walk on wings, tread in air: Shibuya Crossing <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Shibuya Crossing
2014-04-02

Ni kat Agrabah Marketplace.
Agrabah ni tempat Aladdin membesar masa kecik.
Marketplace ni dia buat macam pasar-pasar Arab. 
Terbayang-bayang filem Alibaba Bujang Lapuk punya setup. Just like this la.
Tapi dia takde la buat pasar. Cuma designkan macam pasar but dia gantikan dengan gift shop kat kiri kanan jalan.


Mermaid Lagoon ni mesti pegi!
Sebab cantik.
Kau masuk tempat ni, seolah-olah kau ada kat dasar laut. Kemain cantik lagi kerang-kerang, ikan, karang laut bergantung-gantung. Tapi mermaid nye tetek cup A je.



The Whirlpool.
Ni kekdah dia macam cawan kat Genting je.
Takde apa yang spesel.



Colorful.
Banyak mainan dalam ni, tapi kitorang tak berminat nak main.
Lagipun kitorang bajet ada kat DisneySea ni sampai tengahari je sebab nak pi tempat lain pulak.



Salah satu gift shop dalam Mermaid Lagoon.
Gift shop dalam mulut ikan paus :)


Ni dah keluar dari Mermaid Lagoon, nak jalan balik.


Ni kat kawasan "Gunung Berapi".
Bahagian atas ni takde apa sangat, just jambatan laluan untuk keliling gunung ni.
Yang bestnya, kalau kau naik steamboat bawah ni.


Steamer Line

Kalau tahan nak queue lama-lama, silakan naik Steamer Line ni. Boat ni akan bawak kau keliling Disney Sea lalu jalan air. Kiranya ni satu lagi option untuk kau pusing-pusing dalam Disney Sea selain dari train. Jimat masa kau takyah penat-penat jalan kaki pusing Disney Sea. Tapi rugi la kalau tak jalan kaki sebab tak dapat ambik gamba banyak-banyak.





Bawah tu restoran.
Siap ada kapal selam bagai.





Fortress Exploration
Ni zaman Columbus and Magellan.
Sape suka tengok filem era-era ni like Travel the World in 80 Days, korang wajib masuk sini.




Alolololo...kiut sangatlah kekdahnya dah tua-tua pakai cekak Mickey Mouse.


Inilahhhhhhhhhh sorga!
Kelihatan Mak Aji sedang memilih hadiah jugak untuk cucu-cucunya di JB.
Memang pantang melintas depan kedai, konfem aku singgah.
Wajib sambar satu, tak kisah la apa barang pun janji ada.
Bukan selalu-selalu datang kan, haruslah ada kenangan.
*aku leh imagine En Wan cebikkan bibir dengar ni*


Borong kukis.
Again, seb baik bawak transalator. Sebab tin-tin kukis ni semuanya bahasa Jepun.
Aku tak paham apa masalah orang-orang Jepun ni sampai taknak letak lansung English. Macamana la orang lain nak baca ingredients?
Tapi kat Tokyo Disneyland/DisneySea ni, kebanyakkan kukis dia adelah kukis Jepun atau kuih-kuih tradisi Jepun yang macam bertih tu.
Sebab tu harus ada tukang pandai baca. Takut nanti kau terbeli lain pulak. Sebenarnya aku beli kukis bukan nak makan pun, tapi nak bekasnya.



Tak cukup shopping dalam kedai, kita sambung luar kedai pulak.
Seriesly memang cantik-cantik gift kat Disney Tokyo. Especially kalau anak kau perempuan, memang geram-geram aku tengok gift dia. Anak-anak aku tak minat benda-benda macam ni jadi terpaksa la aku feeling sorang-sorang



Aku pi Jepun ni beg kemain besar lagi. Tapi separuh beg tu penuh ngan pampers Rayyan je.
Yang bestnya Jepun ni, kat mana ada toilet, kat situ ada tempat salin diapers.
Jadi, senang untuk mak-mak macam kita yang bawak anak kecik.
Selesa pun selesa. Ce tengok gaya panglima ni salin pampers.
Cewahhh, kemain bersantai lagi. Kau ingat ni sunbathing??




Dari Disney Sea, kitorang gerak ke Tokyo Camii (Tokyo Mosque).
Masjid ni kat Yoyogi Uehara. Walaupun nama dia Masjid Tokyo, tapi tak terletak kat heart of Tokyo pun. Jauh jugak, tapi takpe, ada train. Tinggal lagi kena tau nak naik train mana satu.
Pastu dari train station tu kena jalan sikit lah.

Sesape nak pegi, mula-mula pegi Shinjuku Station.
Dari Shinjuku, ambik Odakyu Line untuk ke Yoyogi Uehara Station.
Sampai Yoyogi Uehara, pastikan keluar kot south exit.
Jalan terus sampai nampak police box (macam police guard house).
Dari police box tu, jalan terus ke depan dalam 80m, dah nampak masjid at the other side of the road.




Ni laluan nak ke tempat ambik wuduk.
Tempat wuduk lelaki tingkat bawah. Tempat wuduk perempuan, tingkat lagi bawah. Gelap lak tu.
Disebabkan gelap, aku ngan Mak Aji ingatkan tempat tu tak boleh guna, dengan selambanya kitorang ambik wuduk kat tempat lelaki. Lagipun sape je yang ada dalam masjid ni kan?
Elok je aku aku nak basuh tangan, satu pakcik Turki masuk. Menjerit aku. Masa tu dah bukak tudung semua. Rasa macam dicabuli gitu.
Ada ati nak sentap kat pakcik tu padahal kau yang ambik wuduk salah tempat kan.

Orang Turki and belah-belah Arab ni kan bangsa yang strict sikit.
Aku dah bagitau dia bawah tu gelap, memang gelap gila!!
Apa salahnya kitorang ambik wuduk kat tempat lelaki ni kejap. Wuduk je pun. Lama mana sangat. Bukannya aku nak mandi junub kat dalam ni. Lagipun Mak Aji nak kena turun naik tangga, kesian. Ohhh no wayyyyy okeh. Dia suruh aku turun gak.
Pakkal dalam masjid. Kalau kat luar, memang aku bagi siku.
*nak bersolat pun masih nak jadi gengster*

Maka terpaksa la kitorang turun satu lagi floor, dalam keadaan menggagau nak ambik wuduk.
Seram gak. Tapi dalam pada seram tu, aku ngan Mak Aji jenguk gak kat dalam bilik-bilik kosong kat bawah tu. Saje nak check ada dalam. Kepoci la katakan.






Ni pandangan dari atas.
Ruang solat perempuan kat atas.
Nak naik ke atas tu pun satu hal lagi.
Tangga dia jenis yang spiral tu. Pastu muat-muat sorang je.
Aku terfikir, kalaulah time aku naik tetiba orang atas pulak nak turun, sape nak kena gostan?
Series, memang tak muat untuk dua orang lalu tangga tu.

Aku rasa memang dia design masjid ni untuk bagi kepayahan kat kaum perempuan solat.
Dorang memang nak perempuan solat kat rumah banding kat masjid kot.

*Mazhab AI-Shafie mengatakan wanita bersolat jemaah di rumah lebih baik daripada berjemaah di masjid. la sunat muakkad ke atas mereka*


Ruang solat wanita. Kecik je.


Sian Mak Aji, kaki dah tak kuat. Sejak urat bersimpul hari tu, sampai now dia solat duduk.
Nasib baik kat masjid ni ada sediakan kerusi.
Tapi dalam pada sakit-sakit kaki tu, sampai gak ke Jepun.



Before balik, gamba dulu depan masjid.
Mana la tau kot tak sampai lagi pasni, ada kenangan.

Dah settle solat, muka pun dah fresh, barulah sedap rasa nak sambung jalan.
Tapi masa ni dah nak malam, sejuk nak mampus.
Bila sejuk, jadik lapar. Maka, apa yang harus kita buat?


Ni kat Harajuku.
Ralit jap tengok mat saleh ni main KOTO (Japanese traditional instrument).
Tapi aku rasa KOTO ni dah diubai suai.


Depan stesen keretapi Harajuku.


Ni Takashita Street, kat Harajuku.
Sape minat Harajuku style, boleh carik baju-baju korang kat sini.
Ni area penuh dengan fashion, especially Harajuku style.


Memang sesak.
Manusia punyalah ramai macam ulat taik.


Ni salah satu Harajuku style :) Gamak nak pakai?


From Harajuku, kitorang naik train ke Shibuya station pulak. Aku tak tau rupanya En Wan dah plan untuk bawak kitorang ke sini. Rupanya dia buat surprise kat aku.
Ni lah tempat yang aku nak sangat sangat sangat pegi.
SHIBUYA CROSSING!!
Kat mana-mana iklan pasal Jepun, wajib ada iklan Shibuya Crossing.
Dah macam satu tarikan pelancong.



Ce tengok video ni.


Finally I'm here!!!



Shibuya ni dikenali dengan Sibuya Crossing-nya, and also shopping district. Syurga shopping untuk orang-orang yang gilakan fashion. En Wan kata nightlife kat Shibuya tak pernah mati.
Sebut je apa jenama. ZARA bertingkat-tingkat. Forever 21 sampai 5 tingkat.
GAP bersepah. Banyak lagi, lupa dah aku.


Malam tu kitorang dinner kat Shibuya, kat Raj Mahal Restaurant.
Memang mahal macam nama dia gak. Makan untuk 5 orang, RM400. Padahal bukan makan seafood pun. Tapi sedap, especially Nan dia. Gila sedapppppp!!!


Tanjat pakcik ni En Wan masuk dapur nak ambik gamba.
Kadang-kadang laki aku ni adelah sedikit over.



Makanan kat Jepun memang mahal, tu tak nafikan.
Tapi dah nama berjalan kan. Takkan melancong jauh-jauh kau nak hadap nasik putih ngan sambal ikan bilis hari-hari kot. Sesekali tukor le selera. Nangis cacing dalam perut aku ni kang balik-balik bagi dia makan sambal ikan bilis.


Tandoori chicken yang portionnya sangatlah besar. Siap boleh tapau lagik.


Udang panggang. This photo do no justice terhadap udang ni. Udang ni sebenarnya besar. Dalam gamba je nampak kecik.


Sambal Ikan Pedas Melecet Jubo tajuk makanan ni.
Mak Aji yang kuat makan pedas pun tak tahan makan this lauk.
Patut la waiter tu cakap ikan ni very very hot. Aku tanya how hot is hot.
Cewah kemain eksen lagi soklan, macamkan kau makan pedas. Sekali betul-betul pedas, amekawww.


Nasi safron
Nasi putih, cuma dia letak safron sikit.
Lambang kemewahan la konon nasik nak letak safron bagai.


Ni super duper extra sedap.
Tak macam nan biasa kita makan.
Macam manis tak manis lemak tak lemak gitu. Dan aku tak paham kenapa nan ni mesti nak terjelir macam tu.



Lepas makan, sambung jalan lagi.
Yang tu cerita kendian-kendian.



posted by aveo757 @ 12:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER