2014-06-20

Ringkas je


Entry hari ni simple and ringkas.
Tapi insyallah boleh difahami.

Ni nak menjawab soklan reader.


1. Bila Kak Di nak reply email saya?





.......bila free nanti insyallah akan direply.

Kerana masih ada a few yang belum di balas.
Nama sender aku removed. Tapi kalau ada yang rasa macam email dia je dalam gambar-gambar ni, ketahuilah email korang aku dapat. Nak reply kena carik masa yang sesuai sebab ada some email memerlukan ketenangan jiwa untuk mereply.


2. Camne nak iklankan produk kat blog Kak Di? 

Aku rasa aku belum ada masa yang betul-betul terluang nak buat produk review. Jadi, apa yang aku boleh buat now, tolong iklankan je. Boleh hantar email/gamba/product details ke email aku aveo757[at]yahoo[dot]com. Tapi, aku akan kumpul dulu maybe dalam 10-15 iklan then baru sekaligus iklankan.


3. Ada bayaran?

Sebab aku tak review, hanya publish sebagai entry saja, maka takde bayaran.
Cuma mungkin lewat untuk aku publish. Terpulang pada pilihan masing-masing. Kalau perlukan produk review maybe boleh approach medium lain. Maksudnya, mungkin blogger lain boleh buatkan.


4. What did I get in return?

H.A.P.P.I.N.E.S.S


Bergenang airmata dapat thank you note macam ni.
Bukan aku harap pun orang ingat. Tapi siapa la yang tak rasa happy bila dapat contribute in someone's happiness. Walaupun tak banyak mana bantuan tu. Takat tepek iklan kat blog je. Korang happy, aku lagi happy.

 Lagi satu, harap takde yang kecik ati bila aku tak respond lansung pada email-email yang ada note like this "kalau sudi, akak boleh pilih mana-mana kain kat online shop saya. saya hadiahkan".

Bukan tak sudi. Jangan pulak ingat sebab aku tak reply maka aku tak suka tawaran korang. 
Aku segan sebenarnya. Tolong pun tak seberapa, takat cut and paste je pun.
Just bagi aku peluang untuk share kegembiraan korang, tanpa syarat. Boleh?


5. Blog review


Ada yang mintak aku reviewkan blog bila aku buat entry pasal Mr Engineer ni.
Sorry, blog review aku tak buat. Blog engineer ni aku tak buat review, aku cuma ulas pandangan/cerita aku berdasarkan entry dia je.
Again, bukan tak sudi review blog. Tapi aku sendiri jarang baca blog orang. Camne la aku nak review. Kalau kebetulan ada entry orang share kat FB or kebetulan aku mnggugel sesuatu and bumped into someone's blog, ada masa aku baca. Kalau rasa terpanggil nak bagi pandangan berdasarkan entry tu, aku buat. Kalau tak, tak.

Aku rasa ada kot blogger-blogger femes yang boleh buat blog review, tapi aku tak kenal sape. Tapi mesti ada punya. Gi carik ya.


p/s : ringkas ke entry ni?