Sebelum ada new mesej lagi masuk bertanyakan tentang kenapa takleh add aku dalam list, meh la aku bagitau je kat sini. FB aku ni dah memang takleh accept new fren sebab total frens + followers dah exceed 5000 (aku agak macam tu la kot), sebab aku sendiri takleh request for more frens dah. Hari tu zaman Ariana Ross gatal bijik nak add Keith Foo la konon sekali takleh. Sebab tu aku on button FOLLOW (kalau nak follow boleh klik kat ruangan sidebar belah kanan, atas sekali) kat FB, cumanya aku open komen hanya untuk frens je. Guwe bukan public figure nak buat page bagai, jadi kita bertahan dengan personal account je la ya. Boleh je kalau nak sembang kat PM. PM je okeh?
Berzaman rupanya email ni. Sorry ya, akak kau ni kadang-kadang rabun tak nampak email.
Jadi blogger boleh earn money - it depends.
Dulu masa aku start blogging, belum glemer lagi advertisement-advertisement ni semua.
Samada advertisement tu yang belum glemer atau aku yang orang tak kenal. Kah Kah Kah.
Tapi masa start blogging dulu pun, tak terfikir lansung untuk carik duit lebih. Side income thru blogging tak pernah lansung terlintas kat fikiran. Blogging cuma nak merepek je. Tak caya, gi baca balik entry aku awal-awal dulu. Merepek meraban je. MC pun aku nak cerita.
Tak semua yang ada blog, blognya akan jadi gah.
Semua bergantung kepada apa yang kita tulis.
And tak semestinya kita tulis yang ilmiah-ilmiah saje baru dapat banyak readers.
Kadang-kadang kau tulis merepek pun ada orang baca.
Kau tulis pasal boifren kau hari-hari je pun ada orang baca.
Kau letak gamba selfie je pun ada orang follow blog kau hari-hari.
Samada kau dapat likers atau haters tu belakang cerita.
Tapi semuanya bergantung pada apa yang kita tulis.
Jual barang di blog sebenarnya ambik masa.
Benda ni sometimes orang payah nak faham.
Bila tengok orang lain jual barang kat blog and dapat sambutan, kita pun serta-merta create blog and jual barang dengan harapan dapat sambutan yang sama.
Bila produk tak dapat sambutan, nanti akan jadi isu lain la pulak.
Mula lah bukak ruangan gosip.
"Dia tu jual barang sama je macam aku jual tapi laku gila, mesti barang dia sebenarnya tak ori sebab tu jual murah. Mesti dia jual barang dah nak expired. Bla bla bla..."
Formula tu salah.
Kalau nak start bisnes, better start dengan FB page. FB ada bagi banyak kemudahan untuk kau advertise bisnes. Tapi macam biasa, kena keluarkan duit sikit. FB pun bukan buat charity.
Kalau nak jugak guna blog, boleh. Mintak tolong bloggers yang dah well-known untuk marketkan produk kita. Tapi, lumrah buat bisnes, mesti ada modal. Jangan ambik kira kos pos ngan kos barang je. Kos miscellaneous kena ambik kira jugak, antaranya marketing. Nak mintak khidmat orang marketkan produk kita, secara lojiknya perlukan kos.
Sebab kita guna khidmat orang.
Kita curi masa orang untuk 'jualkan' barang kita.
Konsep dia sama macam artis-artis endorse produk kat TV. Kita bayar duta untuk apa?
Kerana nilai marketing yang ada pada dia.
Adekah semua tu FREE?
Jadi, kena bersedia.
Walaupun khidmat free tu memang best, jangan expect semua orang boleh bagi khidmat masyarakat.
Kalau dia boleh marketkan produk kita FOC, itu rezeki.
Jangan pertikaikan orang ni baik, tolong iklankan takyah bayar pun. Orang kat sana tu caj cekik darah sampai ratus-ratus.
Kalau mampu bayar khidmat orang, bayar.
Kalau tak mampu, carik alternatif lain.
Mengutuk bukan option sebab ia takkan menyebabkan produk kau dikenali pun.
So jangan buang masa mengutuk orang.
Tang publish gamba suami.
Hmmm...tak penah pulak aku terfikir pasal santau-menyantau ni.
Blogging je kot. Blog aku ni pun bukannya ramai nau baca. Yang tau tu tau la. Yang tak tau lagi ramai. Lagipun aku bukan blogger tegar jenis yang kerjayanya memang blogging, income utamanya blogging, sehari 3-4 entry. Aku blog bila terasa nak. Ada masa, tulis. Takde masa biaq pi la. Ada gamba letak, takde gamba tak letak. Kalau nak santau laki aku buang masa je. This man old one you knowwww. Face like ok only, no money one you knowwww.. You cannot find young man already huh? Old one also want huh? *sambil pakai spek itam*
My advise, don't worry pasal haters.
Lagi-lagi haters yang follow your blog.
They are not haters, they are your avid readers.
It is just that dia tak kenal kau lagi. Kalau dia dah kenal mesti jatuh chenta punya pastu.
Afterall, kita kena ada both likers and haters. Bila ada haters, baru ada check and balance. Baru kita boleh improve. Tak caya ce tengok haters. Dorang improve tak? Hahahah.
Tapi, kalau rasa tak sedap nak publish gamba suami and anak-anak, jangan publish.
Pilihan kat tangan kita. Kalau kita rasa selesa, buat. Kalau tak, jangan.
Blogging is expression.
Expression boleh dibuat dalam banyak cara : bersembang, bergaduh, menulis, melukis...tu semua medium untuk kita express something.
Penulis buat luahan dengan tulisannya.
Pelukis buat luahan dengan lukisannya.
Even baby kalau pampers penuh pun dia meluah dengan melalak.
The word blogging tu is just another word. Tapi kekdah dia sama - express.
So, my answer is, no, you are never late to start blogging.
Tulis je la apa pun. Kalau tulisan kita tu terkesan di hati pembaca, itu lebih baik.
p/s : Esok baru aku autopublish request iklan-iklan yang tersadai lama dalam email. Sape nak masukkan iklan, email aku before 4pm. Tq.