walk on wings, tread in air: Blouse <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Blouse
2014-04-09


Oh, berminat rupanya ya? Heheh..
Those yang bertanyakan blouse-blouse yang aku pakai untuk JULIET skirt, mintak mahap, blouse tak dijual. Baju-baju aku ni takde spesifik brand pun. Belasah je apa brand pun takpe, janji memenuhi spesifikasi aku. Blouse kat Padang Besaq pun aku layan.

Selalunya, aku akan carik blouse kat VOIR.
VOIR banyak blouse lengan panjang and longgar. Dan jugak affordable. Rasanya dulu penah ada orang tanya pasal blouse-blouse aku, aku ada inform VOIR. Tak sure aku bagitau kat dia ataupun aku bagitau kat blog.

DRESSING PAULA also offers blouse lengan panjang dan tak ketat. Cumanya Dressing Paula ni baju dia guna kain see thru, jadi ko kena pakai inner.

Kalau yang size besar, boleh ke Ms READ.
Ms READ also banyak pilihan baju lengan panjang and longgar. Size paling kecik kat Ms READ is 12. Sesiapa rasa badan dia fit size 12 and above, boleh ke Ms READ. Aku ada 3 helai baju Ms READ. Beli time lepas bersalin. Masa tu badan aku belum betul-betul turun, tapi dah nak start keje. Semua baju yang sedia ada sendat. Jadi, bershoppinglah kita. Ms READ ni walaupun baju dia size besar, tapi bahu untuk size 12 tu tetap 15.5inch. Tak semestinya, size 12 tu gedobos. Bahagian bahu duduk terletak, cuma cutting baju tu melebar.



Aku tau ramai yang suka baju ni kan?
Lepas aku upload gamba ni kat FB ramai nau yang tanya mana aku beli blouse.
Baju ni aku beli kat MANGO. Aku jarang beli Mango sebab tak banyak pilihan untuk aku. Dia banyak juga blouse lengan panjang tapi bahagian pinggang tu ada cutting sikit, tak berkenan. Jarang aku jumpa Mango yang cutting straight macam yang aku pakai ni. Sebab tu aku sambar selai.

Lagi satu boleh pegi Dorothy Perkins.
Tak banyak blouse lengan panjang, tapi kalau ada, memang cantik-cantik. Kain pun sedap.

NICHII pun ok.
Aku banyak jugak beli kat NICHII dulu. Dulu, baju-baju NICHII pakai kain yang melekap kat badan. Zaman-zaman free hair dulu aku cukup suka beli kat Nichii sebab baju dia melekat-lekat kau. Masa ni la nak tayang aset. Hahaha. Dahjal sungguh.
Now, NICHII ni dah ada kesedaran kot. Hampir 90% fabric dia chiffon and banyakkkkkkkkk sangat blouse lengan panjang. Pegila carik. Gambar aku kat atas ni aku shopping kat Nichii la.

Ok, stop cerita pasal baju.
Ni nak cerita pasal mimpi semalam.
2 hari lepas aku mimpi exbf aku on his besday kan.
Sekali malam tadi aku mimpi lagi. Ya Allah menyampahnyaaaaaaaaaaa.
Dalam mimpi tu aku ngan dia kat satu building, dengan member-member UNIMAS, kitorang bermalam kat situ. Tapi dia ni asikla nak follow mana aku pegi. Dalam mimpi tu, aku tulis note kat resit kedai makan "Help! Call police!", cadangnya nak pass kat sesape yang lalu-lalang.

Sampai macam tu sekali aku fobiakan dia. Even dalam mimpi pun aku nak larikan diri dari dia and mintak tolong orang. Tapi dalam mimpi tu dia macam berhati-hati sangat dok perati je gerak-geri aku seolah-olah taknak bagi aku terlepas. Apa yang aku pegang semua dia check. Sampaikan resit yang aku dah conteng note tu pun dia nak. Aku tak bagi, aku cakap buat apa nak tengok resit je kot. Dia nak jugak "tolong pegangkan". Terus aku kunyah resit tu. Bangun-bangun tido tengok mulut aku tengah gigit comforter. Bodoh pulak rasanya.

Tapi this is not good la.
Apehal tetiba kerap mimpi dia ni? Mimpi tu seolah-olah dia nak kawal aku balik.
Dalam mimpi tu dia macam "Kali ni ko takleh lari punya.."
Dia tak puas hati kat aku lagi ke apa.




posted by aveo757 @ 1:17 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER