walk on wings, tread in air: Bos <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Bos
2014-04-23


Kesian akak ni sebab bos-bos dia semua cerewet.
Mungkin nasib dia kurang baik la. Iyekan ajelah apa cakap akak ni. Malas aku nak speku lelebih. Yang pastinya, dia taknak dah berbos-kan bos perempuan. Selamaattttttt.

Masa balik ke rumah tu aku dok memikir pasal akak ni.
Mungkin pengalaman yang buatkan dia ngeri nak berboskan bos perempuan.
Maybe betul orang cakap perempuan kalau jadi bos gila cerewet,
Atau mungkin gak perangai akak ni yang bermasalah. Mana nak tau kan.

Aku pun penah keje dari bawah, pengalaman aku keje dengan bos laki bos perempuan - it all depends sebenarnya. Samada bos tu yang cerewet, atau kita yang kepala batu.




Bos pertama aku, lelaki. Ni kat MOSTI.
Lepas 2 minggu habis kat UNIMAS, aku terus dapat keje jadi RA kat sini.
Sebenarnya, KPP perempuan, tapi aku report direct kepada bos aku ni - En Megat.
Aku tak tau sebenarnya berapa umur dia, tapi muda lagi. Maybe 4-5 tahun je kot tua dari aku. Ntah, tak sure.

En Megat ni ada masanya ok, ada masanya buat aku sakit jiwa. Tapi 95% of the time, dia ok.
Aku cuma sakit jiwa ngan dia bila time meeting. Kadang-kadang RA kena bash. Dia wat dek je, tapi angkat-angkat kening ngan aku. Dia takde cover-cover RA dia pun.
Biasa la kan, bila RA semua pompuan ditambah lagi dengan status we all yang 'sedang masak ranum' time tu, ada je la makcik-makcik yang berbulu bila kita bergelak-gelak ngan bos. Aku kan jenis kuat gelak. Konon macam kita tak hormat bos. Takde protokol la kiranya bila dengan bos tu. Padahal bos rilek je. Janji keje buat. Time keje kita keje. Lagipun bukannya aku panggil En Megat tu Abang Megat. Hoh! Rimas aku.

Tapi everytime lepas meeting mesti En Megat intercom aku tanya if aku ok ke tak.
Selalunya dia akan cakap "Takpe, saya tau awak buat keje".
Kadang-kadang aku yang sound dia balik "Nape En Megat diam je tadi?"
Hahahaha. Mesti dia pun konfius aku bos ke ke kau yang bos ni?
Tapi one thing about bos lelaki adelah, dia sangat faham perangai pekerja perempuan. Ye la, walaupun dia bos, tapi dia juga adelah lelaki. Lelaki memang paham sangat la pompuan punya tebiat macamana. Dia pun ada wife, so dia tau.

Ada 2 kes yang aku paling takleh lupa sepanjang aku berkhidmat dengan En Megat, satu tu time wife dia datang opis. Omagadddddddd.
Masa tu kitorang kena siapkan database researcher-researcher yang apply untuk grant IRPA. En Megat mintak aku balik lewat sikit petang tu. Ok no hal. Dia suruh bawak laptop buat keje dalam cubicle dia, senang dia nak bagi arahan. Bila dah siap, dia gi solat jap. Dia ada bagitau kalau wife dia sampai cakap dia kat surau. Aku pun kemas-kemas apa yang patut atas meja. Sekali wife dia sampai. Agaknya selama ni wife dia tak penah nampak pun muka aku dalam ofis tu, eh tetiba kau boleh pulak nak kemas-kemas meja laki aku apehal kan. Terus wife dia tanya,

"Awak ni siapa?"

"Saya Diana, RA En Megat. Wife En Megat ya? En Megat kat surau"

Pastu dia pandang aku atas bawah.
Okeh, guwa rasa guwa patut blah dulu.
Zassssssssss, angkut laptop, terus keluar. Takut guwe. Hahaha.

Cubicle En Megat betul-betul tepi pintu masuk ke opis.
Takkan boleh termiss punya dari pandangan En Megat kalau sesape masuk pintu tu.
Esoknya aku masuk je opis, En Megat bagi signal suruh masuk cubicle dia.
Ni mesti dia nak check database semalam ni.

Sekali dia tanya :

En Megat : Wife saya tanya apa kat awak semalam?

Aku : Dia tanya saya siapa. Saya cakap RA En Megat. Nape?

En Megat : Takpe. Saya bagitau dia "budak tu bekerja..."


Hahahaha.
Mesti En Megat kena bombard dengan machine gun semalam.

Sebenarnya wife dia ok je. Cuma maybe dia tak penah nampak kelibat aku before this sebab tu dia tanya. Sape tak takut weh. Kalau laki aku pun aku tanya.

Yang kes kedua, masa meeting kat Hotel Residen UNITEN.
Masa ni kitorang berdua je wakil dari MOSTI.
Tido satu malam je. Esoknya Sabtu, keje half day. Tapi dalam jadual, kena keje sana dua hari, so takyah masuk opis la kan. Aku pun sangatlah suka sebab lepas habis meeting bapak aku leh ambik kat UNITEN. Yeay, takyah berebut naik LRT komuter segala.

Masuk je bilik, En Megat terus call bilik aku.
"Diana, bilik semua ok?"

Ciri-ciri seorang bos yang jaga anak buahnya.
Ye, dia mesti kena concern, sebab staff dia perempuan.
Kot jadi apa-apa hal nanti tak ke berpeluh dia nak menjawab.

Meeting membawak sampai ke malam.
Memandangkan aku sorang je perempuan, panel yang datang semua lelaki, so En Megat tak kasik aku turun bilik meeting malam. Dia cakap malam-malam ni maybe the panel nak periksa proprosal dengan lebih santai, so biar dia je yang buat data entry job. Dia kata esok pagi before turun breakfast dia akan call aku dulu. Aku pun bantai membuta.

Pagi esoknya, sampai dah pukul 9am En Megat tak call-call lagi.
Aku heran gak, dorang ni start meeting pukul berapa.
Aku pun turun tengok bilik meeting lengang. Ada kertas-kertas sepah-sepah sikit atas meja.
Coffee house pun kosong. Terus aku gi front office tanya. Dorang pun tak tau mana pegi panel-panel ni semua.

Time ni aku blom ada henfon lagi.
Aku naik bilik, call opis.
Eh binawe betul rupanya En Megat dah ada kat opis!!!

Aku : En Megat apesal tak bagitau saya semorang dah balik? Abis, saya nak buat apa ni?

En Megat :  Kitorang habis lambat semalam. saya taknak kacau awak tido. Takpe, awak check out and balik.

Aku : Ala, abis ni saya kira ambik EL ke apa?

En Megat : Takpe, saya punch cardkan untuk awak.

YIHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
Mana nak dapat bos camni kau cakap aku?? Manaaaaaaaaaaaaa.
Tak dapekkkk. Aku je dapek.

After a while, aku dipinjamkan ke bos lain, also bos lelaki - En Adib Abd Rahman. Mula-mula katanya aku keje under En Adib. Last-last aku keje dengan semua bos kat unit tu. Tak sure if En Adib masih di MOSTI. Yang pastinya En Adib ni pun best. Ni laaaaaaaaaaaaaaaaagi sempoi.
Dan En Adib ni soft spoken. Aku dah lupa apa nama division yang aku keje tu, tapi bos dia cuma sorang je pompuan, yang lain semua lelaki. Gila-gila lak tu. Tapi keje semua siap on time. Disebabkan kat atas ni tak ramai pekerja perempuan, jadi less stress. Hahahaha.

En Adib ni baik la sesangatnya.
Padahal aku keje under dia tapi everytime dia nak bagi aku keje mesti dia tanya "Diana, Diana tengah buat apa sekarang? Busy ke?"
Lembut sangat. Tak sampai ati aku nak kata aku tengah busy. Busy main YM.

Lepas a few months kat atas, aku turun balik IRPA, tapi jaga bos lain, bawah En Hamid kot nama dia. Lupa dah aku. Tapi kejap je sebab tetiba dah rasa boring. Aku resign bagitau aku nak sambung blaja. Padahal sebab utama aku resign sebab aku dah mula boring dengan rutin yang sama. Pegi keje macam dah takde apa nak dikejar. Daripada aku sangap, baik aku quit.

Bos perempuan pertama aku adelah kat satu biotech company in PJ. Dia benggali.
Kejap je aku keje sini, 2 minggu.
Aku blah. Bukan blah sebab bosnya, tapi sebab staff melayunya yang kerek. Padahal staff-staff bangsa lain semua ok, tetiba yang melayu ni pulak bajet. Ntah apa dia jaki ngan aku ntah. Aku baru masuk 3 hari, dia mengadu kat collegue aku keje lembab. 3 hari kot. Kalau 3 bulan still lembab layak la nak bambu aku.

Bos perempuan yang kedua kat Prudential.
Bos ni orang kata bias. Tapi aku rasa macam tak. Maybe dia anak dara tua, so dia ada perangai sikit. Biasa la kan, dia tak berkahwin, takde suami takde anak, so dia expect aku stay back tetiap hari just like the rest of them. Paling awal aku balik 530pm (memang dah habis ofis hour). Tapi bagi dia, aku kena berkorban balik malam untuk hit target. Dulu aku medical underwriter. Prudential kan banyak proposal, disebabkan dorang nak hit sales target, so semua medical underwriter kena kerah tenaga balik lambat untuk turn proposal to policy. Sesekali balik lambat tahan la. Dah kalau asik nak kena stay back je, aku tak tahan. Jadi aku quit.
Adekah bos yang cerewet?
No, bukan masalah bos.
Masalah dia kita (aku) yang takleh adapt dengan situasi tu.

Bos seterusnya, perempuan.
Bos ni asalnya one of the Director company aku skarang, tapi after a year dia quit sebab ikut laki dia sambung blaja. Dia ni bos yang paling rapat. Boleh sembang pasal apa pun. Dia sempoi, tapi tegas. Tak cerewet. Dia jenis percaya sangat kat staff dia. Memang dia bagitau, dia taknak bebankan kepala dia dengan banyak benda. Benda paling berani dia penah buat, lepaskan aku untuk close deal barang-barang makmal kat Kuarantin KLIA walaupun masa tu baru bulan pertama aku keje. Kitorang menang.

Second, close deal untuk makmal KUTPM (now MSU). Yang ni lagi best, sebab kalau makmal tu adelah seorang manusia, kat dahi dia kau akan nampak signature aku. Sebab satu makmal tu barang-barang dari company aku (company dulu). Sepatutnya deal yang besar-besar ni dia atau COO yang pegi. Kebetulan COO ada keje kat HUSM, bos aku pulak ada keje kat Brunei. Dorang hantar aku untuk close deal. Alhamdulillah, menang. Yang ni memang aku puas hati la sebab satu makmal aku sapu dari sekecik-kecik barang sampai ke sebesar-besar instrument. Keje kat company ni, best. Cuma disebabkan sorang manusia je, habis berpuluh-puluh orang quit. Padahal bos semua ok.

Bos paling aku suka walaupun setiap Isnin dia jadi mambra, adelah bos Devil Wears Prada aku.
Bos yang paling last - also perempuan.
Ok, dia ni sangatttttttttttttttt tegas. Tapi tak cerewet.
Tapi ramai je yang benti keje sebab tak tahan ngan dia.
Dia memang tegas. Tapi aku paham kenapa dia tegas. Sebab dia bertanggungjawab atas headcounts.
Dia penah bagitau, dia bukan saja bertanggungjawab pada staff malah pada ahli keluarga staff tu jugak. Sebab kalau company dia tak jalan, dia takleh bayar gaji, yang dapat effect secara tak lansung adelah ahli klorga tu nanti jadi dia berhak untuk jadi tegas dan fussy.

Actually kan, cerewet tak cerewet tu bukan atas bos.
Tapi atas penerimaan kita.
Bos nak cerewet, itu dia punya perangai.
Samada kita boleh terima perangai dia yang cerewet tu atau tak, hat ni kita punya perangai pulak.

Aku penah dengar ceramah Syeikh Ali Jabir (from Madinah), dia cakap "Selagi raja itu tidak melarang rakyatnya bersolat, maka tiada istilah pemerintah yang zalim. Yang ada cumalah jiwa yang tidak serasi dengan corak pemerintahan"

Maksudnya kat sini kalau boleh kita alihkan kepada isu pekerja and bos, semua tu bergantung pada penerimaan kita. Selagi bos tu tak melanggar hak-hak yang tak sepatutnya, maknanya, kita masih lagi boleh kawtim ngan bos.

Ok, habis cerita bos.

Kat bawah ni ada new form untuk Ephyra Promo RM180 with mini mp3 player.

Bermula 28 April 2014, Ephyra lancarkan harga promo RM180/sekotak.
Sesiapa yang beli dari aku, masih boleh dapatkan mini mp3 player dengan harga RM180 ni.
No problem. 
Tapi yang beli 3 kotak, harga masih sama RM500. Also with mini mp3 player.

Aku tau ramai yang nak grab gift tu and also harga RM500 yang super murah.
Takpe, kalau nak bayar installment. Selama ni memang ramai dah mintak installment kat aku cuma aku tak penah bagitau kemudahan tu kat blog. tak kisah la nak bayar berapa ringgit sebulan pun, janji dah full payment baru aku hantar Ephyra :)



Name:
Email Address:
I would like to purchase Ephyra for Malaysia 1 box (30 sachets) + shaker + mini mp3 player, RM180
Ohsem Deal for Peninsular 3 box (90 sachets) + mini mp3 player, RM500
Ohsem Deal for Sabah/Sarawak 3 box (90 sachets) + mini mp3 player, RM530
Quantity
My address
Contact Number
Remarks



posted by aveo757 @ 1:34 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER