2014-02-16

Weekend


Rupanya bila dok jauh ni, weekend akan jadi bertambah penat.
Sebab macam tak sempat-menyempat nak spend time together, jadi asik full je denganmacam-macam. Konon macam taknak buang masa je. Bajet outstation 12 tahun, padahal 2 minggu je. Wahahahahah.

En Wan sampai rumah Jumaat malam. Ni lagi sorang, tak sempat-menyempat nak tunggu besok. Dengan baju keje tu jugak dia naik flight. Padahal aku dah cakap next week aku ada keje kat USM, nanti tunggu je la aku datang bawak anak-anak sekali. Taknakkkkkkkk. Nak jugak balik. Eh sukatilah.


Habis macho dah anak aku dengan spek terbalik.
Dan...cantik betul terbentuknya muka aku kan? Macam sfera.
 
Esok paginya, lepas dah settle keje-keje lain, pi IOI Mall. Malas gi jauh-jauh.
Layan Redza main bowling. Disebabkan En Wan nak bawak Rayyan, maka aku kena join sekali. Kang kalau tak join, aku takut tetiba je Rayyan sama duduk sebaris ngan bola-bola bowling.
Tu pun hari tu dia menonggeng dalam lubang nak tengok bola tu keluar kot mana. Ko tu dahi dah la jendul kan. Kalau la bola tu keluar terketuk kat dahi alangkah bertambah cantiknya dahi kau.



Seblom bersukan, kita sapedek dulu.
Alhamdulillah, lepas sakit ni, Rayyan dah kurang minum susu and lebih banyak makan.
Kalau dulu, dia payah gila nak makan. Makan kepok lekor sebatang pun susah nak habis.
Semenjak lepas sakit ni, dia pemakan.
Dah tu semua pun dia balun. Sambal itam yang pedas gila tu pun dia bedal. Aku ingatkan kalau pedas dia stop. Rupanya tak. Dia pedas, dia mintak air. Lepas tu sambung balik makan sampai habis! Kategori tabah jugak la anak aku sorang ni. Kalau aku, dah pedas tu forever aku tak sentuh.

Hari tu kat Pizza Hut, dia makan drummet seketul, orange juice segelas.
Pastu mushroom sup 3-4 sudu, garlic bread satu.
Kira banyak gak la tu untuk someone yang jarang makan.



Percaya atau tidak, 5 hari En Wan takde, berat badan aku turun 2.5kg.
Tapi Sabtu lepas, aku belasah pizza 2 potong, drummet 4 ketul, garlic bread 2 slices, mushroom sup semangkuk, malam bedal nasik goreng sepinggan, eskrim satu mug...hari ni aku tak berani nak timbang badan. Biarlah lemak-lemak itu bersemi semula.

En Wan over sangat kali ni.
Padahal dok jauh baru 5 hari.
Tapi tengok berita pun nak pegang tangan aku. Puiii.
Pastu asal aku tanya nak makan apa, dia jawab " Hmm...nasik goreng Di"..."Maggi goreng Di"
Cewahh, nak makan masakan wife je la konon.
Boleh tak jangan nak cas romentik sangat. Ko nak apa sebenarnya ni bang.

Tapi nampak nau bini tak pandai masak.
Dia request pun yang simple-simple je....maggi yang direquest. Alahai...



Tetap kena sewakan kasut untuk Rayyan. Tapi kasut yang sama size ngan abang dia.
Tapi bagi belon sebijik supaya tak kacau orang main.
Sebab bola lain berat nau. Bola ngan dia sama berat.


Ridz vs Redz

En Wan ajak aku main tapi sorry la. Aku dah lama tinggalkan bowling. Dulu masa kat Sarawak, memang bowling lah yang aku ambik untuk lengkapkan kredit. Now ni malas sesangatnya dah. Nak tengok dorang main bowling pun sebenornya aku malas. Rasa macam lagi best duk atas katil mengangkang baca buku cerita sambil makan jambu colek sambal kicap.


Today guwe ada wedding invitation.
Pengantin adelah reader - Azzah.
Macam biasa, panglima tak boleh dibawa bersama, aku risau je pantang lepa sikit tetiba toleh dia dah ada atas pelamin. Rosak majlis orang kang. Jadi, tinggalkan dorang kat rumah Kak Ngah En Wan. Biar dia mandi kolam.





Tpi tu la, En Wan snap melawan cahaya matahari, jadi gamba semua jadi gelap.
Tak dapat nak snap gamba pengantin. Dapat lambai tangan je. Cannot stay lama-lama also sebab En Wan nak rush balik Penang.

Jumaat ni aku akan ke Penang. Objektif pertama adelah keje.
Plan asalnya nak bawak semua sekali ke sana, keje + cuti sekali.
Tapi En Wan tak kasik.
Dia dah book flight untuk aku sorang je ke sana Jemahat ni. Dia kata nanti dia bawak aku jenjalan makan pasemboq kat Gurney pastu nak bawak aku pi Gurney Mall (ntah ye ntah tak nama ni).
Dia cakap "Kat Gurney Mall tu ada kedai lingerie.."
What the..?????!!!!!!

Until petang tadi aku dok la terfikir apesal dia beria sangat suruh aku pi sana Jumaat ni.
Bayangkan, Jumaat lepas dia sampai, pagi Sabtu dia dah dok depan PC check flight, check hotel, check rental car segala. Why..why why...????
Baru jap tadi aku check calendar...Sabtu depan anniversary rupanya.
Kesian...dia beria-ia.
Bini pelupa.
Nasiblah.