2014-04-30

Grup



Ada reader tanya aku kenapa aku tak minat tengok cerita omputih, lagu omputih.
Bukan aku tak minat lansung, tapi kurang minat sikit.
Maybe sebab aku memang tak suka dengan muka mat salleh, jadi tak cenderung nak tengok/dengar lagu-lagu dorang. Tapi takde la tolak semua. Kalau cerita best, lagu best, aku dengar jugak. Donload gak mp3, cuma takde la sampai nak tampal poster, kumpul baju segala. Aku minat Leslie pun tak sampai menggila kumpul semua merchandize dia.

Dulu, time skolah, nak nak lagi zaman NKOTB, bersepah budak-budak berangan nak boifren macam Joe McTyre (ke hape ntah nama jantan ni lupa aku, tapi ada tayar tayar la blakang dia).
Gila merepek la okeh budak-budak ni. Sikit-sikit Joe, sikit Joe.
Masa tu kalau ada boifren je mesti tak banyak sikit nak tempiaskan jugak muka balak masing-masing ngan set-set NKOTB.

"Perasan tak, boifren I dari tepi macam Joe kan"

Astagaaaaaaaa.
Joe mende Joe?? Joengos ada la.
Hidung dari depan pun dah kemek, ada hati dari tepi macam Joe. Aku tumbuk kang sia-sia je.
Tension betul aku tengok ketaksuban overload macam ni.
Nak minat tu minat je la, takyah la nak paksa-paksa orang lain nampak muka balak kau macam muka Joe jugak.

Tapi zaman NKOTB ni memang satu zaman 'huru-hara'. Aku tak sure tahun bila grup ni berleluasa, tapi yang aku ingat time Form 1 budak-budak dah sebuk cerita pasal ni.
Hampir semua budak-budak kelas aku minat ngan NKOTB. Sampai aku tak tau nak sembang apa ngan dorang sebab time ni aku minat Damasutra. Kang tetiba aku masuk pasal Damasutra budak-budak ni pandang aku "Jilake apekah Damasutra???". Jadi, baik aku diam. Nak cerita apa tak tau. Lagu dia pun aku tak tau kecuali Step by Step. Tu pun 3 patah tu je la yang aku ingat. Kegilaan budak-budak ni aku rasa macam dah masuk ke kategori puaka bila time public speaking pun dorang nak cerita pasal NKOTB. Kalau NKOTB ni adelah suatu subjek, aku dah kena repeat 400 kali. Sebab apa-apa je yang kawan-kawan aku borak pasal grup ni, satu pun tak lekat kat kepala.

Time tu semua budak perempuan tetiba aim nak blaja overseas sebab nak jumpa NKOTB.
Nak balak pun mat saleh, paling tak pun yang kulit putih.
Tak dapat ngan mat salleh, dapat cina pun jadik.
Tak dapat cina, melayu pun boleh la. Janji tak itam. Apetah lagi kalau ko botak. Gemuk. Boroi. Memang takde tempat di sisi dorang okeh. Biasa la kan remaja baru nak tumbuh tetek. Pilihan pun terhad kat skolah tu. Apa sangat la yang ko boleh aim.



Tapi aku suka tengok grup ni. Kumpulan Kristal.
Aku tak penah hafal pun lagu-lagu dorang, sebab lagu dorang tak sedap. Cuma aku suka tengok budak-budak ni. Tahun 1990, aku Tingkatan 1. Tak salah aku, ada salah sorang dari grup ni yang sama umur dengan aku. Aku kagum gila sebab dorang cantik. Aku suka tengok muka budak baju merah tu. Cantiknya lah haiii. Kira masa ni dorang trendsetter la. Apa yang dorang pakai jadi ikutan. Masa aku Darjah 6, dua orang classmate aku ada buat show ala-ala grup ni. Pakaian pun ikut sebijik-sebijik dorang. Kemain berkerumun lagi junior-junir tepuk tangan tengo show ala-ala Kristal. Siap hulur tangan dari bawah stage nak bersalam. Cam haremmmm.

Tahun 1990, masih bersekolah dorang boleh jadi cantik macam ni. Sebab tu aku suka tengok. Aku jangan harap la weh tahun 1989 nak melawa macam dorang. Jauh kot. Makeover lapan tahun pun belum tentu boleh cantik cam budak-budak ni.



Ni Dianawathy ya. Bukan Saraswathy.
Tahunnya tak pasti.
Yang pastinya bukan skolah rendah. Sebab T Shirt yang aku pakai tu mak aku beli sempena aku nak masuk TKC. Sebab aku selalu homesick, Mak Aji belikan baju yang ada tulis "Mom".
Ni pun aku dah rasa bergaya abis ni dengan bag lintang, T shirt tulis bahasa omputih, skirt corak tribal, masuk Bukit Cherakah lak tu. Dah kena sangat la gaya ni. Ala-ala Kristal la jugak kan. Kulit je tak berapa nak kristal.

Ada satu lagi grup yang aku suka tengok - Res2.
Tapi lagu dorang semua tak makan dek telinga aku. Cam kelaut sangat. Tapi suka tengok sebab dorang semua cantik-cantik. Nak lagi yang adik-beradik tu ntah sape nama dia. Ya Allah, cantik sangat! Masa tu aku pelik je camana eh budak-budak ni kecik-kecik pun boleh cantik? Sebab Mak Aji selalu bagitau kitorang "Dah besar esok cantiklah". Jadi aku pun takde lah kisah sangat penampilan time skolah ni sebab percaya nau ngan cakap mak aku besor esok aku jadi cantik. Mak aku ni banyak baca buku Ugly Duckling kot. Maka gigih la aku menunggu jadi besar nak sangat tengok camne la rupa aku dah besor esok.

Nan ado.



Kalau grup omputih zaman tu, aku sebenarnya lebih suka Guys Next Door.
Tapi satu lagu ni je la yang aku suka pun. Tu pun sebab lagu dia sedap. Ahli dia aku tak ingat. Tapi penyanyi dia boleh tahan la hensem. Bila skarang tengok balik dah macam muka Gambit pun ada.
Lagu ni je satu-satunya lagu omputih yang aku hafal time skolah.
Rasa cam satu kejayaan luar biasa berjaya hafal lagu omputih. Terasa diri bijak sangat semata-mata pandai nyanyi lagu omputih. Aku rasa ni kegedikkan yang sama dialami oleh kebanyakkan budak pompuan zaman skolah. Dapat nyanyi satu lagu lengkap omputih, setahun la lagu tu ko dok ulang-ulang nyanyi. Kan? Kan?