walk on wings, tread in air: Signature <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Signature
2014-02-08


Sape dulu penah ada signature macam ni?
Tak salah aku, ada satu tahun tu (time skolah), tengah trend style sign bentuk macam musical note tu.
Aku pun taknak kalah.
Sampai empat sekali bentuk musical note aku letak.
Pastu signature mesti nak panjang-panjang, konon biar orang payah nak tiru. Ntah sape nak tiru sign kau ntah.

Aku jumpa gamba lama, pastu tengok belakang chewahhhh siap ada sign bagai.
Tak sure la aku nak bagi gamba ni kat sape siap ber-sign bagai.
Yang pastinya signature memang poyo.
Dan signature aku bertukar setiap tahun until umur aku 18 tahun, nak bukak akaun ASB, baru aku kekalkan signature sampai skarang. Tu pun aku menyampah tengok signature sendiri. Series tak tipu. Aku tak suka signature aku. Disebabkan tak suka, aku cuma guna signature aku time nak sign cheque je. Other than that aku pakai initial. Dan initial aku pun serupa sampah jugak. Janji ada huruf D.

At least aku ada la nampak huruf D-nya.
Signature En Wan lagi aku tak paham - AYIES.
Kenal sape AYIES???
Ntah, aku pun tak kenal.
Tapi memang tu la signature En Wan.
Aku syak ni gabungan nama dia ngan ex-awek dia dulu. Tapi celah mana nama dia dalam perkataan AYIES tu pun aku tak tau la. Mungkin jugak gabungan semua nama-nama ex-awek dia.

Signature paling senang nak tiru adelah signature bapak aku.
Disebabkan signature yang senang ditiru tu la maka aku berbahagia outing every week time asrama dulu. Main sign sendiri je buku outing. Kakakaka. Pastu Mak Aji dapat tau aku sign sendiri buku outing PANGGGGGGGG pelempang satu kali.Tapi tak kisah. Janji aku boleh balik rumah tetiap minggu bawak balik baju kotor basuh kat mesin. Tak kuasa aku nak menyental kat dalam sink.

Walaupun sign Pak Aji aku boleh tiru, aku tak penah sign report card sendiri.
Report card walau result macam bangsat, aku tetap yakin hulurkan card kat Pak Aji. Sebab Pak Aji ni jenis yang boleh dibawak berbincang. Yang tak boleh dibawak berbincang yang lagi sorang tu. Hahahha.
Yang tu aku belum hulur report card lagi dia dah standby libas-libaskan bulu ayam ke lantai. Memang takde la aku nak tunjuk.
Seingat aku, sepanjang sekolah, ada sekali aku dapat dakwat merah time tingkatan 3 - Geografi.
Aku menyampah gila ngan subjek ni. Tak kuasa aku nak mengingat negeri mana banyak padi, negeri mana banyak kelapa sawit, tanaman hawa sederhana, tanaman hawa sejuk, lingkaran api pasifik, Banjaran Ardes, Banjaran Rocky, iklim mediterranian, kawasan tundra.....oh pelis.
Sebangang-bangang aku matematik, add maths pun takpenah dapat dakwat merah.
Tapi Geografi, guwe serender.
Sebab tu smapai skarang aku bangang baca peta.
Dah pakai Waze pun boleh sesat lagi.

 

Ini pangkal signature aku skarang.
Ada lagi hujung-hujungnya..tapi aku tunjuk pangkal je udah la.

Ada satu hari tu, masa aku dok bersembang ngan sorang member, dia mintak aku tunjuk signature aku sebab dia kata dia nak check if prediction dia kat aku betul ke tak, melalui signature. Aku pun sign je la.

Dia kata huruf "IAN" ada di dalam "D", menunjukkan aku ni seorang yang suka pendam/simpan cerita dalam diri sendiri je.

Mungkin kebetulan je la kan.
Tak elok sebenarnya nak percaya sangat kat tilik-tilik ni, tapi apa yang kawan tu cakap sebenarnya macam betul jugak.

Bila cakap pasal pendam ni, aku rasa benda paling besar penah aku pendam adelah kes kena hempok ngan boifren.
Kalau kita tengok drama kat TV, nak-nak lagi sinetron Bawang Putih Bawang Merah tu. Terasa macam apa ke bangang nau kau ni asik kena buli je?? Tak reti bagitau kat orang ke kau kena buli?
Kan?

Tapi bila kena kat diri sendiri, and aku pendam je kes kena hentak ngan exbf aku dulu dari semua orang termasuk Mak Aji and Pak Aji, aku rasa macam boleh tahan bodoh gak aku ni.
Cuma tak bodoh sangat.
Sebab aku kesian kat dia, kalau aku report konfem kau naik court UNIMAS, pastu kena tendang dari U. Tak ke kes naya. Dah final year kot. Sesia je 5 tahun perabis kat Sarawak sesaje. Orang lain balik bawak scroll, kau balik bawak telo 2 bijik. Seb baik telo jenis yang mendatangkan hasil.

Suka pendam/simpan ni sebenarnya ada baik and buruknya, tergantung how kita handle kependaman tu.

Masalah rumahtangga, selagi boleh simpan, simpan.

Masalah ngan bos, selagi boleh stay, stay. Tak boleh stay, blah. Abis takkan kau nak suruh bos kau  yang blah kan.

Masalah sakit hati ngan member, selagi boleh diam, diamkan. Kalau rasa-rasa nak meletup, jauhkan diri. Konfem pastu kau tak sakit hati dah.

Asal jangan sampai makan diri or meletup dan menyusahkan orang lain.






posted by aveo757 @ 1:59 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER