2014-03-17

Matta Fair 2014


Beginilah keadaan manusia kat Matta Fair, pagi Sabtu lepas.
Aku rasa dah sampai awal dah. Rupanya ada yang lagi awal. Dorang yang duduk depan sekali tu mesti berumah-bertangga sejak malamnya. Barisan dah panjang meleret-leret sampai melengkung-lengkung masuk ke meeting hall semua. Tapi tak lama mana pun. Bila kaunter bukak je, memang laju habis. Kitorang pi sana sebab nak beli tiket theme park je pun, so tak lama lepak sana. But sempat la usha-usha next vacation. Padahal takut naik kapal terbang tapi aku yang lelebih tarik En Wan ke sana sini ambik brochure.


Sempat tulis kat wall ni.
Masa aku tulis ni belum banyak lagi. Time aku nak balik, tengok wall ni dah penuh gila sampai takde tempat nak tulis.



Boleh lak terjumpa mamat ni kat sana.
Ni junior En Wan masa kat Fukuoka, time buat diploma dulu, Omar.

Masa aku gila-gila chat kat ALAMAK, aku lagi rajin borak ngan Omar ni dari En Wan. Ada lagi sorang lagi junior En Wan yang aku rajin sembang, lupa nama dia. Omar ni sama umur ngan aku, so nak sembang tu macam selesa sikit, banyak la benda yang boleh disembangkan sebab sama umur kan. Ujung-ujung baru aku tau En Wan ni sekolej dengan dia. Lepas tu kan tetiba si Omar ngan sorang lagi member dia tu hilang je dari pandangan aku. Kalau nampak kat chatroom pun macam tak tegur sangat. Rupanya En Wan dah sound budak-budak ni dia nak ngorat aku, so yang lain sila bagi laluan. Ceh, bajet awek ko hot sangat semorang nak tekel. Perasan gila okeh.

Wife Omar ni pulak coursemate and housemate adik aku masa kat UTM Skudai dulu.
Omar ni pulak satu batch ngan adik ipar aku.
Pusing-pusing kat situ je la budak-budak Jepun ni. Tak lari mana.

Aku ingat lagi masa trajedi aku-exbf-En Wan, aku dah nak back off dah. Sebab macam malas gila nak melayan perangai sakit jiwa exbf aku tu, so aku cakap biar la aku couple balik ngan dia. Sebab dia tu kalau dah gila suka nau menyusahkan semorang. Tak pasal semua terbabit sama. Jadi, aku malas nak menyusahkan orang, aku cakap kat kawan aku Muni, tolong email En Wan cakap aku nak couple balik ngan exbf. Tak lama pastu aku dapat email dari Omar - "..tak baik kau buat Wan macam tu. Kitorang sampai tak tau nak sembang apa ngan dia dah. Diam je. Pegi motoshow pun menung"

Pegi motorshow menung??
Dulu laa...
Skang ni aku yang menung melayan dia kat motorshow.


Vacation ke Japan ni kitorang tak book melalui Matta.
Kitorang book sendiri-sendiri.
Book flight sendiri, carik hotel sendiri, pikir nak pi mana sendiri-sendiri. Sebab En Wan dah biasa kat sana, insyallah takde masalah. Lagipun lagi mudah kot jalan sendiri.
Reason pi Matta ni sebab nak beli siap-siap tiket Disney, tiket USJ and tiket shinkansen.
Kat sana kang, takyah beratur panjang, terus masuk entrance je. Jimat masa.
Tapi cuma dapat tiket shinkansen ngan USJ je. Tiket Disney kena beli kat Jepun. Patutnya tiket tu memang boleh beli kat Matta tapi disebabkan bulan April ni Disney akan naik harga, jadi dorang tak produce tiket buat masa sekarang. Dorang akan bagi voucher je dulu, but still kena tukar voucher tu kat Disneyland nanti.


JR Pass.

JR Pass ni khas untuk foreigners.
For foreigners, pass ni mesti dibeli kat sini dulu.
Kitorang beli ordinary pass dulu. Kalau tetiba kat sana sawan aku nak naik 1st class shinkansen tetiba timbul, baru upgrade. USD268/person, untuk kegunaan 7 hari. Boleh la. Takyah la aku panjat bas.
Kalau 1st class USD358/person. Sila buat pilihan anda.



 Rupanya ramai student Jepun yang keje kat travel agency.
And yang pelik tu, dorang lagi fasih cakap Jepun dari cakap Melayu. Termasuklah laki aku ni.
Rilek je bersembang nihongo. Aku? Nganga.
Takpe...takpe....nanti aku jumpa Sarawakian, kau dengar la aku speaking pulak. Buntang-buntang la mata ko nak pahamkan.