2014-05-13

Kekelentongan



Good morning Bandung!

2 malam kat sana, dua-dua malam aku tak tido lena.
Asik teringat-ingat kat Redza and Rayyan, especially Rayyan.
Sampai nangis-nangis aku rindu. Baru satu malam dah stress. Yang bapak dia takde efek lansung. Siap berdengkur lagi tido.

Pasni kalau kena outstation rasa nak angkut semua.
Tapi kang kalau dorang ada aku terpekik-pekik pulak takleh buat keje.
Tapi bila dorang takde, aku jugak yang mengongoi-ngongoi nangis rindu.
Ciri-ciri ibu mithali ibu yang sejati kasih sayangmu kasih yang suci pengorbananmu disanjung tinggi jasamu tetap disanubari, kan?


Hoih, hoih! Bangun.


Selfie la kejap kan dah alang-lang lalu depan cermin ni.

Kitorang pi sana cuma bawak baju muat satu beg yang kelabu tu je. Tu pun tak penuh. Takkan nak duduk 2 malam kan. Apa sangat nak angkut. Tapi sebab dah boleh bajet apa yang bakal diangkut balik, so standby siap-siap 2 beg besar, 2 bag pack.


Kitorang taknak breakfast kat Exec Lounge. Nak turun bawah jugak biar meriah. Kat atas tu exclusive now. Senyap dan sepi. Aku dah la bangsa cakap kuat, belum dengar lagi aku gelak. Kang bertempiaran orang kat atas dengar.


Ni je makanan aku sempat capai hari tu sebab sambil makan sambil membalas email-email ofis yang macam puaka, terus tak selera nak makan.

Baiklah, di bawah ni semua gamba makanan.
Sesape yang sedang berpuasa, nasiblah.


Kat Hilton, cereals semua dalam balang. Dah macam kuih raya aku tengok.


Pagi-pagi pun ada eskrim.
Tak sempat nak makan :(


Fruits


Salad and pelbagai cheese


Fruit juice pun dalam jug




Roti dia semua menyelerakan, sedap-sedapppppp!


Pagi-pagi makan pulut itam okeh.


Salad


Dan pagi-pagi juga makan pisang goreng ngan cucuq udang


Ni En Wan punya.

Tu je gamba yang aku sempat snap kat cafe dia.
Besar, and makanan dia gila banyak.
Rugi orang macam aku masuk sini sebab aku tak reti makan sekali hadap banyak-banyak. 
Aku jenis yang makan sikit tapi kerap. Jenis suka mengunyah.


Taknak makan kat dalam, nak makan tepi kolam ikan kat luar ni pun boleh. 
Boleh bakar "sampah" sekali.


Lepak lobby jap sementara tunggu taxi datang.
Kitorang nak naik ke gunung jadi En Wan suruh aku pakai jacket. Konon sejuk la.
Padahal tak sejuk pun. Dingin je.



Merasa la masuk Indomart (convenience store) sebab aku period. Pagi-pagi redah kedai beli pad.
En Wan berbulu je dengan aku "Time pegi jalan berdua ni la dia nak period!"
Eh, sukati aku laaaaa. Dah, jangan banyak bunyik, gi bayar pad tu.

Kitorang booked taxi untuk 12 jam, cuma Rp450,000 je (RM130).
Tu dah termasuk minyak and parking.
Kira ok la kan. 12 jam kot.
Dalam tempoh 12 jam tu kau cakap je la kau nak pi mana nanti dia bawakkan.
Alhamdulillah, driver ni baik. Kitorang kenal pun masa ambik taxi dari airport ke hotel. Jadi, tanya sekali rate dia kalau kita nak gi jalan-jalan. Boleh sangat la tu RM130.
Daripada aku kena kencing kat HCM tak sampai setengah hari RM250, naik beca lak tu.
Dah la beca langgar divider sampai nak tergolek aku tengah jalan. Binawe.

Oh yes, kat sana taxi dorang ada minimum charge.
Katakan lah meter dia cuma Rp14,000, kau tetap kena bayar minimum Rp25,000.
Tapi Rp25,000 cuma RM7 je.


Allhuakbar ubi dia gemuk-gemuk okeh. 
Pakkal dalam kereta. Kalau jalan kaki, aku dah beli dah ni.


Jangan main-main ya.
Walaupun kedai kecik, tapi customer service gred A.
Siap ada delivery lagi.


Jual minyak macam ni je. Gila style.



First stop - Tangkuban Perahu.
Kalau dari town cuma 20km je tapi kat sana takde hiway, pastu sesak sangat-sangat. Jalan pun kecik je. Kalau kebetulan taxi kau duduk belakang bas memang masak la. Jenuh nak membontot. Nak overtake kereta pun susah sebab jalan naik ke atas tu bengkang bengkok. Nak menghabiskan 20km tu sejam jugak la.

Kat atas ni takde la sejuk sangat, dalam 17-18C je. Macam aircond kat opis. Tapi kalau malam memang sejuk sometimes 1C je.




Punyalah ramai umat kat atas ni.
Tapi kebanyakkan yang datang pun tak lama, sabit nak bergambar je. Boleh kalau kau nak jalan ke tengah gunung (mengelilingi kawah), tapi aku tak kuasa.

Kat sini memang penuh dengan orang meniaga yang jenis ikut je bontot mana kau pegi. Aku cukup rimas. Sebab kita dah kata "Takpe, tima kasih", punnn tak paham-paham lagi. Nak reject tak sampai hati, tapi nak beli pun barang yang dia jual tu aku tak pakai. Selagi tak beli selagi tu dia ikut kau. 

Style dorang, once dia dah follow kau, peniaga lain takkan datang kat kau dah. Ni tourist guide sendiri cakap. Sebab dulu-dulu dorang semua serbu kat customer. Boleh jadi bergaduh. Now, dorang setup rules, satu customer satu peniaga. Maknanya, kalau peniaga tu approach kau, orang lain takkan approach dah. That's why dorang push kau kaw-kaw supaya beli gak sebab dorang takleh kacau customer orang lain.


Sampai jugak kasut pengawas aku ke Bandung.



Takde apa sangat kat atas ni. Dapat tengok kawah je la. Bukan kau boleh turun ke tengah tu pun.
Tapi untuk orang yang negaranya takde gunung berapi cam kita ni, of cos la nak kena pi sini kan. Baru la boleh tengok camana bentuknya, sambil-sambil tu tengok kat Pusat Informasi history gunung ni.


Ni dalam Pusat Informasi.
Dia cerita kat kau apa yang terhasil dari sisa letupan, kawah mana yang boleh pegi, kawah mana yang kalau kau pegi terus innalillah, kawah mana yang ada air panas, bla bla bla.


Konfius tak sape yang bagi penerangan kat sape sebenarnya ni.


Yang ni dia explain pasal Kawah Domas.
Kawah Domas ni ada air panas and lumpur sisa dari letupan.
Lumpur ni katanya boleh elokkan eczema and penyakit kulit yang lain. 
Lupa pulak aku nak tanya boleh putihkan kulit ke tak.
Jarak nak ke Kawah Domas ni 1km jalan kaki.
Bukan jalan kaki kat tanah landai ya. jangan berangan.
Tapi jalan kaki 1km menuruni bukit! Jungle tracking gitu.



Kalau dah namanya jawa, pantang nampak tauhu ngan tempe goreng cicah sambal kicap. 
Konfem beli!



En Wan terperanjat bila aku kata aku nak turun ke Kawah Domas.
Tak ramai yang ke Tangkuban Perahu nak turun ke Kawah Domas sebab jauh.
Perjalan ke kawah turun bukit berjalan kaki sejauh 1km.
Pastu dari Kawah Domas tu kau kena naik bukit 300m dan jalan kat tanah landai 700m lagi. So total 2km jalan kaki.

Tapi aku nak pegi jugak.
Bukan selalu dapat peluang tengok benda-benda macam ni kan.

Dorang akan bagi sorang tourist guide yang akan guide kau ke Kawah Domas.
Fee untuk 2 orang Rp300,000 (RM90).
Dia kata jumlah ini untuk tempoh sejam. Kalau kurang dari 30 minit, dia akan bagi balik kat kau half. Kalau lebih dari sejam kau kena bayar extra ke tourist guide.

Kencing je ni.
Sebab no way kau akan sampai dalam masa kurang dari sejam. Akan lebih punya. Percayalah cakap aku. So, standby je la duit lebih ya. 


Pokok-pokok kat sini semua batang hitam kesan dari sisa letupan.


Ok get ready nak turun ke Kawah Domas.
Aku lupa aku pakai kasut pengawas.
Kira aku la yang paling style turun naik bukit jungle tracking pakai kasut keje.
Orang lain semua sport shoes.
Failed.


Bekas-bekas tu bukan diukir ya, tapi memang corak dia asli macam tu.
Ni namanya pokok batik. Setiap pokok akan hasilkan corak yang berbeza. Cantik. And kulit dia tu boleh buat halau lipas and tikus. Tak tau kenapa. Maybe bau dia kot. Tapi aku tak bau apa-apa pun. Ternyata aku bukan tikus. Aku beli satu buat kenangan.


Ni masa nak mula-mula jalan. Hutan pun blom tebal lagi. Jalan pun ok lagi.

Masa ni takut tau. Sebab memang tak ramai orang nak ke Kawah Domas. Sebab orang taknak berjalan kaki. Kitorang dua je pastu ada 6 orang lagi tourist guide follow. Mau tak cuak. Kalau jadi apa-apa kat dalam tu selamat kitorang dua. Tapi alhamdulillah, yang guide tu ok je.



Time ni dah masuk ke hutan tebal. Tapi ada la track untuk kau jalan, tinggal lagi berbatu-batu. Just imagine la laluan macam ni sampai 2km. Pancit okeh.

On the way ke kawah, ada satu pokok ni memang setiap kali ada pelancong lalu, dorang akan bergamba dalam batang pokok ni. Batang pokok ni kena makan dek anai-anai, jadi ambik la peluang masing-masing merasa duduk dalam batang pokok.


Letih!!!!!
Baru 600m, tapi dah 45 minit. Sebab faktor track, pastu menurun bukit lagi takleh laju-laju kang terkehel pulak kaki aku. Dah la pakai klasut pengawas.
Kat bawah tu Kawah Domas.
Jauh lagi perjalanan aku.


Yang aku bulat-bulatkan tu orang ya.


Lagi 400m nak ke kawah, dia buat tangga batu macam ni.
Memang sepanjang perjalanan kau akan lalu tangga, cuma yang lain tu tangga tanah je. Yang ni tangga batu.


Stop kejap sebab aku pitam.
Seb baik En Wan sambut, kalau tak dah berguling-guling aku jatuh tangga terus termasuk dalam kawah agaknya. Aku ni dah la low blood, tak warm up tak apa tau-tau terus turun naik bukit 1km. Mau tak pitam. Takat tangga Batu Caves 270 anak tangga tu apa sangat la weh. Meh la sini try turun tangga 1km tengok apa jadik. Hahahha.



Zoom sikit muka orang pitam ni.
Masa ni tak larat dah weh...
Aku dengan period lagi, kasut tak sesuai lagi, low blood lagi, memang menguji ketahanan betul.

Tourist guide tu kata Siti Nurhaliza and Kris Dayanti penah turun ke kawah tapi tak jalan kaki, dorang upah orang pikul naik tandu. Feeling-feeling puteri gunung ledang sungguh bertandu-tandu bagai. Takpela, orang kaya banyak duit. Aku ni pakkal takde duit. Kalau ada, aku naik helikopter terus.



YES!!!!
Akhirnya berjaya sampai ke Kawah Domas.
Rasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu jungle tracking dengan kasut pengawas. 
Berjasa sungguh kasut ni. BATA memang berkualiti. Hahahah. Tetiba nak promo.


Ni air ni memang panas betul.
Kalau rasa nak melepuh cuba la masukkan kaki kat dalam.




En Wan ambik kesempatan melumur kaki dengan lumpur.
Tak tau la samada En Wan ambik kesempatan atau dorang ni yang mengambik kesempatan. Auwwww.
Kah kah kah.

Lumpur ni ada dijual, tapi kitorang tak beli. Sape nak beli boleh, kastam takkan tahan. Sebab yang ni bukan jenis belerang. Dorang kata kalau lepas lumur lumpur ni kita rasa kulit kita macam kena gigit semut, tu tandanya kita ada penyakit kulit. Kalau tak, maknanya takde.


Aku pun join la rendam kaki seminit dua. Nak ilangkan lenguh berjalan.

Kat sini pun ada jugak peniaga yang follow kitorang.
Tau la konsep dorang satu peniaga satu customer tapi macam tak jujur la. Awal-awal dah tekan harga pastu suruh kita tawar. Just imagine 10 keychain harga RM150. Keychain biasa je, kat Pasar Baru melambak. Bila kita kata mahal, dia suruh kita tawar. Aku nak menawar pun dah tawar hati sebab siang-siang dorang dah tekan harga. Macam la aku tak tau keychain tu sebenarnya berapa Rp. Bila taknak beli, dia dok paksa-paksa beli jugak. Paling annoying bila guna statement "Beli la bang, buat tolong-tolong kami aja". Tak pasal-pasal aku jadi serba-salah.

Kesian memang kesian, tapi dorang pun macam tak ikhlas je meniaga.
Letak harga yang tak masuk akal, ujung-ujung mintak kita beli sabit nak tolong.
Aku pun orang meniaga jugak tapi gunakan paksaan ni memang payah sikit aku nak terima.
Last-last beli jugak la supaya dorang tak ganggu.
Just imagine, kita pi sana nak rendam kaki rilek-rilek tapi dorang dari awal dok ikut je mana kita pegi sampai kita nak menikmati suasana pun tak dapat. Selagi tak beli selagi tu dia bising kat tepi.

Lepas lepak kawah, kitorang sambung lagi berjalan another 1km untuk sampai ke tempat driver. Driver dah siap-siap tunggu kat bawah.
Perjalanan balik ni kau kena daki tangga 300m pastu jalan landai 700m. Easy. Tak seksa sangat macam hala turun tadi.

Awal tadi aku ada cakap yang fee dia Rp300,000 untuk sejam kan.
Memang konfem akan lebih sejam punya. 
Cumanya, dia tak bagitau kita berapa lebihan kena bayar. Dia cakap itu bergantung pada tourist guide. Secara lojiknya, lebihan tu adelah tips untuk tourist guide.
Kitorang kena bayar another Rp300,000. Ok takpela, sebab ada pertambahan sejam. 
Yang tak boleh blah, masa nak bayar tu, En Wan keluarkan duit Rp50,000 sehelai hulur kat dia, pastu another Rp200,000 lagi. Then hulur lagi Rp50,000. 
Cukup Rp300,000. 
Tapi dia kata tak cukup sebab Rp50,000 awal tadi tu dia adelah tips dia.
Memandai-mandai je kan?

Maknanya total tips dia dari kitorang adelah Rp350,000 (RM105).
Aku syak dia tekan sampai Rp300,000 sebab nak bagi-bagi kat member dia yang lagi 5 orang tu.
Sebab torist guide ni semua sukarelawan je. Dorang ada keje lain, tapi weekend dorang menyerah diri untuk jadi guide. Memandangkan tak ramai pelancong nak ke kawah, maka dorang takde gaji la on that day. Tu yang dorang membontot kitorang ramai-ramai. Nanti kawan dia akan letak caj, dapatlah dorang sorang sikit. Bijak kan? Bijak mengelentong.

Benda-benda ni la yang buatkan percutian tu jadi tak seronok.
Bukan kita berkira dengan duit tapi dorang yang cheat. 
Yang lain semua ok, tapi masuk bab duit ni mesti ada je kekelentongan berlaku.