walk on wings, tread in air: Eat eat eat and shop <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Eat eat eat and shop
2014-05-14

On the way nak gi lunch, lalu satu town ni, banyak gila gerai buah.
Ko tengok neneas dia ya ampunnnnnn, terliur aku. rasa macam best je kalau dapat masak asam rebus nenas. Pehhhh.


Ni lunch kitorang hari tu - Kampung Daun.
Ni pun En Wan yang carik, aku tak tau satu benda pun. Main ikut je.
Dari Tangkuban Perahu nak ke Kampung Daun ni boleh tahan jauh gak sebab jalan kecik, laluan kampung, bengkang bengkok lak tu, jadi terasa sangatlah lama. En Wan sampai dah mabuk-mabuk sebab pening + mabuk lapar.


Kampung Daun ni sejenis culture & gallery cafe.
Ada cultural show and also tempat makan.
Best, sebab makan dalam hutan.
Again, mendaki bukit!
Hari tu keje aku memang panjat gunung, panjat bukit...


Kitorang dapat pondok atas, dekat ngan air terjun. Best :)
Pakwe aku ni sampai-sampai je terus tido. Apa taknya, siap ada tilam ngan bantal bagai. Memang konfem tido la.



Service sangat pantas.
Tak sempat En wan nak tido lama-lama, makanan dah sampai.


Aku order air sekali tiga untuk aku sorang - fresh orange, teh o and cendol.
Teh O tu sebab pakcik Tangkuban Perahu dah pesan, lepas turun ke kawah Domas, balik hotel kena minum teh o manis supaya wap-wap sulfur tu turun.


Aku punya nasik with ayam kampung goreng.


En Wan punya nasik goreng special


Best kan?
Rasa macam nak makan sambil baring.


Setiap level ada cashier sendiri.
So kalau pondok kau paling atas, takyah la kau turun ke bawah sekali untuk bayar.


Yang best tu bendalah ni.
Everytime kau nak panggil waiter, nak bill ke apa ke, ketuk je ni.
Terasa macam berada di zaman Pak Malau.
Ni kalau aku bawa Rayyan konfem sampai putus tali bendalah dia ketuk.


Masa nak carik pondok ni pun boleh jadi bergaduh ngan En Wan.
Waiter kat bawah tu dah bagitau pondok kitorang "Empat ploh empat bek"
Aku dah kata 44B, En Wan tak caya. Mati-mati dia nak carik jugak perkataan "44 BEK".
Sampai tahun depan pun kau takkan jumpa okeh.
Tapi aku biorkan je la. Kalau melawan kang jatuh hukum derhaka pulak. Kita biorkan je. Bila dia dah salah tu nanti kita gelakkan. Tu la, orang ajak tengok sinetron taknak. Kan dah tak paham.


Best la tempat ni.
Macam berada di suatu dunia yang lain.
Very tradisional.



Mie Tek Tek.
Tak tau la apa benda ni.




Kat dalam ni also dia buat style menjaja tepi jalan.


Rasanya kalau belah malam ada show kot.



Lepas lunch kat Kampung Daun, En Wan ajak balik kot aku nak solat ke apa ke kan.
Dia lupa la tu aku period. Bila aku cakap tak solat, terus ajak aku pi Rumah Mode.
Ni kiranya syurga dunia dia la ni.
Laki aku ni kuat shopping. Mengalahkan aku.

Rumah Mode ni mnacam factory outlet, sama macam Fashion Word yang aku pegi semalamnya. Segala tok nenek brand yang kaw-kaw semua ada dalam ni. Cuma Rumah Mode ni lebih murah, jadi orang semua bertumpu kat sini. Mabuk aku tempat bersesak-sesak. En Wan memang plan nak beli baju-baju raya dia and anak-anak kat Bandung sebab nak pi Rumah Mode ni la. Aku raya takat pakai baju kurung je. Shopping kat Pasar Baru je la.



Tapi tak shopping banyak pun. Bawak keluar 2 paper bag je.
Kitorang tak rasa Rumah Mode ni best. Lagi best Fashion World sebab baju-baju dia lebih tersusun, lebih terkini, cuma lebih mahal sikit la. Maybe sebab tu tak ramai kat sana. Tapi lebih selesa kau nak shopping orang tak ramai, kau mintak apa size semua ada. Rumah Mode ni terlampau ramai orang jadi size banyak yang takde especially for kids.


Handbags pun ada kat sini tapi aku sangsi akan ketulenannya.


Tak puas hati baju-baju budak ni tak cukup lagi, kitorang gerak ke another factory outlet yang baru - The Secret. Sini pun tak ramai orang, baju sini pun cantik-cantik. Ada muslimah wear lagik.


Kat sini lebih tenang.
Macam kat Rumah Mode pun ada space untuk lepak and makan-makan tapi sesak. Yang ni ok lagi.


Baju raya En Wan dah settle, so kat The Secret ni terus tuju kat Dunia Anak.



Tersusun, tak ramai orang, lebih selesa nak shopping.


Last stop, Kartika Sari.
Ni tempat kau beli brownies and pisang salai cheese yang super duper sedap.
Menyesal aku beli brownies takat 2 buku.
Kalau aku tau brownies dia memang sedap, aku beli 2 carton terus.
Ya Allah, memang sedap okeh brownies dia. Sesape nak pi Bandung bagitau aku ya, aku nak kirim brownies.


Pisang salai cheese


Brownies cheese yang ohsem



"Dik, tolong ambikkan saya kerepek tempe"

Geleng kepala je En Wan bila aku minta budak ni hulurkan kerepek tempe.
Takyah nak geleng-geleng kepala sangat ye bang. Dah nama ko kawen ngan Jawa memang gini lah.
Sesal dulu pendapatan ya.

Balik hotel lepak kejap sebelum jumpa orang pukul 730pm.
Lepas tu dinner BBQ kat hotel. Dah malas dah nak keluar. Masa ni kaki aku dah krem. Sampai now pun kaki aku masih sakit lagi bahana turun gunung 1km. Orang tak penah exercise lah katakan, sekali kena panjat gunung bagai, mau tak krem kaki. Terkangkang-kangkang aku nak turun tangga sekarang. Naik tangga takde hal, nak turun tu kena mengengkang sikit. 

Saturday nite, Hilton buat BBQ, Rp228,000 (RM70) untuk sorang.
Harga standard la tu mana-mana hotel pun kan.
En Wan ajak makan kat bilik je, tapi aku cakap kalau makan kat bilik, aku nak lamb rack which is around Rp198,000. Daripada hadap satu jenis makanan for Rp195,000, baik hadap BBQ. Lagi macam-macam lauk ada.



Kaki aku dah sakit, so aku order je kat En Wan. 
"Abang tolong ambikkan Di sotong banyakkkk, udang banyakkkkk, daging sikit, ayam taknak"


"Tolong ambikkan cendol sekali boleh?"



Kek dia semua sedap-sedap wehhhh.


En Wan punya sashimi


En Wan punya sushi


Aku punya



Ni pun aku punya.


Selections of sushi


Buah-buahan with choc fountain


Ni guwe punya.



Mee ni sedapppppppppp sangat.
Macam mi sup ayam tapi bukan.
Tapi sedap.

Malam tu aku tido dengan tak nyenyaknya sebab kaki aku sakit gila.
Pulak tu tengah-tengah aku mamai, En Wan tersepak kaki aku time tido, alahaiiii nak ditepuk orang sebelah ni tak sampai ati. Redho je lah.


 Misi yang En Wan tak tercapai adelah mandi kat pool. Sebab hari tu pool bukak sampai 9am je, ada wedding by the pool jadi staff nak kena kemaskan kawasan.


 Betapa gigihnya roommate aku ni buat homework setiap kali berjalan.
Ada je printouts yang dia bawak ke hulu-hilir.


 Tunggu taxi untuk ke....


 ...Pasar Baru again!! :)
Ni namanya misi mengabiskan saki-baki duit.
Aku bawak RM4K je (Rp 14,000,000) untuk shopping.
Ahad tu masih ada lagi Rp3 juta. Jenuh mikir apa nak beli. Sebab kalau tukar balik duit ke RM, rugi.


 Last-last beli T Shirt lagi nak bagi kat sesape yang datang rumah, pastu beli terus kain nak buat baju raya anak-beranak. Tempah terus kat sana, kendian nanti pos. Nak tempah kat Malaysia dah tak sempat.


 Dengan duit belen Rp3 juta tu, masih boleh dapat bermeter-meter kain Roberto Cavalli and Prada lace. Nangis la korang kalau aku bagitau harga berapa. Tokey siap belikan air and red velvet. 
Pandai betul bodek. Takyah bodek sangat la bang, aku memang nak habiskan rupiah je ni.
Botol tu unik gila. Macam minum coke, padahal teh o ais je.


 Balik hotel lepak lounge jap pekena apa-apa makanan yang ada kat sana.
Mentang-mentang la private lounge, ke hulu-hilir pakai selipar bilik je laki aku. Al-Sakai sungguh.


 Lepas pekena teh O, masuk bilik sebab dari bilik aku boleh tengok wedding caremony.



 Flight balik pukul 350pm, alhamdulillah tak delay.
Semnetara nak tunggu flight tu pekena nasik goreng ayam asap kat Solaria (depan airport)

 
 Airport Bandung ni sesekali aku tengok dah macam bus station. Sebab bersimpang siur orang turun naik kapal terbang. Kebetulan petang tu banyak la pulak flight yang sampai serentak, so keadaan kat lapangan busy gila dengan manusia turun naik. Memang sebijik macam station bas. Meriah.


 Kaki aku dah la sakit, terpaksa pulak berjalan jauh merentas jambatan ni kat KLIA2. 
Rasa nak naik troli je.



Disebabkan kat Bandung tak jumpa apa yang sesuai nak dibawak balik kat budak-budak ni, maka singgah Toys R Us belikan kereta kontrol. Belikan yang RM90 je. Sebab aku tau nyawa kereta tu takkan panjang. Tapi kena beli 2, kalau tak, masalah lain akan muncul kat rumah.
Seronok bila sampai rumah time bukak beg tu, budak-budak tunggu kat tepi.
Terasa macam jadik Santa Claus pulak.




posted by aveo757 @ 7:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER