya tak berpakai.
Contohnya, aku pernah beli 5 baju sekaligus kat Ms Read walaupun size paling kecik Ms Read adelah size UK12. Tapi beli jugak sebab baju tu cantik. Mana la tau kot-kot tetiba badan naik ada la jugak baju nak pakai. Gitu la konsep pembelian aku. Konsep sediakan payung sebelum hujan namanya. Tapi sudahnya tak berpakai pun. Tau-tau je dah sampai masa untuk baju tu dibuang dari lemari.


 Baju Ms Read, size 12. Beli tahun lepas, tak pernah sekalipun pakai.
Aku beli sebab aku nak lemari aku ada baju kaler oren. Bodoh gila punya konsep. 


 VOIR. Oren size L, putih size M.
Tak pernah pakai. Yang putih tu aku beli sekaligus dengan warna fuschia, pattern yang sama. 
Tapi fuschia aku pakai. Walaupun cuma sekali.


 Kiri, Nicole. Aku beli semata-mata nak attend invitation perasmian Butik Desa Murni by Era Fazira.
Tengah, Mango. Sekali je pakai. Tak suka la kain dia. Panas.
Kanan, Dressing Paula. Pakai sekali je. Sebab besar. Padahal masa try kat fitting room dah perasan baju ni besar sebab bahu dia rebeh bila dipakai tapi sebab suka kaler dia, aku beli gak.


 Nichii.
Black/white lansung tak penah pakai.
Yellow aku beli and pakai semata-mata nak shoot skirt Juliet aku kat bawah ni :


 Semata-mata nak shoot biar match dengan skirt ni je.


Aku ni sebenarnya sesuai pakai barang-barang murah je. Tak beli henbeg mahal pun takpe sebenarnya. Tapi sabit nak merasa.

Masa dapat henbeg Chanel tu aku sorokkan kat opis 3 minggu. Takut nak tunjuk kat En Wan. Masa aku tunjuk kat FB gamba beg Chanel tu aku sorok kat kabinet opis, ada reader yang cakap "Tahan kau kak sorok beg lama-lama".
Betul cakap budak tu.
Lojiknya bila beli barang, kita excited nak pakai. Sepatutnya macam tu la.
Tapi aku pulak boleh je peruk tak pakai.
Bukan tak heran nak pakai.
Sebenarnya aku beli Chanel tu bukan sebab aku minat pun. Tapi nak rasa apa perasaan pakai henbeg Chanel. Sebab pelik nau bila tengok orang dok bangga ada henbeg Chanel.
Meh sini aku try beli satu tengok apa ada dalam.
Bila dah pakai baru tau oh ok, beg ni memang kualiti, cantik, kemas. Terasa konfiden je bila berjalan. Padahal takde sape perasan pun. Kah kah kah.

At least Chanel tu aku pakai banyak kali jugak.
Lady Dior lagi teruk. Pakai sekali je. Pastu terus simpan sampai skarang.
Aku pun tak tau apesal aku kirim kat member aku padahal beg tu kecik gila. Orang yang dah biasa pakai tote bila nak switch ke beg-beg bersaiz comel ni memang ada masalah sikit. Aku pulak kalau keluar rumah segala tok nenek barang nak diangkut. Buku cheque, henfon, powerbank, purse, beg mekap, tisu muka. Sampai En Wan kata aku ni eloknya bawak beg laptop je. Penyudahnya memang Lady Dior tu jadi tukun. Kecik nau. Muat-muat seluk tangan aku.

First time aku beli Coach, rembat 3 sekaligus.
Lama dah aku perati orang dok kecoh beli Coach. Amende la agaknya yang best kat Coach ni. Lalu aku beli 3 bijik. Hmmm.... Sama je macam henbeg Bonia and Carlo Rino aku rasa. Tinggal lagi gah la sikit bunyiknya kalau bimbit Coach. Rasa konfiden sikit melangkah. Hidup akhir zaman memang macam ni. Banyak dugaannya. Kalau tak ikut arus, orang kata kita ketinggalan. Tu sampai ada yang ikat perut nak ikut arus punya pasal.
Daripada 3, tinggal 1 je.
Lagi 2 aku dah bagi Ima.

Perfume pun sama.
Beli sekaligus berbotol-botol, tapi tak pakai. Buat sembur bilik.
Penyudahnya, jual kat blog.
Perfume pun antara pembaziran yang aku buat. Padahal dari awal lagi aku tau aku adelah perempuan yang tak pakai perfume. Aku tenyeh deodorant je. Tapi sebab masa kecik dulu aku suka tengok aunty-aunty aku kat Singapore always wangi-wangi, ada collection macam-macam perfume. Membawak sampai ke besar aku berangan nak ada collection yang sama. Bezanya aunty aku semua beli and pakai. Aku ni darat sikit. Beli perfume buat sembur katil.



Lepas aku jual semua perfume, aku ada beli lagi sebenarnya. Hehe.
Ni yang ada sekarang. Punnnnnnnnnnnn tak pakai. Banyak lagi airnya kan? 
Ni pun tunggu masa je ni. Tetiba sawan aku sampai nanti, konfem aku let go kat blog.


Dua compact powder ni lama dah aku beli.
Sebab suka casing dia je.
Perkataan DIOR tu pun boleh nampak jelas lagi. Nampak nau pakai takat 1-2 kali.


Buatkan aku semakin yakin yang benda-benda ni semua tak layak untuk aku.
Kumpul henbeg, kumpul perfume, kumpul baju, kumpul kasut - memang bukan aku.
Kalau buat sesuatu yang bukan diri kita, kesudahannya memang tak kekal. 
Agaknya sebab tu la aku kekal selebet sampai skarang.
Orang kalau jenis selebet, kau make over 8 tahun pun tak jalan. Ngahahaha.

Ada satu time tu aku jumpa member lama.
Dia ajak set time and date untuk jumpa sembang lama-lama.
Aku cakap jom la lepak Bangi. Kebetulan minggu tu aku ada keje kat sana.
Dia buat mula boring "Bangi???? Nak lepak kat mana? Mc Donalddddd????"

Aku cakap memang aku nak ajak lepak Mc Donald pun. Ok apa.
What's wrong?

Dia cakap Mc Donald tu tempat paling hebat untuk student melepak.
Kita-kita ni lepak la Starbuck ke, apa ke. Upgrade la sikit katanya. 
Oh, macam tu rupanya. Aku ingat McD tu tu dah habis upgrade dah. Asalnya nak ajak lepak kat Restoran Amir (mamak). 
Seb baik aku tak ajak dia jumpa kat mamak, kalau tak mesti dia tenung aku atas bawah atas bawah.


Ni lagi satu contoh pembaziran.
Beg coach ni aku beli kat airport HCM bulan lepas.
Sekali pakai, dan now masuk balik dalam dustbag. Tak paham nape aku beli ni.
Maybe sebab beli semata-mata duit Dong ada baki.

Kalau sesape terasa nak beli, meh la.