walk on wings, tread in air: New bibik <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

New bibik
2014-03-14

Today hari yang gembira.
Berjaya lock one more deal - instrument utk government agency. Aku terlalu nak sangat win this instrument sebab instrument ni akan dijadikan modal untuk aku attack agensi yang sama di 7 buah negeri lain. Yang amazing tu, instrument yang berjaya dijual adelah instrument yang belum lagi di-trained. Sepatutnya akan ada training untuk this new instrument di Beijing bulan ni, tapi tak tau kenapa dorang pospon. Disebabkan aku gelojoh, maka aku telah propose jugak instrument tu kat customer. Sekali pagi ni dapat call, customer dah issue PO untuk instrument tu.
Ok, now gelabah activated.

Nak tak nak aku kena ke Beijing jugak nampaknya, tapi aku sedang usahakan untuk tak payah pegi (kalau boleh la). See if Beijing boleh conduct training thru webinar ke apa ke. Lagi senang, takyah aku pegi kan. Buang duit lagi nak bayar flight, bayar hotel lagi.
Cewahhh. Banyak la alasan aku kan. Padahall.

Aku belum ada mood nak fly sebenarnya ni (penah ke aku ada mood nak fly??)
Nak fly next week ni pun sampai ngigau-ngigau jadiknya. Masa-masa macam ni la tetiba aku rasa cam nak jadi surirumah.
Takpe...itu kita cerita kendian. Apa-apa pun, alhamdulillah sangat-sangat.

Oh yes.
Aku ada new bibik :)
Baru ambik Ahad lepas. Lenny dah nak habis kontrak 2 tahun April depan. Jadi, aku nak kena biasakan new bibik dengan tugas-tugasan dalam rumah. Nak kena biasakan dengan si Rayyan tu. Bibik baru aku nama dia Cici. Gitu. Comel kan nama dia? Hahaha.
Umur 40an. Married, ada 4 orang anak. Ni first time dia datang Malaysia, tapi kat Indonesia dia penah jadi bibik jugak. And penah buat jualan kuih-kuih. Masa aku dengar dia menjual kuih, ok lega. At least dia jenis yang dah biasa memasak. Senang aku nak ajar lauk-pauk sini sebab basic memasak dia dah tau. Takde la macam bibik Ida aku dulu, pegang pisau pun tak reti. Tapi pegang remote Astro cukup pandai.

Aku sengaja ambik dia awal supaya dia tak rasa terasing kat rumah ni.
Buat masa ni Lenny masih ada, jadi sementara Cici nak get use dengan suasana baru, takde la dia homesick ke apa ke kan. Agen ni mintak RM7K. Tapi 5 bulan takyah bayar gaji. So takde masalah kalau aku nak ambik Cici awal pun sebab aku takyah bayar gaji dia dulu. Jadi tak lari budget pun walau ada 2 bibik at home. Kalau bibik korang 3 bulan lagi nak balik, korang dah boleh carik new bibik now and once ada bibik, ambik je bawak balik sebab takkan ganggu budget kau pun. Gaji dia takyah bayar lagi sehingga tempoh yang ditetapkan. Cuma pastikan new bibik tu tau gaji dia memang agen ambik awal-awal. Kau cakap depan-depan dia and agen. Biar dia dengar sendiri dari mulut agen yang gaji dia kena potong 5 bulan. Jangan jadi macam kes Lenny and bibik Jamilah. Agen tu hamlau tak bagitau dorang yang gaji dorang bakal dipotong. Sikit hari je lagi tu Lenny nak balik taknak keje sebab takde gaji. Dia ingat kitorang yang taknak bagi dia gaji. Last-last kitorang pro-rate gaji dia supaya start dari bulan pertama dia dapat gaji. Aku takde hal sangat, janji kau buat je keje. Alhamdulillah dah nak habis tempoh 2 tahun dah pun dia kat Malaysia.

Bibik Cici ni sebenarnya dia sempat keje sebulan kat Ipoh.
Tapi lepas sebulan agen dia ambik balik sebab Cici mintak tukar. Aku tanya kenapa mintak tukar. Dia cakap dia kena basuh anjing 2 kali sehari, lepas tu kat rumah tu hari-hari menu pork. Jadi disebabkan majikan tak sediakan kitchen utensil khas untuk dia masak makanan dia, hamba Allah ni kena mentekedarah maggi in a cup sebulan. Takkan nak telan maggi sampai 2 tahun kot kan. Mujur majikan bekerjasama nak hantar dia cara baik kat agen, and mintak replace yang baru. Aku harap dia selesa la keje ngan aku. Now ni masih slow-alow lagi keje. Belum biasa. Ataupun maish homesick kot. Biasa la tu. Semua bibik-bibik aku dulu pun baru-baru sampai macam tu je. Keje slow, banyak termenung. Takpe...kita tengok dan lihat je nanti.

Sesape nak carik bibik boleh contact agen ni : 019-5633501 (Kak Aan).
Kalau dia tanya mana dapat nombor, takyah la sebut nama aku. Bukan dia kenal pun. Cakap je la ada orang bagi.




posted by aveo757 @ 10:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER