2014-02-05

Wedding Nadia + Kamal


Walaupun Rayyan masuk spital, kenduri tetap pegi okeh.
Lagipun Ahad lepas, Rayyan dah sihat. Dah boleh bersilat atas katil. So, aku ngan En Wan keluar jap pi wedding reader, also kat Shah Alam, tak jauh mana.

Just nice, aku sampai je, pengantin baru nak berarak.
So dapat la En Wan ambikkan gamba. Pulak tu meja aku duduk betul-betul tepi laluan pengantin. Maka, meriah la henfon aku dengan gamba pengantin ni.


Kemain ramai dayang-dayang dia.


En Wan glabah nampak pengantin lelaki.
"Eh, pengantin laki dia Zoey!"
Kenal jugak laki aku ni ngan Zoey.


Kamal & Nadia


Time ni, pengantin lalu betul-betul sebelah meja aku.
Dan aku pun snap banyak-banyak sambil letak henfon betul-betul depan muka aku supaya dia tak nampak. Bajet muka tirus boleh cover belakang henfon, padahalll. 
Pengantin perasan jugak rupanya muka aku ni. Puas aku menyorok. 
Well, muka spesis kembang. Apa nak buat.

Lepas pengantin masuk rumah, aku ngan En Wan pun belasah la nasik putih + ikan masin + sambal belacan + ayam masak merah. Banyak lagi lauk dia. Lauk-lauk kampung. Ada ulam-ulam segala. Pastu ada bubur kacang sekali kot.


Muka macam pompuan carik pasal kat kenduri kawen orang kan?

Time ni pengantin nak keluar rumah ke meja makan.
Aku tunggu pengantin keluar nak bagitau aku nak balik.
Dah makan rumah orang tu takkan nak blah macam tu je kan.


Berani gila En Wan gi masuk rumah pengantin snapkan gamba.
Aku pun duduk luar je okeh tak berani masuk. Kau lelebih. Orang tak jemput masuk pun.



Muka aku pun dah macam muka orang sakit je pi kenduri.
Muka duduk spital namanya.


Aku mati-mati ingat ni cermin.
Ye ye je aku lalu depan ni siap toleh nak betulkan tudung.
Rupanya lubang. Puiiii. 
Tapi bila pikir-pikir balik, of cos la buat apa dia nak gantung cermin kan. Nama pun photo booth.
Apa nak buekk. Kawen aku dulu takde bendalah-bendalah ni. Tu pasal jakun sikit.


Yang beli Ephyra sekotak, sorry handbag organizer dalam tak sedar dah habis.
Aku dah instruct untuk bagi gift lain sementara new gift sampai. Maybe in 2 weeks time baru sampai. Aku pun lupa nak check stock gift sebab concentrate ngan powerbank-powerbank aku.

Contest Testimoni Ephyra.
Ada lagiiii.
Aku tak dapat nak upload testimoni lagi, ada 9 lagi pemenang setakat ni yang aku belum announce. Sabar ya. Those yang nak hantar testimoni pun boleh, silakan.