2014-03-30

Berempat only


Malam yang kitorang keluar ke Senso-ji Temple tu, kat lobby jumpa Mario Brothers. Hahaha.
Kelakar gila dorang ni. Tak sangka Mario Brothers pun duduk hotel ni. Sempat la kitorang bergamba ngan dorang. Malam tu memang keluar berompek je sebab Mak Aji nga Pak Aji dah gila flat. Jalan pun dah menyeret je, tak larat. Pasni aku hanya akan ajak dorang join travel kalau pakai pakej, kalau free n easy macam ni, aku tak ajak dah. Kesian dorang kena ikut kitorang. Laki aku tu kalau dah start bejalan memang payah nak benti.


 

Everytime lalu depan restoran ni, aku rasa cam nak masuk je.
Makanan yang dia display sangatlah tempting. Kalau halal, dah lama aku masuk.


Ni la satu-satunya baju yang aku beli khas sempena nak datang Japan. Jaket berbulu.
Tu pun En Wan paksa aku beli. Beli kat Subang Parade. Gila tebal. Cukup tak berkenan aku. Dah macam dugung dari jauh.


Dari hotel aku nak ke temple tu naik JR turun kat Asakusabashi.
Pastu naik pulak subway sampai ke Asakusa.


 
 Panglima ni memang kuat tido kat Jepun.
Macam terkena sumpahan ninja. Pantang masuk train, membuta.
Aku dari seblom pegi lagi dah suggest En Wan bawak stroller. Sebab aku paham sangat En Wan ni punya style melancong. Dia tak kira waktu makan and tido. Tapi dah dia kata takyah, biar dia dukung, maka silakan dukung.


 

Ayah yang over...
Cantik jalan nak masuk ke kawasan temple.
En Wan kata lagi cantik pegi waktu malam.


 Lobby hotel.

Ahad pagi, serang Tokyo Disneyland.
Tapi again, kitorang empat beranak je. Pagi Ahad tu Mak Aji kena diarrhea, pastu Pak Aji suara pun dah serak macam nak demam. Perubahan cuaca agaknya. Mak Aji pulak cakap dia minum green tea. Tak serasi kot, habis satu badan detox. Sampai lembik badan cirit-birit. Kebetulan En Wan bawak pil chik kit teik aun, baru lega. Ni la agaknya hikmah kenapa masa kat Matta melilau kitorang carik tiket Disney tak jumpa-jumpa, rupanya Tuhan tak kasik beli awal-awal. Kang rugi duit 2 tiket burn.


Dari hotel nak ke Tokyo Disneyland, naik JR sampai Ochanomizu station.
Kat Ochanomizu transit naik JR ke Tokyo station pulak. Tak lama pun, a few minits je.
Dari Tokyo tu naik JR ke Maihama station pulak. Maihama ni memang stesen untuk ke Disneyland. Kau turun-turun stesen Maihama je dah masuk Disneyland terus.


Mak, Batman dan Superman, tak boleh dipisahkan.


Bapak feeling-feeling bujang...



Ni lagi satu view yang best.
Everytime naik escalator, aku suka tengok view ni - semua dengan disiplinnya, berdiri hanya di sebelah kiri. Kanan hanya untuk 'memotong'. Nak naik escalator pun tetap beratur, sikit tak berpusu-pusu. Takde kau nampak orang menyelit masuk dari tepi. No. Kalau nak menyelit jugak, maknanya kau kena masuk lorong 'memotong' dan plis jalan. Jangan buat selamba tapir diri tegak kat lane kanan ya.

Tapi kalau kat Osaka lain pulak.
Lorong 'memotong' dia belah kiri.
Aku tanya En Wan apesal Tokyo ngan Osaka lain-lain style dia?
En Wan kata Osaka memang tak geng ngan Tokyo. Hehe.
 

 
 Ni stesen Maihama.
Turun stesen terus masuk Disneyland. Mudah. Tinggal lagi kena ada orang yang pandai baca train route, kalau tak, besar harapan kau sesat.


Tepi Maihama ni, ada Bon Voyager Giftshop.
Those yang tak masuk Disney tapi tetap nak dapatkan merchandize dari Disney, boleh je masuk shop ni. Gift dari semua jenis karakter Disney ada jual kat dalam ni.


 

Cuaca kat Disney baik. Walaupun panas tapi sejuk tahap menggila.
Cuaca macam ni la best kalau pi themepark. Ketiak tak berlengas. Macam aku pi USS and Legoland, ya ampunnnn, berlendir. Walaupun time pi Legoland hujan, tetap badan berpeluh sebab hawa panas tu still ada.



Salah satu hotel yang ada kat Tokyo Disneyland.
Kali ni sangatlah frust sebab tak dapat stay kat Disney Hotel.
Aku dah berangan nak stay kat Pied Piper Room. Tapi date kitorang datang ni memang Disney Hotel semua fully book. 

Frust frust frust!

Bila takleh check in hotel, maknanya kitorang takleh stay Disneyland sampai malam sebab kat sana takde tempat nak solat. Macam kat HK dulu, kitorang dapat stay Disney Hotel, jadi tengahari boleh balik rehat makan and solat pastu sambung balik petang sampai ke malam dapat tengok fireworks.
Nasib baik parade start pukul 3.15pm, habis je parade terus zassssssssss balik.

Korang kalau nak pegi Disneyland, lebih cantik stay sampai malam.
Fireworks memang cantik. Masa kat HK aku dapat tengok pueh hati. Kat Tokyo maybe lagi cantik fireworks dia, so pastikan dapat stay Disney Hotel ya.


Dari stesen Maihama, dah tak jauh nak masuk ke Disneyland.
Jadi kitorang tak naik Disney train ni.
Kitorang naik train ni the next day masa nak pi Disney Sea sebab jauh sikit ke depan. 
Nak menapak berpeluh kang.


 
Apa-apa hal kena inspect bag dulu.
Suprisingly, Tokyo Disneyland allow food!
Macam HK Disney, tak allow. Habis semua dia campak keluar. Teringat dulu kitorang bawak nasik. Sayang punya pasal, terpaksa la marathon perabiskan nasik dulu depan gate before masuk. So ingatkan the same rule applied kat Tokyo, rupanya tak. Aku ye ye je cover makanan budak-budak ni dengan telekung. Punyalah takut kena campak keluar. Rupanya beg En Wan yang terang-terang penuh makanan pun dia lepaskan je. Bagus la Tokyo Disneyland. I laf u.



Disebabkan tiket Disney kat Matta Fair hari tu takde, jadi kena datang awal-awal sebab takut kena beratur panjang nak beli tiket. Alhamdulillah, memang awal kitorang sampai, queue belum panjang lagi.




Kitorang beli untuk 2 hari sebab besoknya datang lagi untuk ke Disney Sea pulak.


Panglima Batman ni pantang aku pegang tiket, semua jadi "Adik munyer"


So this is Rayyan's 1st Disneyland :)


Yes, inilah yang aku cari-cari!
Tak kosser aku nak mendukung si Rayyan ni ke hulu-hilir. Rayyan ni kalau dilepaskan, dia terus berlari. Aku ni dengan bawak beg segala, tak larat nak mengejar dia. Kang ada yang nampak aku bergulung-gulung atas tanah. Jadi, stroller adelah sangat penting!



 

Tapi yang klaka, Rayyan lansung tak excited masuk Disneyland. Muka dia sardin je. Siap menguap-nguap lagik. Dia tak macam Redza. Redza so excited sebab Redza memang tengok cartoon networks. Jadi dia kenal karakter-karakter semua. Rayyan ni tak layan cartoon networks, dia layan Upin and Ipin je. Jadi, bila nampak the characters, dia blur. Yang terkinja-kinja cuma kitorang tiga orang je.

Memandangkan Rayyan pun tak kenal Mickey Mouse, pastu Redza dah puas bergamba ngan Mickey masa kat HK dulu, jadi kali ni kitorang tak bergamba sangat ngan karakter Disney. Snap dari jauh je.



Ni contoh manusia yang overrrrrrrrrrrrr excited.
Kepala tak muat pun tenyeh jugak bagi muat topi Daisy Duck ni. Dasarrrr.
Tapi kat Tokyo Disneyland ni, one thing yang aku perasan, yang memenuhkan tempat ni semuanya rakyat dorang gak. Tak ramai pelancong luar. Tak macam HK. Ramai foreigners. Aku tanya En Wan apesal penuh ngan rakyat dorang je? Rakyat dorang ni tak reti melancong negara lain ke hape?

En Wan cakap, Japanese ni very proud of product dia and segala yang ada dalam negara dia. Dorang support their country. Lagipun, negara dorang apa aje yang takde? Hampir semua yang ada kat negara orang, ada kat negara dia. So buat apa pi negara luar. 

Hmm...make sense.

Memang beza HK Disney and Tokyo Disney.
Kat Tokyo 80% yang masuk tu akan pakai topi-topi karakter Disney. Dah la topi-topi tu gabak-gabak. Dari jauh aku konfius samada tu memang kepala Mickey Mouse atau topi. Sebab semua orang pun macam pakai. Meriah sangat.


Barulah selesa nak berjalan bila panglima dah masuk dalam stroller.
At least, dia nak minum susu ke, nak tido ke, dah settle satu masalah.




Laki sape ni?



First ride, of cos naik train.
Pusing-pusing satu Disney check apa ada. Pastu kendian baru decide nak gi mana.
Tapi kalau dah nama bawak budak kecik ni, memang takde la nak naik ride yang heavy-heavy sangat. Lagipun kau ingat aku yang dah tua bangka ni berani nau nak naik?? Takde de.

Kalau bawak aku masuk Disneyland ni, memang aku habiskan masa untuk ambik gamba je la.
Dari dulu pun aku tak berapa minat sangat nak join main-main segala.
Zaman dah berlalu kot.

Ni semua view yang aku snap dari dalam train....



Feri tu boleh naik, tapi tak naik sebab queue panjang.
Tokyo Disneyland ni ada 'pulau'.
So kalau nak ke pulau tu kau kena la naik feri ni.






Train masuk dalam tunnel.
Dalam tunnel ni ada dinasours. Tapi sebab gelap, aku tak nampak button video. Kalau tak, boleh ambik video tengok dinasour lawan-lawan.




Siapa penah tengok cerita Swiss Family Robinson yang buat rumah atas pokok?
Kat Tokyo Disneyland and Paris Disneyland je ada Swiss Family Treehouse. Kalau kat HK Disney, takde. Dia ada Tarzan's Treehouse. Jadi, boleh la feeling-feeling Swiss Family kat sini.

Ada satu lagi cerita time kecik-kecik dulu aku tengok, something like Swiss Family ni jugak tapi lupa apa tajuk dia. Best gak cerita dia. Selalu tayang Jumaat tengahari. Kisah dorang stuck dalam pulau jugak. Pastu dorang try tu build hut. Suka gila tengok hut dorang. Kiut je buat dari daun and ranting-ranting. Yang scene paling aku ingat sampai skarang adik-beradik dorang ken asedut masuk dalam sedut tapi boxer tertinggal, tak disedut sekali. Bangang.

So ni, the Swiss Family Treehouse...


Dining area


Living Hall


 
 Dapur


Laluan nak ke bilik Robinsons



Turun ke tempat kincir air Robinsons
Banyak gamba aku snap kat treehouse ni tapi malas letak.


 

Eskrim yang sangat kiut.
Bentuk kepala Mickey.


Lepas tu, kitorang masuk Country Bear Theater.
Punca masuk sini kan sebab Rayyan nak tido.
Jadi kitorang perlukan tempat yang gelap dan sedap lagi empuk untuk relax-relax sambil tido and susukan Rayyan. Show kat dalam ni punyalah kuat dengan lagu-lagu segala tapi Rayyan tetap tenang membuta. Takde hal.


Dalam ni takleh snap gamba tapi biasa la kan kalau dah namanya bawak pailang masuk.
En Wan tetap snap gak curik-curik.




Oh lagi satu kan, semua show kat sini in Nihongo.
Kalau kau tak paham, dia pedulik apa. Gitu. Dia belasah perform dengan bahasa dia jugak.
Berbeza dengan HK Disney, dorang pakai English.
Maybe that explains why kat Tokyo Disney tak ramai foreigners. Hahaha.

Aku bawak translator, nasib baik. Jadi, En Wan akan translate untuk aku. Tapi kureng sikit la feel dia sebab orang lain semua dah habis gelak, aku baru nak start gelak sebab kena tunggu En Wan translate. Tapi tetap enjoysssssss.


Ni kat pintu masuk tribal theme park kot.
Tak masuk sebab waiting time 2 jam. Larat kau nak beratur??