walk on wings, tread in air: Toreh <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Toreh
2014-02-06


Ada orang bagi aku tengok gamba ni.
Bak kata Juliana Banos, ni namanya CINTA GILA.

Zaman aku skolah rendah dulu, selalu gak nampak orang toreh meja sekolah tulis nama pasangan masing-masing. Yang tu spesis bajet tak banyak, tu pasal takat guna pisau lipat je.
Kalau modal besar sikit, beli liquid paper buat conteng atas meja.
Tapi ni blom benar-benar cinta lagiiii. Belumm. Sebab apa sangat la takat toreh meja kan, bukan boleh bawak balik rumah pun meja tu.

Masa aku Tingkatan 1, ada kes budak laki toreh lengan tulis nama awek. Sape ntah nama budak laki tu, tapi budak perempuannya sekelas ngan aku.
Yang menyedihkan tu, nama perempuan yang ditoreh tu bukan la nama awek dia pun.
Ni la yang dikatakan SAIKO!
Dah habis daya nak tekel perempuan tu tak dapat, takde jalan lain maka kita gunakan tektik untuk dapatkan simpati. Caranya adelah dengan toreh lengan sendiri pastu suruh balaci-balaci canang satu skolah aku cinta gila ngan itu awek sampai sanggup tatoo tangan sendiri. Nasib baik kawan aku tu jenis tak menggelabah. Dapat awek yang gelabah, mesti jam-jam tu terus accept si saiko jadi balak.

Toksah buat keje gila camni la.
Just like gamba ni, what is your point benornya?
Lepas toreh tangan, snap gamba upload kat FB.
Tak ke mintak simpati namanya tu, dengan harapan laki tu gostan balik kat kau.
Kalau toreh diam-diam tak boleh?

Ni ahkak nak komen dari sudut pandangan mangsa seorang penyaiko.
Suatu waktu dulu pun, sorang mamat ni penah toreh tangan dia.
Hajat hati tu nak toreh nama aku. Tapi nama aku panjang nau gamaknya, sempat toreh huruf D je. Tu pun aku syak menjejes airmata dia tahan sakit. Tapi nak saiko punya pasal, toreh la jugak. Kang kalau tak toreh takde modal pulak nak dijadikan alasan untuk jumpa aku.
Yang best tu, masa datang jumpa aku untuk kali terakhirlah kononnya (kali terakhir yang kelapan kali), dia buat-buat garu lengan dia. Saje la nak bagi aku tanya apesal tergaru-garu. Kesian punya pasal, so aku tanya la apesal tangan bengkak. Dia pun tunjukkan bokti chentanya dengan lambang huruf D yang ditoreh tu.

Nak cari simpati?
Sumpah aku takde rasa simpati.
Aku rasa tak selamat lagi ada.
Orang yang berani cederakan orang lain, belum tentu berani nak cederakan diri sendiri.
Tapi orang yang berani cederakan diri sendiri, konfem sanggup cederakan orang lain.
Dan terbukti telahan aku betul.
Tak lama pastu ngan aku-aku sekali dia nak toreh.

Cuba pikir, apa jenis manusia macam ni asal kecewa je toreh tangan, asal kecewa je nak terjun jambatan, asal kecewa je telan panadol 24 bijik.
Jenis macam ni nak dibuat jadi laki ke?
Esok kawen satu hal aku takde keje lain asik nak menggentel tepi dia, pujuk dia 24 jam.
Sorry la, sikit aku tak kagum dengan nama aku yang kau toreh tu.
Aku lagi cinta kalau kau betul-betul gi menoreh. Setidak-tidaknya ada gak usaha carik duit nak bagi aku makan. Ni kau toreh tangan dapat apa? Dah la aku spesis pitam nampak darah. Sorry bro, lu punya konsep chenta abadi ni tak jalan.

Toreh tangan untuk dapatkan semula balak/awek ni sebenarnya keje gila.
Cuma jenis ni blom berani nak bunuh diri. So dia buat yang light-light je dulu - toreh.
Aku cakap kau, kalau tujuannya nak dapat balik awek/balak, baik kau gi mandrem je la. Lagi senang. Tangan kau pun tak luka.
Dua-dua tu pun cara paling tak macho nak dapat awek/balak.

Jangan buat la keje ni kalau tujuannya nak dapatkan simpati.
Takde de kau dapat simpati. Dapat maki, mungkin.
Kau akan buat awek/balak kau lagi takut nak dekat ngan kau. Lagi buat dorang pikir 56 kali ganda doplohtiga untuk kawen ngan kau.
Like mudah sangat carik jalan penyelesaian.
Asal kecewa, nak bunuh diri.
Asal kecewa nak telan ubat gegat.
Asal kecewa toreh tangan.
Otak tu dah takleh guna sangat ke sampai nak kena ikut hati manjang?

Tu geng-geng frust nonggeng.
Ada jugak yang toreh tangan sebagai bukti cinta kepada pasangan. Yang ni lagi aku takleh brain.
Dah takde benda lain gamaknya nak tunjuk rasa cinta.
Pasangan pun bangga gila balak/awek sanggup toreh tangan bokti kasih-sayang tak berbelah bagi.
Tapi aku syak ni keje zaman remaja/budak-budak je.
Biasalah.
Budak baru belajar pegang pisau.






posted by aveo757 @ 9:04 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER