Alhamdulillah, Hi-Tea Sabtu lepas successful.
Just like aku mentioned earlier, hi-tea ni takde apa yang formal sangat pun, just sabit nak melepak dengan reader blog ni yang also consume Ephyra. Kenapa aku ajak reader yang minum Ephyra join hi-tea ni adelah sebab aku invite Ephyra datang sama. Dah alang-alang aku nak jumpa reader-reader blog, apa salahnya kita jadikan hi-tea ni sessi untuk Ephyra kenal siapa their supporters. At the same time, ada la jugak 'geng' untuk melayan reader-reader. Takkan aku sorang nak layan semorang. Kejung aku. Ai ni pemalu sebenarnya. *batuk*
Reason buat kat Little White Cafe sebab, jemputan tak ramai mana. Takleh jemput ramai-ramai..bangkrup nanti.
Capacity cafe ni around 30 orang, just nice. Kalau ramai-ramai takut tak terlayan.
Hari tu pun aku regret sangat-sangat sebab tak dapat nak bsersembang lama-lama ngan semorang especially cik adik cik adik empat orang yang duduk depan cashier. Sorry ya. Insyallah, ada rezeki kita sembang panjang.
Happy sangat Memey Suhaiza, duta Ephyra dapat hadir. Norman ada hal on that day.
Yang paling aku tak sangka, most of reader yang datang ni sangat punctual!
Aku yang gabra. Sebab masa aku sampai tu, rupanya dah 4-5 orang sampai. And disebabkan pintu masuk ada sign CLOSED FOR HI-TEA, semua tak berani masuk. Sanggup dorang berjemur kat bench depan cafe ni. Aku duduk 5 minit dah berlendir muka. Betapa tabahnya dorang ni duduk kat situ ntah dari pukul berapa. Tima kasih sangat-sangat.
Jujurnya, aku tak kenal orang. Ada 2-3 muka yang aku recognize sebab antara yang datang tu pernah menang testimoni Ephyra. Tapi kebanyakkannya tak kenal. But aku tau dorang paham tahap 'blur' aku macamana. The moment aku nampak dorang senyum dari jauh je aku dah spot, ok this is my reader. Konfiden je aku tegur. Cewahhh. Hidup mesti mau konfiden. Salah betul belakang cerita. Janji konfiden kena ada. Hahaha. Seb baik semua yang aku tegur betul.
Terima kasih jugak yang hadiahkan aku ikan bilis and coklat.
Seb baik takde yang hadiahkan aku tempe.
Kalau tak, aku suruh aunty cafe tu gorengkan terus.
Team Ephyra sampai.
Majlis mula 3.30pm.
Tapi disebabkan hampir semua datang jauh lebih awal, jadi dorang kena tunggu lama sikit. Kesian pulak. Seb baik dah boleh menunggu kat dalam cafe, takde la berbahang sangat. Tapi muka aku belum start program lagi dah berlengas.
Dalam cafe mak aiiiii....harum semerbak dengan bau makanan.
Hi-tea kat Little White Cafe, ko tak jumpa popia basah ngan karipap pusing ya.
Sini minum petang ada scones, cupcakes, bread puding, brownies, etc.
Sedap gila semuaaaaaaaaaaaa makanan hari tu.
Rugi korang tak join. Aku buat 10 tahun sekali je ni. Hahaha.
Masa ni duta Ephyra, Memey belum sampai lagi sebab stuck kat MRR2, so team Ephyra setup apa-apa yang patut and aku pulak bersembang ngan reader-reader yang ada. Yang tengah susun meja tudung grey tu adelah owner Little White Cafe, Aunty Faizah. Aunty ni dulu jiran Mak Aji. Time aku kawen dulu, rumah dia kitorang pakai untuk letak pinggan mangkuk. Husband dia, Uncle Zahari interior designer. Porch and dapur Mak Aji, dorang la designkan.
Cafe ni juga adelah show room cafe.
Salah satu tempat contoh kalau-kalau ada yang berminat nak gunakan khidmat dorang.
Kalau sesape yang perlukan khidmat interior designer, or nak tempah western food yang super delicious, boleh gi Little White Cafe, Bangi.
Antara food yang ada petang tu.
Aku tak rasa semua sebab tetiba rasa kenyang bila nampak reader-reader enjoy the food, dapat berbual dengan korang dah rasa best sangat. Ada sorang reader tu pegang tangan aku "Kak, saya follow blog akak dari zaman url "walkonwings", dari blaja sampai dah keje, dah kawen, ni dah ada anak sorang. Tak makan pun takpe, janji dapat jumpa akak".
Allahuakbar.
Aku sendiri almost lupa url asal blog ni was "walkonwings.blogspot.com". Memang betul-betul loyal dia ni. Kalau aku buat objektif test, besar harapan dia dapat 100% markah.
Thank you so much. Terasa tua pulak. Pun tak sedor-sedor lagi bila ntah nak stop bloging.
Ephyra datang complete ngan fotografer dorang.
Apa ko ingat ko je bawak fotografer.
Aku pun bawak okehhhhh.
Tapi tu la dia, gaya snap tu memang dah menang.
Tapi gambo memang ke laut dalam.
...contohnya gamba ni.
Ni pebenda ni bang?
Aku yang bagi speech, dia pulak yang menggigil tangan.
Bergegor-gegor gamba ni dia buat.
Sebelum start makan, harus ada speech sikit.
Memang la majlis ni tak formal, tapi kena la ada mukadimah. Takkan masuk-masuk terus serangggggggggggggg. At least nak kena bagitau to those yang datang apa tujuan Hi-Tea ni.
Tanyalah yang datang tu semua apa tujuan dorang datang.
Tujuannya untuk makan betul tak?
Memang jemput untuk datang makan-makan pastu share la sikit 1-2 line apa perasaan sejak guna Ephyra. Takkan nak bagi testimoni bertulis je kan, sesekali bagi la video testimoni.
Bukan takat aku ngan founder Ephyra (Ms Amiza) je yang bagi speech, dengan Aunty Faizah ni sekali kena bagi speech. Dia bagi penerangan sikit tentang menu yang ada petang tu and how nak makan. Tu yang penting - how nak makan.
Sebab salah sorang yang datang sini memang peghak sikit bab-bab makanan omputih. Jadi guideline nak makan perlu dibagitau. Aku paling suka bab aunty ajar cara makan scones. Padahal bukan susah nau, tapi untuk yang tak penah makan cam aku ni kan, memang menggagau jugak la pikir scones ni amende, dah kenapa pulak ada jem butter and cream, nak makan camana...bla bla bla.
Thank you aunty kerana menyelamatkan saya dari malu besar.
Aunty ajar "Scones makan dengan jem, butter and cream"
And what so special about Little White Cafe, semua benda dorang buat sendiri. Dari roti, sampai ke jem. Tak main beli jem kedai. Semua dorang buat sendiri.
Me with readers.
Set-set ni memang pemalu sangat-sangat.
Tetiba aku rasa suara aku kuat sangat bila bercakap ngan dorang.
Dorang memang ayu-ayu je suara. Malu ai.
Elok je habis speech, Memey Suhaiza pun sampai.
Allahuakbar, cantik sangat-sangatnya!!!
Dan sangat tinggi!!
Antara semua yang datang hari tu, dia yang paling tinggi.
Dan putih melepak!!
Masa Ms Amiza kenalkan Memey kat aku "Memey, this is Kak Di, blogger yang bla bla bla bla..."
Dia salam siap cium laga-laga pipi aku.
Aduiiii kulit aku dah la berlengas, risau je melekat peluh aku kat pipi dia.
Memang sangat cantik!
Suka korang kan Memey datang. See...see...I tell you. You never never regret one come.
Got makan, got artis somemore.
Actually aku dah tau Norman tak dapat datang, tapi aku sengaja taknak announce kat blog, nanti korang taknak datang pulak. Hahahah.
Kebetulan pulak April 2014, genap 2 tahun Ephyra in the market.
Aunty siapkan candle kalau-kalau nak blow.
Ms Amiza sediakan meja ni untuk aku, En Wan, dia and Memey duduk.
Sebab tu meja ni sorang je ada bunga. Ala-ala meja VIP la konon.
Mau En Wan nak duduk semeja??? Takde de. Kalau dalam banyak-banyak reader tu takde reader lelaki, konfem hari tu dia duduk dalam kereta.
Last-last aku pun duduk meja lain. Biar la aku lepak ngan reader. Reader aku at least melalui pembacaan dah tau aku cemana. Aku segan tengok Memey tu pemalu, suara pun halus je. Sopan je dia. Aku rasa dia belum penah dengar suara mak lampir. Seblom dia troma, baik aku senyap. Tu belum dia dengar lagi mak lampir gelak. Nangis anak dia nanti. Kang Abang Norman gegar-gegar carik aku satu hal aku nak jawab.
Eceh berabang-abang pulak. Lempang kang.
Happy Birthday Ephyra!
Aku ingatkan budak-budak ni je kena shoot, rupanya aku sekali kena.
Tapi shoot untuk ucap Happy Birthday kat Ephyra je.
Sape kata pengguna Ephyra perempuan je??
Ni ko nampak ni?? Pengguna lelaki okeh!
Ada ramai lagi customer Ephyra lelaki yang beli dari aku, tapi kebanyakkannya bukan duduk KL/Selangor. This guy adelah salah satu darinya. Datang dari Segamat, hanya untuk attend this function, lepas tu balik Segamat semula. Thank you so much for your support, Azad.
Yang best tu kat email dia "Kak Di, saya pembaca blog Kak Di. Ephyra pertama saya, saya beli dari Kak Di, lepas saya sendiri rasa Ephyra ni berkesan, saya terus apply jadi dealer. Boleh ke saya datang jugak hi-tea ni?"
Hahahhaa.
Ok, aku rasa ramai jugak yang was-was nak datang kot sebab ingat Hi-Tea ni aku buat untuk reader aku yang also beli Ephyra dari aku. NO..NO...jangan salah sangka kat ai okeh.
Ai tak cakap pun Hi-Tea ni untuk reader yang beli Ephyra dari ai.
Ai cuma cakap hi-tea ni untuk my reader yang also consume Ephyra.
Kau beli Ephyra dari sape, aku taknak ambik tau. Itu pilihan masing-masing. Aku cuma nak jumpa reader-reader tersayang. Kalau kebetulan memang beli Ephyra dari aku, terima kasih banyak-banyak.
Kalau tak beli dari aku pun, still boleh datang hi-Tea sebab kita memang jemput Ephyra untuk shoot testimoni. We work together. Takde dengki-dengki. Jangan risau.
Aku elak-elak je dari duduk dekat ngan Memey, sebab dia putih nau.
Bertambah golap nampak kulit den.
Dah habis makan-makan semua, nak bergamba kat luar cafe, boleh la pulak si Ephyra ni nak buat surprise kat aku. Padahal besday Ephyra, aku tak teringat lansung, tau-tau aku yang dapat hadiah.
Terharu bila Amiza cakap "Kak Di orang terawal yang kenalkan Ephyra, masa tu orang lain tak pandang lansung Ephyra..". Allahuakbar. Seb baik team Ephyra kat tepi usik-usik "Jangan nangis...jangan nangis...". Kalau tak, memang dah berderai airmata aku. Hilang macho ai.
Thank you bagi hadiah ni.
Aku pun tak sangka mulanya cuma niat tolong-tolong orang promote barang, but rezeki Ephyra nampaknya lebih menyerlah berbanding produk-produk lain yang aku pernah review. Alhamdulillah, produk Ephyra pun bagus, jadi selayaknya dorang berada di tempat dorang sekarang. Aku cuma tolong dari tepi je.
Yang dua orang tu adelah anak and emak.
Dua-dua pengguna Ephyra dan juga pernah menang testimoni Ephyra.
Akak tu (emaknya, bertudung), guna Ephya sejak Ephyra dipromosikan.
Loyal! Semorang yang datang tak percaya itu mak and anak. Mak dia nampak muda okehhh.
Anak dia panggil aku Kak. Aku panggil mak dia pun Kak. Boleh?
Abis, takkan nak panggil aunty. Sebab memang nampak muda.
See?
Dalam banyak-banyak yang datang ni, Memey paling tinggi.
Memang outstanding sangat dia. Cantik dan tinggi.
Tengok anak Memey, Baby Awish ni.
Kemain senang mak dia nak jaga. Tak berbunyik-bunyik. Pandai budak ni bawak diri.
Cuba kalau aku bawak anak aku datang.
Konfem dalam cafe tu kau akan dengar suara aku sorang je. Silap-silap boleh dengar sekali bunyi meja terbalik.
Lepas semorang dah balik, giliran kitorang pulak bergamba kat dalam cafe.
Masing-masing muka dah melekit. Nak-nak lagi muka aku.
Comel gila!
Cantik sangat-sangat!! Putih melepak!
Err...ada sesape nak aku review krim pemutih kulit?
Aku nak yang set-set "3 hari pun dah putih"
Anyone?
Time ni semua, termasuk Memey dah balik.
Tapi masa ada lagi sebelum aunty open cafe to orang luar.
Jadi, kitorang bersantai habiskan masa. Habiskan kuih.
Masa aunty hulurkan pudding roti, budak-buydak Ephyra "Eh takpelah aunty...kenyang ni.."
Aku cakap "Makannnnn. Sedap puding dia"
Sekali, dalam pada taknak taknak taknak dah kenyang dah kenyang tu aku tengok semua licin.
Siap makan pejam-pejam mata punyalah sedap puding roti aunty ni.
Again, terima kasih kepada yang datang Sabtu lepas.
Thank you baca blog aku.
Thank you support Ephyra.
Maaf kalau terkurang layanan.
Insyallah ada umur, ada rezeki, kita jumpa lagi.
Ni nak bagitau kalau nak jumpa duta Ephyra, Norman Hakin & Memey Suhaiza, EPHYRA aada setup booth kat Putrajaya & Perak this week. Sesape yang ada kat area berdekatan, khasnya yang nak beli Ephyra COD, and nak jumpa duta, boleh ke
:
1. Karnival Riuh Sakan Utusan (Presint 2 @ Putrajaya )
2. Karnival Jom Heboh (Stadium Indera Mulia, Ipoh)
on 26 April (Sabtu) & 27 April (Ahad).
Kebetulan, start 28 April ni, ada promosi Ephyra, jadi korang boleh dapatkan harga promosi tu lebih awal di sana.
Bermula 28 April 2014, Ephyra lancarkan harga promo RM180/sekotak.
Sesiapa yang beli dari aku, masih boleh dapatkan mini mp3 player dengan harga RM180 ni.
No problem.
Tapi yang beli 3 kotak, harga masih sama RM500. Also with mini mp3 player.
Tak sempat nak buat new form, kalau nak, isi je form di bawah ni tapi kat ruangan REMARKS letak "PROMO RM180". Nanti aku tau la nak buat apa, ok?
Aku tau ramai yang nak grab gift tu and also harga RM500 yang super murah.
Takpe, kalau nak bayar installment. Selama ni memang ramai dah mintak installment kat aku cuma aku tak penah bagitau kemudahan tu kat blog. tak kisah la nak bayar berapa ringgit sebulan pun, janji dah full payment baru aku hantar Ephyra :)
1. Karnival Riuh Sakan Utusan (Presint 2 @ Putrajaya )
2. Karnival Jom Heboh (Stadium Indera Mulia, Ipoh)
on 26 April (Sabtu) & 27 April (Ahad).
Kebetulan, start 28 April ni, ada promosi Ephyra, jadi korang boleh dapatkan harga promosi tu lebih awal di sana.
Bermula 28 April 2014, Ephyra lancarkan harga promo RM180/sekotak.
Sesiapa yang beli dari aku, masih boleh dapatkan mini mp3 player dengan harga RM180 ni.
No problem.
Tapi yang beli 3 kotak, harga masih sama RM500. Also with mini mp3 player.
Tak sempat nak buat new form, kalau nak, isi je form di bawah ni tapi kat ruangan REMARKS letak "PROMO RM180". Nanti aku tau la nak buat apa, ok?
Aku tau ramai yang nak grab gift tu and also harga RM500 yang super murah.
Takpe, kalau nak bayar installment. Selama ni memang ramai dah mintak installment kat aku cuma aku tak penah bagitau kemudahan tu kat blog. tak kisah la nak bayar berapa ringgit sebulan pun, janji dah full payment baru aku hantar Ephyra :)