2014-04-08

Bye


Kelmarin aku mimpi ngeri.
Tengah-tengah tido, tetiba mata aku terus tercelik sebab ngeri sangat mimpi tu. Even masa tengah mimpi pun aku berdoa supaya mata aku terbukak cepat, taknak lama-lama stuck dalam mimpi.

Aku mimpi exbf aku!!

Mau tak ngeri??
Dah la dalam mimpi tu dia tetiba dia muncul tak tau hujung pangkal.
Asal-asalnya aku mimpi benda lain, eh tetiba dia wujud pulak. Dalam mimpi tu aku ketakutan bila terpandang muka dia. Boleh la pulak aku cakap "Ni mimpi je ni..cepatlah bukak mata". Tup tup terus sedar dari tido. Berdebar-debar jantung. Selak comforter nak check sape tido sebelah aku. Sekali dibuatnya dia, tak pasal aku terjun dari tingkat atas ni.

Siang tu, time nak sign cheque, aku check date.
HAMAGADDDDDDDDDDDDDDD!!!
Semalam 7 April, besday dia!!!
Tak boleh brain apesal mimpi tu seolah-olah nak bagi aku reminder "Hoih, hari ni besday aku".
Besday laki pun aku kena letak reminder, tetiba besday kau boleh pulak sampai termimpi. Tak ke ngeri tu.


 

Sabtu, kitorang buat farewell dinner untuk bibik Lenny.
Bibik Lenny dah balik semalam, cukup 2 tahun 7 hari dia keje ngan kitorang. Rasa macam baru je hari tu aku gi ambik dia kat Batam. Lenny ni bagus, jenis yang ada common sense walaupun terbabas gak kadang-kadang 2-3 kali. Tu biasa la, semorang buat silap. Tapi Lenny ni jenis boleh diharap. Aku cakap kat dia, kalau oneday dia tergerak nak datang balik keje ngan aku, aku akan letak dia as pekerja kat opis. Sebab dia dah terer dah bab-bab uruskan surat-menyurat ni. Tinggal blom aku ajarkan guna komputer je.

Sebulan seblom dia balik, aku arrangekan hantar satu kotak besar barang-barang dia ke Bukit Tinggi, ocean shipment. Dia datang sini bawak baju 3 helai je, dia balik bawak 3 beg besar. Dah macam balik haji gayanya. Dia ni keje tak berkira, sebab tu rezeki dia murah. Masa kitorang balik Tganu, mak mertua aku buat spring cleaning. Selamba mak mertua aku bagi Lenny set pinggan Noritake zaman-zaman dia gi Jepun muda-muda dulu. Pastu pyrex-pyrex pun mak aku tapaukan sekali untuk Lenny. Mak Aji pulak menjak dah pencen ni baju kurung sutera dia semua dia bagi Lenny. Aku pun takkan nak tengok je kan, haruslah buat gak sessi mengemas lemari. Hari tu Lenny bawak balik 40 helai baju kurung sutera. Aku punya sutera pun tak banyak macam tu. Pastu seluar jeans aku, blouse-blouse mana yang aku rasa 6 bulan tersadai dalam lemari tak berpakai, semua aku bagi Lenny. Mula-mula hari tu aku nak jual murah baju mengandung aku, tak jadi. Semua Lenny angkut bawak balik. Clean and clear lemari. Bagus.

Masa aku buat sale perfume tu pun, aku bukak offer kat Lenny dulu sebenarnya.
Sejak selesa ngan kasut pengawas, high heels aku semua aku tak pakai dah, semua Lenny bungkus bawak balik. Yang best tu, asal aku pi outstation, aku akan belikan dia barang like baju ke, kaftan ke, seluar, semua tu dia tak pakai, dia simpan nak bagi souvenir pulak kat orang kampung.

Masa kat Jepun, courier service from Indonesia call bagitau barang dia dah selamat sampai kat Bukit Tinggi. Aku balik hari tu Lenny bagitau "Madam, betul kan Madam, kalau kita tak punya (harta), orang tak pandang kita. Bila kita punya, ramai pulak saudara aku".
Rupanya, masa kotak dia sampai, orang kampung dah nampak.
Kawasan dia kampung, jarang sangat courier van masuk. Apetah lagi nak nampak van hantar kotak gila bapak besar. Memang besar, dalam 80kg ada kot, sebab charge hantar guna ocean pun RM425. Kalau airfreight memang nangis la nak membayor.
Suami Lenny kata, sejak hari kotak tu sampai, ada je orang kampung datang nak tengok apa isi kotak tu. Lenny cakap kakak ipar dia yang dulu sibuk nak carikkan bini baru untuk laki dia sekarang ni dah berumah bertangga lak kat rumah Lenny ni nak tunggu Lenny balik bukak kotak. Siap call Lenny bagitau kalau majikan bagi baju, dia nak 1-2 helai. Adui la manusia, memang macam-macam. Betul cakap Lenny, time susah memang payah cari kawan, tapi kalau kita senang, ramai pulak ngaku sedara. Ini fakta.

Kitorang farewell kat Adam Lai, Shah Alam. En Wan yang suggest makan sini sebab dia penah makan ngan bos-bos Jepun dia. Boleh tahan, tak mengecewakan. Yang penting very fast service. Padahal full house, tapi makanan cepat sampai.


 Siakap 3 rasa


 Lemon chicken


 Butter prawn


 Kailan ikan masin


 Sotong goreng tepung.
Ni je yang fail.
Sesungguhnya sotong goreng tepung kat LINDA gak yang best.


 Tauhu masak lupa.


 Tomyam campuq


 Betik and honeydew


 Yang belah kanan tudung merah tu new bibik, Bibik Cici.
Aku sengaja ambik sebulan awal, supaya Lenny boleh train dia.
Alhamdulillah setakat ni nampaknya ok.
Malam tu terkebil-kebil dia tengok kitorang makan. Takut agaknya dia tengok orang-orang ni semua macam piranha. Dia kata di tempat dia, nasik makan banyak, lauk sikit-sikit je. Tapi kat sini orang meratah lauk. Lauk terlampau banyak sampai takut nak makan. Nanti insyallah next month kitorang nak berjalan, aku bawak dia time breakfast buffet, tengok dia takut tak tengok makanan dari hujung ke hujung. Hahaha.

 

Bergamba kenangan before hantar Lenny.
Lenny kata "Aku keje di rumah Madam, badan aku macam orang mengandung. Madam selalu masak banyak tapi tak habis makan. Aku jadi tong sampah telan semua makanan"

Abis tu takkan aku sorang je nak gemuk dalam rumah ni. Meh le gemuk sama-sama.
Tadi pagi masa aku nak keluar, Lenny call dari sana bagitau dah selamat sampai.
Aku remind dia untuk buat buku bank sebab si Lenny ni punyalah gamble duit gaji dia balance dalam RM4500 dia suruh kitorang pegang dulu. Selama ni dia pakai bank orang lain untuk hantar duit. Ni dia nak ada akaun sendiri supaya senang kontrol duit. Elok lah aku cakap, bab melibatkan duit ni payah sikit nak dibawak berbincang. Kalau tak kena cara, boleh jadi musuh.

Bibik baru aku, Cici ni advance sikit dari segi blaja. Dia sekolah sampai abis, tulisan pun cantik sikit la dari Lenny. Tapi ejaan sama je....berpeluh aku nak pahamkan. Takpelah, janji boleh tulis. Now pun Cici dah start handle dapur 90%. Aku memang bagitau semua bibik aku, aku taknak kira hal dapur sangat. Kalau aku rasa nak masak, aku turun. Kalau tak, aku akan mintak masakkan apa-apa. Tapi, kebersihan, groceries, barang pasar, semua bibik kena tau from A to Z. Apa yang dah tinggal sikit, kena tulis and pass pada En Wan untuk beli. Jangan sampai dah kering baru nak bagitau, besar harapan aku bertukar jadi naga jadian. Well, ada orang pilih untuk take care of everything, tapi aku praktikkan untuk delegate kerja and tanggungjawab pada orang lain supaya kita boleh fokus pada benda yang lebih penting and perkara yang lebih memerlukan pengawasan and kepakaran kita.
Fuh, penat aku susun ayat ilmiah.

Sedih memang sedih bila Lenny balik.
Masa Lenny salam aku mintak halal makan minum, aku tahan-tahan je airmata.
Time Lenny peluk mak, mak aku dah berjuraian, En Wan ngan aku lari pi tempat lain sebelom kitorang berderai sama. Tapi masa solat Maghrib, berderai jugak airmata aku. Terbayang-bayang Lenny ketuk pintu bilik bagitau "Madam, lauk dah siap".
Kalau seblom dia masuk tido, dia akan tanya aku if aku nak susu ke, teh o ke apa ke.
At the same time aku tergelak jugak bila ingat balik dulu masa baru-baru keje sini En Wan tanya dari atas "Bik, ada nampak pemadam Redza tak?"

Lenny jawab "Madam? Ya, Madam ada di atas"

Haru betul.

Bye and thank you Lenny.
Welkam Cici.