Semalam Rayyan masuk ward - SALAM Medical Centre. Insyallah aku berkubu sana sampai 5 hari. Ni dokter la cakap. Kalau dia sihat awal, awal la aku balik.
Ni susulan dari demam menjak Jumaat lepas la ni. Rayyan ni memang takleh sakit sebab nanti konfem melarat. Dia ni jenis taknak makan ubat. So bila demam, adelah menjadi satu malapetaka satu rumah ni nak membagi dia makan ubat. Dia memang akak tutup mulut dia, ketap gigi, taknak bagi ubat masuk. kalau masuk pun dia luahkan. Kalau telan pun, dalam masa tak sampai 5 minit dia akan muntah. So, bila dia tak makan ubat, aku try la masukkan ubat dalam susu and juice dia. Even 1ml pun dia leh rasa susu tu ada ubat. Bila dia dah sekali terkena, terus dia refuse untuk minum susu and air. Memang dry la ko kan. Until semalam, dia dah too weak. bibir dah pecah-pecah, suara dah tak keluar. Aku ni memang la naik hantu. Takde de aku nak kesian-kesian. Dah aku bagi makan ubat ko taknak makan kan, memang mendapat la. Berbulu je mak mertua aku tengok aku marah cucu dia yang dah lembik tu.
Tengahari semalam, berangkut pi KPJ Shah Alam.
Dokter kata dia ada croup. Respiratory system dah ada infection yang quite high.
Even the dokter nak bukak mulut dia guna spatula kayu tu pun dia ketap gigi pastu dia gigit kayu tu. Aku macam nak bagi siku je. Dokter tu pun kata "Why dia troma dengan ubat sampai mulut pun taknak bukak?". Aku nak je cakap "Dia ni dasar degil cam bapak dia jugak". Seb baik mak mertua aku ada sekali tau. Kalau takde, memang aku cakap je.
Seriesly, perangai degil Rayyan ni memang jatuh habis dari En Wan.
Aku ingatkan aku je perasan, semalam mak mertua aku pun cakap "Diana, degil ni ambik bapak dia"
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tau takpeeeeeeeeeeeee!
Tapi KPJ pulak room semua penuh.
Yang ada cuma VVIP Room, harga satu malam RM1200.
Tu memang last choice la.
Tapi En Wan try call sana sini untuk check room.
Gila bapak semua hospital bilik full.
Baik SJMC, DEMC, Sunway Medical, Columbia Asia semua full.
Call SALAM, ada tinggal 2 bilik je lagi.
Terus mintak ref letter, zasssssssssssssssss.
Sampai SALAM, banyak laaaaaaaaa pulak cengkadak prosedur.
Kaunter tanya "Patient ada insuran?"
"Ada"
"Ok. Kalau guna insuran kena tunggu guarantee letter, maybe dalam 2 jam"
"Ok, cash!"
"Puan bayar deposit RM1000 dulu pastu datang sini tunjuk resit"
Anak aku dah panas gila badan, dah lembik-lembik, lagi mau tunggu sampai 2 jam?
Kalau ada patient yang nazak, kau dah boleh mati dulu nak tunggu dorang punya prosedur ni.
Tapi tak le cepat mana pun, sejam jugak la aku kena tunggu dorang begitu begini begitu begini.
Aduiyaiiiii. Mentang-mentang la laki ai bukan Tengku Adam Kamil, kau buat aku terpacak je kat depan ni kan. Susah betul hidup kalau takde kuasa ni.
Dah settle dokumen, dokter terus pasang drip sebab anak aku jenis taknak telan ubat kan.
Kalau ko siangt-siang hari tu telan ubat kan ke senang. Nak jugak merasa duduk spital, maka merasalah ko kena cucuk. Masa dia nak pasang segala tok nenek wire tu kitorang semua kena keluar. Dengar dari dalam dia jerit NENEKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!.
Mak mertua aku emosi kauu.
Menjejes-jejes nangis "Bakpe la dokter tu aniaya Adik....bakpela cucuk Adik".
Aku larikan diri awal-awal. Aku taknak dengar tangisan-tangisan yang buat aku rasa bersalah.
Mujur la dia tak tepis tube-tube ni semua.
Aku risau dia cabut je.
Seb baik reti dok diam.
Tapi semalam very high fever 39.4.
Aku ngan mak yang tunggu spital.
En Wan takyah la tunggu, sian Redza nanti sorang kat rumah.
Lagipun Rayyan tak penah carik bapak dia kalau nak tido malam. Samada aku or nenek je.
Kitorang berdua jaga sampai 4.30am.
Dia muntah, dia cirit, dia mengerang....aku ni terpaksa la buat-buat muka kuat sebab mak mertua aku emosi. Sikit-sikit nangis. Kesian pulak aku tengok.
Yang si nurse jaga malam ni aku pelik.
Aku pulak yang kena ketuk kaunter kejutkan dorang bangun untuk check temperature.
Aku dah baran dah semalam.
Aku dulu duduk Serdang, sampai takleh nak tido kejap-kejap nurse datang check BP la, check itu ini la. Yang kat SALAM ni, sampai aku pulak kena bagitau dorang anak saya high fever, tolong check temperature. Bila check "Haahh...panas". Aku tumbuk sesaje je kang.
Kau ingat aku masuk private hospital nak tumpang tido ke?
Kalau servis cam haram, baik aku pi hospital kerajaan. Dah tentu-tentu murah. Kalau slow pun takleh nak komplen sangat.
Pagi, naik 41 degree.
Punnnnnnn kita yang bagitau dia.
Nama dia nak round nak check takde.
Anyone, please yang keje kat mana-mana hospital private, kalau ada bilik kosong tolong email aku segera. Aku dah rasa macam nak tukar hospital je ni.