2014-02-04

Rayyan dah ada kat rumah


Alhamdulillah, Rayyan dah discharged semalam, pukul 2pm.
Nasib baik jugak En Wan pospon travel dia ke Penang 9 Feb ni (Ahad), takde la aku menggelupur nak handle sorang-sorang kan.

SALAM Medical Centre - aku tak rasa aku nak pegi sini lagi.
Actually, En Wan pun kata, SALAM Medical Centre ni, walaupun panel kilang dia, tapi kawan-kawan dia kalau sakit pun taknak pegi sini. Rela pi klinik bayar sendiri. Dorang gelarkan SALAM ni hospital SUSPECT. Manjang je dia SUSPECT. Sikit-sikit SUSPECT.
Macam kes Rayyan jugak la. Sampai suspek meningitis. Nak buat MRI segala.
Report akhir DEMC menunjukkan Rayyan dapat Viral Pneumonia.

Series aku frust sangat dengan dokter kat SALAM.
Aku penah tanya dia depan-depan "Dr, anak saya ni kena Pneumonia ke?"

Dia jawab "No, sebab chest X-Ray clear"

Sedangkan masa kat DEMC, Dr tu tengok X-Ray yang SALAM buat, dia cakap ada lung infection sikit. Ada tompok-tompok, indicates viral infection.

Masa aunty and uncle aku yang dokter tu datang melawat kat DEMC, dia tengok list ubat yang SALAM bagi. Dorang terperanjat bila dokter kat SALAM bagi anak aku antibiotik Gentamycin. Tak sepatutnya bagi Genta sedangkan Rayyan baru masuk wad hari kedua. Effect Genta ni akan merosakkan buah pinggang. Sedangkan lepas bagi Genta, the nurses and dokter sendiri tak penah buat follow up like blood test ke apa ke untuk monitor buah pinggang Rayyan. Series bangang.

Lagi satu nurse kat SALAM ni kurang alert.
Pernah sekali, masa tu aku takde kat spital, aku balik rumah jap. Bibik terperasan darah Rayyan naik ke tiub sebab air dalam botol rupanya dah kering!! Kau tak sakit ati?????

Dah la.
Aku malas cerita panjang la pasal ni.
Dah terkena kat aku, biar aku je la yang menyesal.
Korang kalau rasa nak menyesal jugak, sila la pegi SALAM tu.

Kat DEMC, Dr Ahmed yang jaga Rayyan tetap datang check 2 kali sehari walaupun cuti CNY.
Nurse sangat efisien.
Aku suka servis DEMC.



Murah rezeki Rayyan.
Rupanya yang buat blood test untuk Rayyan tu adelah reader blog ni.
Maap lah dik, ko memang takkan nampak la akak masuk sekali dalam lab tu. Kang Rayyan tak apa-apa, mak dia yang rebah. Aku ni boleh pitam kalau nampak darah.

Masa Rayyan dah sihat sikit, dia pegi cabut drip dia. memancut-mancut darah keluar. Selamba badak "Ma, gatal la..". Pastu garu-garu tempat luka tu. Aku dah loya-loya nak pitam tengok darah menjejes-jejes atas katil. Dia rilekkkk je.


Single Room


 Junior Exec

Masa Rayyan masuk tu, aku mintak single room kalau boleh. Senang sikit aku nak tanggal tudung ke, terkangkang ke, apa ke. Satu malam duduk bilik single tu, nurse cakap petang nanti Rayyan tukar bilik sebab insurans dia layak untuk bilik Junior Executive. Actually tak kisah sangat pasal bilik sebab single room dia pun dah ok sangat.

Junior Executive tak banyak beza dengan singe room, cuma dia ada fridge je. Bilik sama size, cuma nampak lagi cute bilik dia. Tapi tak sempat tido pun kat bilik tu sebab kebetulan room tu aircond ada problem. So, dorang transferkan Rayyan ke Ward Executive. Hahahaha. Rezeki ko Rayyan dapat duduk Executive Ward. Aku bersalinkan ko pun takat ward kelas kedua hospital gov je. Kau lebih-lebih duduk executive ward.


 Exec Ward










Toksah kata Rayyan, dengan bibik-bibiknya sekali taknak balik rumah sebab wad dah macam hotel. Redza lagi la suka siang ke malam duduk sana sebab wifi dia berdesup-desup and Astro pelbagai siaran. Duduk hotel pun tak dapat semua siaran Astro okeh.

Bayar mahal, kalau servis and dokter bagus, takpe.
Yang penting dokter memang sentiasa ada, nurse kerap masuk check Rayyan. Even pukul 4 pagi pun dorang angkat Rayyan yang tengah tido bawak masuk treatment room untuk bagi nebulizer and ubat. tenang hati aku tengok.

Semalam, lepas discharge je, belum sampai rumah pun. Dalam keta je dah start bergasak ngan abang dia. Takpe...aku bagi chan kau nak bergaduh. Biar keluar peluh sikit. Cukup seminggu je aku bagi chan ni. Minggu depan bapak korang takde, berani-berani la buat perangai depan aku. Memang aku bagi berdas-das.

Ok, nak jumpa customer. Bye.