2014-05-29

Ceramah free



Ada reader hantar aku gambaq ni last week, baru now sempat nak tulis.
Nak tanya pendapat aku pasal bayaran ceramah ustaz (tak semestinya UAI).

Setahu aku, kalau kat Surau Al-Sobah Bandar Baru Bangi tu, takde pulak penah aku dengar Pak Aji bagitau pasal bayaran penceramah. Kalau nak ikutkan surau Al-Sobah tu memang aktif. Nak-nak lagi kalau bulan puasa. Imam pun datang khas dari Mekah (student Indo yang menetap di Mekah). Tapi seingat aku, Pak Aji ada bagitau yang penceramah-penceramah di Al-Sobah dapat bayaran hasil dari derma/kutipan semasa majlis berlansung. Kalau malam tu kutipan 6K, maka 6K tu la untuk penceramah. Surau tak ambik apa-apa. Sebab surau Al-Sobah ni pun kaya. Jemaah dia sentiasa ada lima-lima waktu. Nak-nak lagi kalau solat Jumaat. Tu yang Mak Aji bengkek je ngan Pak Aji sebab every Jumaat mesti Pak Aji balik lewat. Tolong kira duit derma katanya. Mak Aji dah lapar tunggu nak makan tengahari sesama. Biasa la kan, kalau dah tinggal berdua tu. Balik lewat dari surau pun boleh jadik bahan nak bergaduh. Well, orang-orang tua katakan.

Kalau status FB tu (gambar) merujuk kepada UAI kenakan bayaran untuk ceramah, wallahualam. Yang tu aku tak tau. Tapi kalau betul ada ustaz/ustazah yang kenakan bayaran, kalau tanya pandangan aku, aku rasa tak salah. Penceramah pun takkan bodoh sangat main letak harga tanpa selidik kemampuan crowd dia. Aku tak rasa ada ustaz yang letak harga tinggi tak masuk akal. Aku yakin ustaz-ustaz ni terima seadanya collection malam tu. Entah-entah collection 10K, ustaz dapat around 3K, lagi 7K dapat kat masjid. Sape untung? Jemaah jugak yang untung, at least duit collection boleh repair tandas, beli kipas, ganti karpet baru.

Selama aku dalam biz yang aku run ni, everytime aku nak buat workshop, kalau aku perlukan penceramah tambahan, aku akan bagitau bakal penceramah tu crowd aku terdiri dari siapa, golongan apa, apa topik yang nak dibentangkan, etc. Dari situ penceramah boleh calculate berapa harga khidmat dia. Dorang pun tak kejam. Aku percaya benda yang sama jugak dipraktikkan oleh ustaz-ustaz ni. Mesti pihak pengurusan masjid dan wakil penceramah dah berbincang hal ni. Kalau takde crowd, majlis takkan berlansung. Bila ada majlis, maksudnya ada la duitnya.

Jangan hanya kerana orang tu bertittle ustaz, maka segala ilmu dia kita nak mintak free.
"Alah ustaz, ustaz kan orang agama. Takkan nak mintak bayaran untuk ceramah. Jihad ustaz, jihad. Lillahi Taala je la sudah"

Apa bezanya ustaz tu dengan kerjaya guru, lecturer, pegawai...or sales and marketing?
Kita semua sama-sama menyampaikan ilmu kat orang lain samada secara lansung atau tak.
Tanya balik diri kita, boleh tak kita jadikan profession kita tu charity. Jangan ambik gaji. Boleh?

Kebanyakkan manusia camni lah.
Konsep memberi tu adelah apabila kita memiliki.
Sebab kau banyak duit, maka kau lah yang kena derma lebih.
Sebab kau ada banyak duit, maka kau kena bagi free treatment kat pesakit.
Sebab kau banyak duit maka tak payah la kutip hutang, halalkan ajelah.

Itulah kefahaman yang ada pada ramai orang.
Kita perlu berkemampuan atau ada sumber kewangan yang banyak untuk melakukan sesuatu secara percuma.
Jadi, bila ada ibadat yang perlukan wang ringgit, haruslah dipertimbangkan dengan teliti.
Akhirnya kita mengutip derma, tapi biarlah derma tu bukan dari poket kita. Kan?

Benda ni menuntut kefahaman setiap pihak.
Ada sesetengah penceramah yang takde keje tetap. Keje dia memang berceramah.
Alangkan yang bergaji tetap pun tengah bulan dah sesak nafas. Inikan yang tak bergaji.
Hidup akhir zaman ni memang banyak belanja.
Ada orang anggap dakwah dah jadi macam industri.
Pendakwah = Consultant. Maka, perlu bayaran.
Tak kisah la apa orang anggap, tapi kalau aku, aku rasa biarlah. Tak salah pun.
Anggap saja lah kita tolong bayarkan duit minyak dia.

Jangan persoalkan berapa bayaran dia dapat. Kita tak tau mungkin bayaran tu dia laburkan kat pesantren milik dia, atau kat sekolah tahfiz dia, atau dia bina surau dekat tepi rumah dia. Secara tak sedar kita pun sama-sama invest. Toksah rajin sangat nak kira duit orang.

Selalunya, kita mengharapkan orang lain "jangan berkira" atau "halalkan aje" apabila kita cukup segalanya. Kita ada gaji yang selesa, ada kereta, ada rumah.
Tanya balik diri kita, sewaktu kita mula berkerja dulu, belum ada kereta, belum ada rumah, mampu tak kita halalkan khidmat kita?
Time tu gaji lambat masuk sehari dah maki bos kot.

Insyallah, mudah-mudahan satu hari nanti kita semua baik ustaz, baik yang bukan ustaz, semuanya termasuk dalam golongan yang memberi, bukannya meminta walaupun kita ada hak and kepercayaan masing-masing.