2014-04-01

Disney Sea


Hala nak keluar dari Disneyland tu, Redza nak beli popcorn.
Kat sini gerai popcorn banyak. Pastu dorang pandai. Setiap gerai jual popcorn yang sama tapi bekas lain-lain. Jadi, orang dok beratur bukan nak beli popcorn tapi nak dapatkan bekas. Redza pilih bekas robot-robot ni, apa ntah tajuk katun ni, tak kenal. Tapiiiiiiiiii tak sedap lansung popcorn dia. Sedap lagi popcorn aku beli kat GSC Summit. Bekas kertas je. Tapi sedap. Popcorn kat Tokyo Disneyland ni popcorn soysauce + butter. Tak sedap okeh. Terpisat-pisat Redza nak abiskan. Takut mak dia dah jegil-jegilkan mata. Degil, aku cakap takyah beli konfem kau tak makan punya. Nakkkkkkk jugak beli. Sudahnya, kembang tekak. Aku tak kira. Macam nak terkeluar bijik mata aku jegil kat dia suruh perabiskan. Rasakan kau.


Nampak tak muka Redza yang penuh kepelikkan?
Dia dok belek popcorn tu apesal rasa popcorn tu cam $&%%$@#.
Now bekas tu dah selamat jadi bekas tempat isi ubat-ubatan.



Year 1996
Gi Disneyland ngan member-member.
Bujang la katakan....


Year 2014
Hah kauu...berderet...

Aku ni memang selekeh okeh.
Biarlah gamba yang menceritakan segala-galanya betapa selekehnya aku.
Oh tapi kan, ada satu cerita pasal selekeh yang akan aku ceritakan nanti. Terjadi time kat Osaka. Later eh.

Time ni nak balik dah.
Kali ni aku tak masuk lansung castle dia. Dah boleh bajet apa ada dalam tu. Takde apa pun, just nak bergamba-bergamba je dalam tu. Jadi, kitorang bergamba kat taman larangan castle ni je la.
Ingatkan nak framekan gamba ni. Sebab bukan senang nak ajak Redza bergamba sekali. Bila dia dah nak bergamba, si Rayyan la pulakkkkk. Melihatkan si Rayyan yang tengah buat hal sendiri tu, nampak gaya kekal je la gamba ni ada dalam komputer.


Geram gila aku ngan tulips kat sini.
Kalaulah boleh petik, memang sedozen aku sumbat dalam beg.



Nak kasik Rayyan stop dari berkuntau senang je.
Kena bagi dia pegang at least satu beg plastik.
Dia macam bangga bila sama-sama terlibat dalam aktiviti bawak-membawak barang.

Nasib sempat gak jamak Asar Zuhur kat hotel. Tapi lagi setengah jam nak Maghrib la.
Tu pun berlari-lari kitorang nak kejarkan masa.
Kalau ikut aku, aku bentang je sejadah tengah-tengah kawasan lapang depan hotel Disney tu, tapi En Wan tak kasik. Dia cakap Jepun ni lain sikit. Dorang very particular dengan tempat dorang. Ye la, aku pun paham. Kawasan pelancongan kan. Mana la tau kot-kot ada yang tak berapa berkenan dengan 'aksi' kita. Kat Jepun ni belum ramai orang Islam kot jadi kerajaan dorang belum nampak lagi kepentingan ruang solat untuk kita. Macam Movie World kat Gold Coast tu siap ada surau sebijik lagi. Cantik and kemas.



Masing-masing kepenatan, aku dah tak larat nak keluar makan.
En Wan ajak makan tempura.
Kosser aku. Tempura ke, Tempurung ke. Pegi la korang. Aku nak mengensot pun dah tak larat ni, Inikan nak berjalan. Aku pulak dah start nak demam dari petang tu, Rayyan dah start selsema. Sejuk sangat agaknya. Lepas aku bagi makan ubat, terus pengsan. Maka, sepeninggalan En Wan and Redza, aku tinggal je dalam bilik ngan Rayyan. En Wan belikan nasik segera ni, pehhhh. Kemain sedap lagi makan ngan sambal ikan bilis. Bahagia.

Sambil makan, sambil layan new MH370 dalam bahasa Jepun.
Tak paham, tapi tengok gamba je pun boleh.
Channel lain nak bahasa Jepun lantak ko lah kan. Sekali CNN pun dia tibai alih suara ke Jepun. Gila kentang sungguh. Aku pun dengan konfidennya melayan CNN duduk dekat nau ngan tv macamkan paham, padahalll.


Ni namanya orang payah nak putus asa.
Kelmarin tak dapat naik Skytree, malam tu sanggup dia pegi lagi seboleh-boleh dia nak naik jugak kat puncak tu. Tapi aku tak ikut. Rezeki Pak Aji dapat naik. Mak Aji pun tak ikut sebab perut dia masih belum betul-betul selesa dari cirit-birit.



Magnet.
Cute kan?
Macam nak makan je. Nak-nak lagi sushi kat atas tu. Real macam sushi. Padahal magnet.



Penuh ngan orang dia je kat dalam ni.
Sumpah aku tak paham.
Kalau penuh dengan foreigners tu aku maapkan lagi. 
Ni memang 99% orang Jepun jugak. Muskil beta.


Pemandangan dari ketinggian 350m.



En Wan kata ada satu floor tu boleh nampak tanah. Kalau aku, memang takde la aku nak pijak glass floor tu. Yang kat One City Subang Jaya takat 30 tingkat pun aku dah gayat. Ni ko nak sujruh aku panjat 350m tinggi. Sorry the morry.


Skytree Shop


Morning.
Sementara muka masih fresh dan berseri, ayuhlah ambik gamba dulu. 
Ni jalan nak ke pintu masuk Hotel Niwa. Cantik kan? So Japanese style. Kalau ada geisha sorang kat tepi dah lengkap dah panorama ni.


Esoknya, kitorang semua lagi sekali ke Disney, tapi kali ni Disney Sea - jiran Disneyland.
Maknanya kena lalui train yang sama and stop di station yang sama.




Mak Aji tu kemain lain peace-peace bagai padahal kaki still terencot-encot lagi menjak kes urat bersimpul kat Melaka hari tu. Risau je aku nak bawak dia berjalan. Laki aku ni kalau berjalan memang laju je. Jadi, kitorang plan masuk Disney Sea ni nak carikkan Mak Aji wheelchair.


Ni tengah tunggu Disney train.
Baju officer kat railway station ni cute pulak aku tengok.



Disney train


View dari Disney Sea Train Station
Cantik!!!


Readyyyyyyyyyy....


LOMPATTTT!!!
...tapi aku sorang je yang lompat.
Ni semua pakat pedajal aku.


...tetiba tukar ke posing sopan..
Redza macam biasa, takkan ada dalam gamba.


Karakter-karakter lain ni senang je kalau korang nak bergamba but not Mickey.
Nak bergamba ngan Mickey queue gila bapak punya panjang.


Tadaaaaaa!!!
Berjaya men-wheelchair-kan beliau.
Mak Aji mati-mati taknak naik wheelchair, masih boleh jalan lah kononnya.
Jalan tu memanglah boleh. Tapi bakal kena tinggal la jawabnya. Pemandu pelancong aku ni bangsa brek tak makan punya worang. Dia menonong je. Kang satu hal pulak nak mengejar. Elok-elok terseliuh urat, terus tertanggal kepala lutut.


Gunung tu masa-masa tertentu akan keluarkan asap. 
Like real.
Gamba ni bukan Redza yang ambik. Ni orang Jepun tolong snapkan.
Redza mana?
Menyorok belakang Pak Aji.
Aku pun tak paham apesal dia fobia dengan kamera.


Nenek dan cucu bersaing naik kereta tolak.
Rayyan masa memula bersaing ngan nenek dia, dia pandang je. Konfius agaknya. 
Apesalla nenek aku ni duduk dalam stroller gak?


Mediterranian Harbour.


Venetian Gondolas
Nak sampai Venice, hmmm....cara-cara penakut naik kapalterbang macam aku ni, nampak gaya macam takkan sampai la Venice tu. Takat naik bot kat Batu Rakit tu je la sampai ke sudah.
Jadi, kita settle dengan 'Venice' ni je la.





Mula-mula kita masuk sini.
Nak feeling-feeling Rose Dawson jap.
...versi muslimah.


Nampak tak tu....nampak tak gaya tu..?
Sikit je lagi dah nampak bayangan Rose tengah tunggu Jack kat tepi tangga. Nampak?
Kalau tak nampak maknanya korang itam.

...yang posing bontot hala ke kamera tu bukan Jack Dawson.


 
Haaaa....yang ni baru namanya Jack.
Tapi Jack Dawsenggg nama dia.
Buat-buat tak nampak la objek yang tengah memanjat tu ya.
 Aku dah tak kuasa nak terpekik kat atas kapal ni.
Balik-balik suara aku je yang kuat kat sini.


Ni pun Jack nama dia.
Kapten Jack Sparrow.


Ni konon-konon ruang cafe dalam kapal.
Ruangan ni close, siap letak no entry lagi.
Tapi nak bergamba punya pasal, kitorang redah je.



View dari atas kapal.


Bendalah ini, descriptionnya ada kat gamba bawah....




Besar gilaaaaaaaaaaaaaa kapal ni dorang buat.
Aku tak sure if ini kapal betul yang dorang park masuk dalam ni atau kapal yang direka khas untuk Disney Sea. But memang besar. Aku sengaja tunggu bot tu lalu supaya aku leh snap untuk tunjukkan perbandingan betapa besarnya kapal Columbia tu.




Dia ni tiga beranak memang tak abis-abis dengan eskrim.
Mungkin tekak dorang jenis melahar.
Dan melahap.


Masa nampak kapal Jepun ni tersadai kat sini, serta-merta teringat MH370 :(


Jasmine's Flying Carpet kat Arabian Coast.
Ni tema filem Aladdin.
Yang bestnya flying carpet ni, bukan je kau boleh gerakkan dia ke atas and ke bawah tapi boleh gerakkan ke depan and ke belakang. Seolah-olah kau bawak tikar terbang kau sendiri.
Kalau nak lebih feel, boleh bawak teropong ngan kelapa dua bijik sekali.


Ni je la pun benda yang paling berani aku naik.
Disebabkan ni je yang aku berani, maka En Wan sanggup naik sama. Gasakkk.


Muka nampak macam berani.
Macam je la.
Ternyata 'keberanian' aku naik tikar aladdin ni ada beza dengan keberanian orang-orang kat blakang tu. Kemain meriah lagi orang belakang. Tu baru namanya berani.
Yang tudung merah ni buat-buat berani je.


Caravan Carousel
Takde apa sangat dalam ni.
Kuda pusing-pusing tu je.
Tapi perkarangan dia cantik untuk kau ambik gamba.




Lepas naik tikar Aladdin, kita shopping barang-barang Aladdin pulak.
Kat sini aku belikan boxer untuk Ibal. Boxer tu kat depan ada gamba jin dengan lidah terjelir.
Kau nak sangat souvenir kan? Diharap bergembiralah dengan souvenir dari akak terchenta. 
Nasib kau lah.

One thing yang bestnya gi tempat-tempat macam ni, barang-barang kat giftshop tu cantik-cantik and rare. Rasa nak beli semua. tapi memikirkan sepanjang-panjang perjalanan nanti kau bakal jumpa macam-macam gift shop lain, beristighfarlah.


StormRider
Ni ala-ala kat Langkawi pun ada.
Satu cabin boleh muat dalam 100 orang, pastu dia pasangkan layar besar seolah-olah kita dalam plane, and kena tempuh storm.
Ni game yang boleh bagi stress kalau korang penakut macam aku.


 Kalau rasa malas nak queue lama, boleh upgrade tiket korang kepasa FastPass Ticketing.
Tak tau berapa kena tambah sebab kitorang tak upgrade. Tak berbaloi aku nak upgrade. Bukan aku main pun. Kalau korang jenis yang enjoy tempat-tempat gini, better upgrade baru pueh hati dapat main banyak benda dalam sehari. Bayar mahal sikit takpe, janji berbaloi. Melainkan ko memang cadang nak berkampung kat Disney Sea, ok tu lain cerita.


Ni jalan nak ke kawasan attraction Lost River Delta


Ni namanya smoking area.


Dalam banyak-banyak tempat yang kitorang tempuh, ni kira waiting time yang paling cepat - 35 minit. Just imagine tempat lain berapa lama kau nak tunggu?


Ni kat pintu masuk Mickey & Friends' Greeting Trails.
Ni lebih kepada explore trails. Nanti korang akan jumpa Disney karakter masa korang explore tu.



 Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull
Duration main kat dalam ni 3 MINIT je.
Tapi beratuq sampai 3 jam!!
Nasib baik dalam ni naik vehicle. kalau kena berlari, dah memang pancit. Apa taknya, beratur pun sampai 3 jam. By the time turn kau masuk, dah lenguh kaki.
Kat dalam ni tak dibenarkan ambik gamba. Jangan coba-coba ya.
Dalam ni nanti kau naik jeep, and dia akan bawak kau tour dalam temple.



Tengok video ni dorang buat kat dalam tu.
Quite a terrifying tour kan?



Raging Spirits.
Kalau sape berani silakannnnnn.
Aku beraniiiiii......ambik gamba je.
Aku rasa dalam banyak-banyak roller coaster, ni 'pelik' yet fun.
Sebab kau akan lalu thick steam, lalu kawasan api, pastu dengan segala tengkorak dan sumpahan.


360 degree lopp y'alllllll.
Ada berani ka??
Walauapun duration naik menatang ni cuma 1.5 minit je, bagi 1K pun aku takkan naik.
Cukup-cukuplah aku kena kencing ngan Ibal time kat Disney HK.
Yang takde loop tu pun dah cukup buat aku hilang separuh nyawa. Abis segala surah lazim aku baca.
Kuat okeh aku baca. Memang terbang semua hantu-hantu kat situ.






Ni semua view-view kat kawasan Raging Spirits.



Macam best kan?
tapi takpelah, kem salam.