walk on wings, tread in air: Vistana Penang - rebranding <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Vistana Penang - rebranding
2014-03-12

Now dah ada kat rumah.
Macam nak demam je rasa. Maybe sebab penat kot. Sat gi nak telan ubat pastu tido.
Maka dengan ini, saya telah merasmikan Jambatan Kedua :)
Tapi sebab jerebu so view pun tak berapa nak cantik sangat. Nak benti kat tepi untuk snap gamba pun tak dapat, dorang letak penghadang. Dengki le tu orang nak ambik gamba. Tapi takpe, insyallah bila-bila nanti boleh lalu lagi. Tak lari jambatan dikejar.
Bila lalu jambatan kedua ni baru aku perasan belah kiri (nak menghala ke island), rupanya banyak gila bot-bot nelayan and macam ada rumah-rumah kecik terapung atas tu. Kalau ikut jambatan pertama kiri kanan clear je, payah nak nampak bot.


Ni je la gamba dapat snap sebab tengah drive kan, tak dapat nak snap cantik-cantik. Harap kat sebelah tangan je.


Sampai island around 12 kalau tak salah. Terus ke Vistana sebab aku bawak Pak Aji and Mak Aji sekali, so aku nak letak dorang kat hotel dulu baru aku leh gi keje. Nasib baik bilik memang dah ready, takyah tunggu kul 3pm. 

Vistana dah re-branding.
Management masih sama, cuma bos bertukar. Bilik banyak yang belum siap.
Dulu ada bilik superior, deluxe and executive deluxe. Kalau exec deluxe ni selalunya yang aku perasan, tempat tinggal pilot-pilot MAS. Now, dah takde deluxe and superior. Bilik paling murah exec deluxe. Dorang tengah siapkan deluxe suite and another one apa ntah. Family room kot.

Kalau ada urusan keje, memang aku akan duduk kat Vistana.
Selama ni, berpuluh kali aku duduk sana pun, takde sorang pun staff yang perasan aku regilar customer. This time, masa aku nak check in, terperanjat bila staff tu tanya "Lama dah tak stay sini, Cik Diana". 
Wow...sejak re-branding ni dorang semua kena memorize customer history ke apa?

Pastu masa dia bagi kunci, dia bagi complimentary lunch.
Walahweiiiii...selalunya dapat welcome drink je. Belum pernah lagi mana-mana hotel aku pegi baik dalam or luar negara yang bagi complimentary lunch.
Dia cakap dia bagi berdasarkan rekod aku ke Vistana. Ok, ini sudah bagus.
Masa aku patah balik ke kereta, agaknya dia perasan Mak Aji and Pak Aji keluar dari kereta.
Dia keluar ke depan and tanya berapa orang semua. Aku cuak. Ye la kan, bilik tu untuk 2 pax je, mana la tau dia nak charge extra. Aku cakap 3 orang.

"Ok, saya bagi complimentary lunch for 3 ya"

Pehhhhhh.
Nora bagi empat bintang!!

Rezeki...rezeki.







Kalau yang dah biasa stay Vistana mesti tau macamana food kat sana.
Before ni, kalau dapat free breakfast pun, aku jarang turun. Sebab buffet dia lansung tak mendatangkan selera. Very very very very limited choice. Sampai kau tak tau nak makan apa sebab macam takde pilihan sangat. Makan pun sebab dapat free breakfast, bukan sebab kau enjoy the food.

But this time memang best la.
Walaupun tak se-best Bejaya Hotel, Pan Pac KL, Rasa Sayang Resort...tapi aku selalu stay Vistana Penang jadi perubahan ni dah 10 kali ganda lebih baik dari dulu. Dah la dapat lunch free kan...heheh.
Rasa tenang sikit hati tinggalkan Pak Aji and Mak Aji kat hotel, sebab dorang dah kenyang-kenyang makan.


Aku terkam ini dulu....2 bijik terus!
Sedap nak mampus.


Begitu terib sekali Pak Aji siap alas napkin kat riba.
Aku terlalu enjoy mentekedarah sampai tak nampak meja ada napkin. 
Boleh pulak aku keluarkan tisu dari dalam beg.


Second plate.
sayur campur, spagetti, lamb, mashed potato, beef masak kicap.


Third plate - puding roti oren


Fourth plate - ni sebenarnya pasemboq tapi sebab aku tak reti makan yang lain-lain, jadi aku pilih tauhu and timun je.



Ni bilik dia.

Bilik exec deluxe ni macam dia downgrade kat sikit. Dulu exec deluxe ada cleopatra sofa. Kalau masuk 3 orang takde masalah sebab sorang boleh tido atas sofa tu dengan sangat selesa. Bilik air ada bathtub. Now, dia ubah. No more cleopatra sofa, and no bathtub. Tapi dia bagi new shower yang shower rain headnya melekat terus di ceiling dan besar.

Malam semalam, ada benda yang pelik lagi sekali berlaku kat aku.
Buat kali keduanya, dalam masa 3 hari, aku mengigau.
Hari tu mengigau kat rumah, En Wan terkejut dah 13 tahun tido sama baru first time nampak aku mengigau. Gara-gara fobia dengan flight.
Semalam, Pak Aji and Mak Aji sampai terbangun dari tido, nyaris tak kena heart attack.
Mak Aji kata, mula-mula dia tu dengar aku macam mengerang.
Tetiba aku pekik kuat sangat.
Aku mimpi flight aku terhempas.
Ya Allah, fobia aku ni dah jadi troma agaknya.
Aku banyak sangat fikir pasal MH370 ni kot. Macam terasa-rasa aku ada dalam tu.
Maybe aku masih terbayang-bayang kalaulah training kat Beijing tu jadi, entah-entah aku ada sekali dalam flight tu.

Aku perasan kali ni drive ke Penang, aku banyak memerhati keliling. Aku perhati kiri kanan tengok hutan-hutan bukit-bukit, mana la tau kot aku nampak apa-apa yang berkaitan dengan MH370 kan. Concern yang melampau, sampai membawak ke tido. This is not good...not good.
Minggu ni En Wan nak bawak aku jumpa dokter. Mintak dia check sikit kepala otak aku ni dah kena apa. And aku nak mintak ubat pengsan sekali time naik flight nanti.





Ni breakfast aku pagi tadi.
2 plate je, yang roti jala tu Mak Aji punya plate.
Tak dapat nak enjoy food sangat sebab period pain, pastu appointment aku awal pulak pagi ni.

Lepas habis keje, aku call Mak Aji mintak tolong packan barang-barang aku sebab aku taknak naik atas dah. Aku nak settle bil pastu terus balik. On the way balik seb baik tak terbabas. Masa aku overtake lorry, time tu pulak tayar lori tu nak meletup. Kuat gila. Nasib baik lori tu tak membuang ke tepi and nasib baik aku tak terbabas. Tapi seperti biasa, pekikkan aku la yang paling kuat sekali. Aku rasa kalau lagi lama Pak Aji and Mak Aji duduk dekat ngan aku, dorang leh dapat heart attack. Asik terpekik je keje aku ni.

Oh yes, thank you kepada reader yang invite untuk dinner and volunteer nak bawak aku round-round. Sorry, kali ni tak berapa ada mood nak berjalan. Balik keje je terus mengadap depan tv nak follow story MH370. Lagipun nak rest sikit. Fenat. Thank you to all, maybe next time ya.






posted by aveo757 @ 10:20 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER