2014-03-31

Parade



Tak banyak gambar aku and En Wan kat Disney. Banyak ambik gamba Redza and pemandangan je.
Takde mood sangat. Maybe sebab dah penah ke Disney HK so dia punya excited tu dah berkurang sikit la. Lagipun, masing-masing jenis penakut. En Wan tu ko ingat berani nau ke? Takde de.
Aku ni lagi la kan, dah tentu-tentu penakut sejak azali.
Lagipun waiting time untuk satu-satu permainan tu sampai 2-3 jam.
Macam roller coaster tu memang berejam la kau tunggu. Nasib aku tak pernah minat nak naik.
Heran aku sanggup dorang beratur berejam kat situ semata-mata nak naik satu permainan. Tu baru satu. Ada banyak lagi yang ko nak main, memang santak ke malam.

Tapi kali ni, kitorang banyak habiskan duit kat Disney Tokyo, compared to Disney HK.
Abis tu masing-masing malas nak beratur kan so kita shopping je la lagi bagus.
Aku tak sedar berapa banyak yang aku beli, tau-tau semalam masa unpacking (baru nak kemas beg malam tadi), baru perasan banyak gila T Shirt untuk aku and budak-budak ni yang aku rembat. Bila nak pakai pun tak tau.



Show ni, semua karakter ada.
Penuh orang tengok.
Tapi kalau tak paham, sila jangan benti. Teruskan je lah perjalanan anda ke tempat lain. Sebab dia pakai Nihongo. Jangan mimpi dia nak cakap omputih. Tensi aku tengok En Wan gelak sorang-sorang. Malas aku nak tanya apa orang tu cakap. By the time dia explain, aku dah takde selera nak gelak. Betapa konfidennya orang Jepun ni, buat Disneyland, tapi khas untuk rakyat dia je. Dia macam takde pikir kot pelancong lain datang ke tak. Dia pedulik apa kan. Kau datang tempat aku, kau blaja bahasa aku. Gamaknya gitu lah dia kata.


Ni area cowboy mana ntah aku masuk, lupa.
Lagi satu yang bestnya Tokyo Disney ni, restaurant dia punya lah banyak! Tak macam HK.
Walaupun takde restoran yang halal kat dalam ni, tapi jumlah restaurant yang dia sediakan untuk pengunjung tu banyak. Kau takkan jumpa orang beratur panjang semata-mata nak beli sebijik burger.


Oh yes, ni registration kad kalau kau sewa stroller.
Dan stroller ni kau boleh tinggalkan je kat mana-mana, takyah risau. Takde de orang nak ambik sebab every stroller ada serial number. Lagi satu yang aku kagum, takde kes barang hilang. Sekurang-kurangnya perkara tu tak terjadik kat kitorang. Kitorang naik raft ke Tom Sawyer Island, tinggalkan stroller dengan barang-barang yang dibeli sekali dalam tu. Semorang pun buat macam tu. Memang tak hilang. Aku rasa belum jadi budaya dorang kot rembat barang orang ni. Sebab kat depan pintu masuk ada kaunter Lost & Found.



Ni la 'jeti' untuk ke 'pulau'.
Pulau dia depan tu je ha.
Kalau buat jambatan pun boleh tapi saje la kan nampak la adventurous sikit naik rakit.
Mula-mula aku dah park bontot kat bawah pokok, malas nak naik sebab Rayyan tido.
Elok je turn En Wan ngan Redza naik, Rayyan pun bangun. Maka, sekali harung la naik rakit.
Oh lagi satu kan, kat sana, orang tua bagi penghormatan kat ibu-ibu yang bawak anak kecik. Be it kat Dinseyland ni, mahupun dalam train. Padahal dia dah tua, patutnya dia yang duduk. Tapi tak. Dia pulak yang bangun paksa kita duduk sebab kita bawak budak kecik. Aku pulak naik segan. Sebab anak aku ni bukannya jenis duduk diam pun.

Kat dalam rakit ni, anak-anak orang Jepun ni pandang je si Rayyan berkuntau atas tong.
Agaknya dia pun pelik ni mana punya makhluk datang tempat aku. 
Lagi satu, remaja-remaja kat sana, walaupun nampak macam ganas berantai-rantai bagai, tapi kalau terlanggar bahu kita, beria-ia cakap "sumimasen". Pakkal aku takde anak dara. Kalau tak, dah empat calon menantu aku.


Ni dah sampai Tom Sawyer Island.
Bukannya island yang besar pun. Cuma tempat lepak-lepak, ada la satu dua tempat untuk kids kat tengah-tengah tu. Tapi pulau tu lebih kepada garden-garden yang cantik with all the bonsai-bonsai. Untuk bergamba memang cantik. Tapi aku tak sempat nak bergamba sangat sebab panglima aku tu kan baru bangun tido. Dia punya energy tu berlipat-ganda sikit. Baru lepas charge katakan.


Kalau tak bawak anak, memang aku dah naik boat ni ngan En Wan.
Yang ni kena kayuh beramai-ramai keliling pulau.


Salah satu tempat kat Tom Sawyer Island.
Tempat budak panjat-panjat.


Si kecik ni taknak kalah, nak jugak daki bendalah ni.
Memang kurus sekejapan aku kat Jepun ni.
Penangan ikut cara En Wan berjalan. Memang slim ai 3-4 kilo.



Jambatan ni bergoyang, guwa tak tipu.
Tapi takde la berhayun macam jambatan gantung Bukit Cherakah tu.
But still bergoyang la. Aku kan pentakut. Redza boleh la pulak melompat-lompat atas ni time aku naik. Ringan je mulut aku ni..


Ni sebenarnya bukan video yang intentionally diambil, ambik secara tak sengaja sebab En Wan ingat dia tengah snap gamba. Tapi boleh la aku letak je kat sini.



See?
Bukan aku yang pimpin Rayyan, tapi dia yang tarik aku.
Tak tau takut punya worang.



Fort Sam Clemens ni pun kat Tom Sawyer Island.
Time ni aku dah melepek je kat bawah. Malas nak ikut dorang masuk dalam. Tak tau apa ada kat dalam tu. Tapi aku ada la intai bilik ni, dalam bilik ni seolah-olah ada orang tengah tido, nampak hujung kaki dia bergerak-gerak. 'Tuan punya' tempat ni la kot.



Kat Jepun ni, dia punya terik satu macam.
Dah la aku tak bawah sunglass, berair-air mata aku. Risau je contact lens jatuh.
Sejuk, tapi terik melampau.


Ni atas rakit nak patah balik ke 'darat'.
Anak-anak aku je perangai macam ni.
Anak-anak orang lain sopan je berdiri sebab takde tempat duduk.


En Wan and Redza nak naik ni.
Tapi masing-masing tak bawak baju and seluar spare, so tak jadik.
Nanti jadi macam kat USS. Dorang masuk Jurassic Park Theme, keluar-keluar lencun sampai ke spender. USS tu takpelah jugak, panas. Sejam kang kering. Ni kat Tokyo sejuk. Kang ada yang kejang tahan gigil. Menyusahkan aku je. Dah, tak payah.



Peter Pan's Flight ni kitorang masuk.
Best tapi flight dia gerak laju nau sampai tak sempat aku nak snap gamba kat dalam tu. 
Tapi punyalah gelappppppppppppppp kat dalam. Dah la tergantung, pastu boleh tahan laju gak tu especially time dia kona baring. Tapi orang lain tak jerit pun. Aku rasa suara aku je bergema dalam tu. Tensi je Redza naik ngan aku.

Sebelum masuk Peter Pan ni si Rayyan berak la pulak.
Menggagau aku carik restroom. Restroom kat dalam ni dah takde beza dengan tempat main sebab sama-sama cantik, so aku konfius. Disebabkan tempat salin diapers dalam ni cuma boleh menampung berat baby up to 10kg je, terpaksa la aku salin pampers Rayyan sambil dia berdiri. Aku ingatkan toilet kat Jepun ni semua macam toilet hotel aku - ada seat warmer, ada button bidet tu semua. Rupanya tak. Menggagau la jugak aku nak membasuh bontot si Rayyan ni sebab aku tak paham celah mana aku nak bagi keluar air. Last-last seluar aku yang lencun. Dah macam aku pulak yang berak.




Ni je la yang sempat aku snap sebab laju nau dia bergerak.
Pastu benda-benda ni semua kat bawah. Kan namanya Peter Pan's flight.
Aku takut nak lepas satu tangan jadi kalau dah nama snap dengan sebelah tangan, memang gamba pun serupa musibatun je la jadiknya.


It's A Small World!!

Aku nak sangattttt masuk ni.
Sebab It's A Small World kat HK Disney sangattttt lah cantik.
Tapi kat Tokyo ni aku tak masuk sebab time ni aku dah rasa badan lain macam. Macam nak demam. Gila bapak sejuk waktu ni, rasanya 2C. Aku pulak pakai sweater bodoh je. Memang takleh cover sejuk lansung. Aku tak paham camana dorang boleh makan eskrim bagai sejuk-sejuk ni. Dorang tiga beranak je masuk, aku tunggu luar.












Ni semua En Wan yang snap masa dia kat dalam.
Banyak lagi gamba tapi malas tunjuk semua.


Kalau anak-anak korang jenis yang berdikari, maka boleh la tinggalkan dorang dalam ni, dah silakanlah korang bertenet bersama pasangan masing-masing. Tapi memandangkan panglima aku tu jenis yang tak reti nak duduk setempat, terpaksa la aku angkut je mana-mana pegi.


Ni tak sempat naik.




Parade start pukul 3.15pm.
Memang plan nak tunggu parade lepas tu balik hotel.
Frust jugak tak dapat tengok bungapi, tapi takpelah, aku boleh bajet keadaan dia lebih kurang sama macam HK Disney *sedapkan ati sendiri* Hahahah.

Nak letak gambar parade sekor-sekor banyak nau.
Ni aku letakkan video je terus.
Abaikan la suara aku yang terpekik-pekik dalam tu ya. Biasa la, ahkak dulu tengok katun kat tv jek. Ni dapat tengok live, dia punya darat tu lain macam sikit.







Aku rasa parade kat Tokyo ni lagi best dari HK sebab kereta berhias kat Tokyo ni lagi gabak-gabak.
Tapi elok pegi dua-dua la sebab masing-masing ada lebih and kurang dia. Macam HK ada kereta berhias mermaid, kat Tokyo takde. Kat HK, parade dia cakap omputih, kat Tokyo cakap Jepun. Guwe tak paham.