walk on wings, tread in air: Dakwah and Jihad <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Dakwah and Jihad
2014-07-14


Ramai pulak yang berminat dengan apps yang aku guna untuk terjemahan.
Ni nama dia : BEAUTIFUL QURAN.
Cuma masalahnya, apps ni dah takde dalam gugel store. 
Menjak bila dia dah takde, aku pun tak tau.
Aku download apps ni sejak tahun lepas lagi, masa switch henfon ke S4.
Masa tu, aku download 3 apps sekaligus. Tapi antara 3 tu, memang Beautiful Quran yang paling serasi dengan aku. Dia guna bahasa mudah untuk terjemah. Tapi ada jugak yang susah kepala aku nak digest apabenda dia maksudkan. Selalunya yang berat-berat tu, aku tanya sesiapa yang lebih pandai untuk tafsir. Tapi jangan risau, kalau takde Beautiful Quran pun, boleh je korang nak pakai apps lain sebab ini cuma terjemahan. Bukan tafsir. Kalau dapat tafsir lagi clear pemahaman dia.

Malam semalam, mata aku melekat kat terjemahan Al-Imran ayat 106.
"Pada hari kiamat, ada muka yang menjadi putih berseri dan ada muka yang jadi hitam legam.."

Ayat ni ada sambungannya.
Baca la sendiri.
Cuma aku nak cerita satu situasi yang aku alami sendiri, masa tu tahun 2006. Berkaitan dengan wajah putih berseri ni.

Masa tu bulan puasa, zaman belum bertudung. Aku pakai baju kurung....yang transparent. Tapi aku pakai tube nak cover bra. But still menampakkan tali bra. Time tu aku dah rasa habis sopan dah ni. Mau tak sopan. Selalunya pakai skirt belah sampai peha, alih-alih bulan puasa pakai baju kurung. Haruslah sopan sikit aku kan. Walaupunnnnnn see thru.

Aku ada appointment kat satu kolej and tumpang solat jap kat satu surau ni.
Dalam surau tu ada a group of perempuan, tak sure la tutor or student sebab tak penah nampak pun sebelum ni. Dorang tengah buat usrah ramai-ramai. Lepas solat, aku touch up la sikit muka ni. Kata nak ada next appointment kan. Masa tengah touch up tu, aku terperasan gak 2-3 orang dari group tu terpusing-pusing tertoleh-toleh kat aku. Memandangkan aku dah biasa diberi pandangan yang 'pelik' oleh certain orang, so aku dah immune. Aku continue bersiap-siap. 

Tup-tup sorang perempuan datang, duduk bersimpuh depan aku, bagi salam.
Then dia cakap "Mintak maaf ya. Tapi saya rasa tak perlu nak bersolek-solek macam ni. Allah tak pandang wajah kita dengan segala solekan ni"

Aku macam....what theeeeeeeeeeeeeee?????

Wait..wait..wait.
Ok, masa tu aku faham dia sebenarnya nak maksudkan yang wanita tak perlu bersolek. Bersolek hanya untuk suami.
Ok, aku faham maksud dia. Dan aku tau aku memang salah. 
Sebab tu aku lansung tak pernah marah bila orang sound aku macam-macam.
Cuma aku pelik memang macam tu ke cara menegur?

Bila budak perempuan tu tegur aku macam tu, aku blur kejap. Terkedu. 
Terpana memikirkan approach yang budak tu pakai untuk berdakwah kat aku.
Niat bagus. Tapi cara salah.
Tu bukan nak bagi aku insaf okeh.
Tu lagi nak bagi aku menyampah dengan set-set macam kau ni.

Tapi aku jawab jugak "Sorry, saya tak berapa pandai hal-hal macam ni"

Pastu dia cakap "Ramai yang berlumba-lumba nak jadi cantik berseri di dunia. Berapa ramai yang kejar cantik berseri di akhirat?".

Ok, ada point di situ.
So what's next?

"Kami pakai macam ni (she's wearing niqab) sebab kami nak wajah kami putih bersih bercahaya di Mahsyar nanti"

Ok.
She's trying to tunjukkan keistimewaan yang bakal aku dapat bila bertudung seperti dia.
Yes, memang menarik. Siapa yang taknak wajah putih berseri sebagaimana yang digambarkan dalam Quran. Siapa yang taknak wajah bersinar bila nama kita disebut di mahkamah Allah nanti.
Aku nak.

Tapi aku percaya wajah sebenar manusia terletak dalam seketul daging bernama HATI.
Hati akan pamerkan perlakuan yang mencerminkan perasaan dalaman tuan punya badan. 
Dan Allah tak menilai manusia dengan penampilan semata-mata kan?
Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia juga kena seiring kan?

Sorry, cara menegur tu takkan berkesan. Seriesly, never!
Takkan ada siapa terdetik untuk berhijrah bila ditegur dengan cara macam tu.
Ilmu dan akal harus bergerak seiring.
Ada ilmu untuk disampaikan tapi tak menggunakan akal untuk berdakwah, tak kemana.
Di mana hikmahnya menegur orang dengan cara macam tu?

Just like kau tengah berjalan-jalan kat mall, pastu ada stranger stop kau cakap "Pakailah tudung. Tak elok dedahkan rambut macam ni."

Apa tindakbalas agak-agak?
Terus bergegas beli tudung ke?
Tak kena maki balik dah cukup bagus kot.

Ustaz Kazim pernah cerita cara dia menegur couple yang duduk berdua-duaan.
Dia tak ceramah terus, sebab dia kata dia tak kenal orang yang nak ditegurnya tu.
Jadi dia tegur "Assalamualaikum, boleh tau kiblat arah mana?"
Terus couple tu duduk renggang. Termalu sendiri.
Kita tegur orang cara baik, insyallah, kita dapat hasil yang baik.

Cubalah ada effort untuk kenal orang yang nak ditegur tu terlebih dulu.
Janganlah kerana penampilannya kita dah buat macam-macam kesimpulan.
Kalau niat kita berdakwah ikhlas, dah tentu Allah permudahkan. Dia dengar detik hati kita kalau benar kita ikhlas nak menegur. Tak perlu nak tergesa-gesa berdakwah sampai mengaibkan. Dah la aku nak kejar next appointment, kau sibuk nak ceramah kat aku, memang takkan lekat punya la.
Dah selalu sangat orang judge someone else berdasarkan labuh atau singkat tudungnya, berdasarkan tutup atau tidak kepalanya, berdasarkan ada atau tidak janggutnya. Bila la trend ni nak berubah. Letih aku.

Artis yang berhijrah, disangsi keikhlasannya.
Diungkit-ungkit historynya dia pernah berpakaian seksi. 
Dikatanya artis tu berhijrah sebab nak majukan bisnes tudung, bisnes pakaian muslimah.
Alahai manusia, manusia. Sekali aku tangan kanggg.

Khutbah terakhir Rasulullah saw Baginda cakap apa?

"Sesungguhnya umatku di akhir zaman lebih mengerti betapa hebatnya berjihad dengan kekuatan yang ada pada diri"

Apa maksudnya agak-agak?

Adekah jihad tu angkat senjata semata-mata?
Kalau tak bertempur kat medan perang bukan jihad lah namanya, gitu?
Kalau macam tu, rugilah orang perempuan.

Maksud Rasulullah saw tu, berjihadlah dengan ilmu yang Allah bagi pada kita, dengan kelebihan yang ada pada diri.

Artis adelah public figure.
Kalau selepas berhijrah dia nak jual tudung ke, jubah ke, tasbih ke, ketayap ke, dah kalau itu kekuatan dan kelebihan yang ada pada dia untuk mengajak orang ke jalan Allah, apa masalahnya kat kau? Kebetulan dia public figure dan dia gunakan kekuatan yang ada pada tittle public figure tu untuk ajak orang lain berubah ke arah lebih baik, pun kau susah?

Tau tak kenapa kebanyakkan artis bila berhijrah tend to jual jubah, jual tudung?
Dorang bukan saja berjihad mengajak lebih ramai orang menutup aurat dengan sempurna, tapi yang paling utama sekali dorang sedang berjihad mempertahankan pakaian dorang sendiri agar kekal istiqomah menutup aurat. Dengan jual tudung jual jubah itu adalah salah satu usaha dia untuk istiqomah. Aku sangat faham keadaan tu sebab aku pun buat benda yang sama dan always harap perubahan ni kekal sampai mati. 

Tolonglah faham cabaran mereka. Jangan perlekeh. Jangan ada sangka buruk.



posted by aveo757 @ 2:31 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER