walk on wings, tread in air: Kes <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Kes
2014-01-21

*Ini adelah entry auto-publish*


Aku tak tau apa susulan kes ni. Anyone tau?
The latest yang aku tau klasifikasi kematian adelah lemas.
Sebenarnya aku pun tak tau lansung pasal ni, kebetulan ada reader mesej, kalau tak haram aku nak tau kes ni.



Ni pulak info dari grup whatsapp geng-geng UNIMAS aku.
Yang "Weiiiiii...cita apa ni??" - ok yang ni memang aku lah.
Aku ni manjang je semua cerita tak tau.

Sape yang tak faham bahasa Sarawak, tanya kengkawan yang tau ya.

Jadi skarang, macam ada 2 info yang berlainan.
Tapi setau aku la, kalau benda yang melibatkan makhlus halus ni, jarang media nak besar-besarkan sebab benda ni macam tak real. Memang susah orang nak percaya. Tapi kalau aku berada di situasi tu, aku rasa aku percaya benda-benda macam ni wujud sebab time batch aku dulu pun penah jadi a few cases macam ni. Kes rasuk ni macam dah biasa. Antara nak kecoh atau tak je.

Time batch aku, ada 2 kes jadik yang aku ingat.
Yang first jadi kat rumah sebelah.
Yang best tu rumah aku sorang pun tak tau rumah sebelah dah penuh ngan orang sebab ada kes rasuk.
Yang kedua, jadi dalam rumah aku sendiri, junior kena rasuk.
Yang kali kedua ni heavy sikit sebab jadik dalam rumah sendiri. Takkan nak lepas tangan lak kan. Haruslah kena terbabit sekali. Yang kedua ni memang aku follow the kes dari awal smapai akhir. Tapi alhamdulillah, takde kes kematian. Tapi tu pun dah cukup mengerikan.

Tu yang kena rasuk.
Yang nampak benda tu melintas segala lagiiiiiiiiiiiiiiiii banyak.
Aku penah nampak 2 kali.
Satu masa 1st year matrik. Cantekkkk je benda tu melintas slow motion masuk bilik kawan aku.
Dia melintas lalu depan pintu bilik aku lak tu.
Aku kan seorang pentakut.
Jadi time study, aku mengadap pintu bilik dan pintu tu harus dibuka. Konon taknak membelakangkan pintu nanti ada benda-benda datang aku tak nampak. Kes banyak tengok citer hantu la ni. Konon kalau benda tu ada belakang kita lagi menyeramkan. Nak sangat hadap pintu. Hambik kau. Betul-betul dia melintas depan aku. Seb baik dia tak toleh.
Nak lagi best time study tu aku dengar walkman lagu Realiti and Fantasi (rock kapak).
Bila benda tu melintas kan, aku rasa macam mulut aku dah baca ayat Qursi ni. Rupanya aku baca lirik lagu yang aku dengar tu.

Kali kedua aku nampak masa 2nd year kat UNIMAS.
Aku dapat duduk kolej.
Padahal penakut, tapi mintak bilik sorang.
Tapi aku berjaya menamatkan tahun dua tu dengan jayanya tido sorang-sorang, alhamdulillah takde gangguan.
Cuma aku penah bertermbung dengan bendalah ni kat phone booth block yang aku duduk.
Tapi, tak berjaya mematahkan semangat aku untuk guna phone tu sebab time tu tengah angau ngan En Wan. Pedulik la ponti ke langsuir kan.
Time dulu laaaaaaaaaaa.
Kalau time sekarang dia muncul memang aku lari dulu. Tinggal la ko bang.

Benda-benda macam ni memang nampak macam tak lojik.
Especially bila melibatkan hilang ingatan and kematian, seolah-olah benda tu menentukan hidup mati kita. Walhal kita pun tau ajal tu pasti, kejadian tu semua hanya penyebab. Tapi tetap jadikan kita takut serba-serbi. Macam aku ni la. Sampai ke sudah aku takut tido hotel sorang-sorang. Nak pulak penah nampak benda pelik-pelik dalam hotel, lagi la tak boleh blah.
En Wan selalu cakap "Dia tak kacau kita pun"
Memang la tak kacau kan.
Tapi kalau dah jadi macam kes Ibal tu, eslok je bendalah tu main kat hujung kaki dia. Tak ke mengganggu emosi aku sepanjang hayat?
Tak mengganggu namanya tu?
Ganggu okeh.

Last week, aku terjaga pukul 3.30am.
Nak terkencing.
Masuk toilet. Tingkap toilet kan terbukak sikit so bunyik dari luar tu clear.
Baru je bontot aku nak cecah kat jamban, aku dengar bunyik huuuuuuuuuuuuuuuuuu huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu huuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Aku penah tengok satu cerita bunyik macam ni macam bunyik Langsuir.
Terus termasuk kencing aku balik.
Tak jadi.
Kalau selalu sangat jadi macam ni. Tak ke ada potensi nak dapat batu karang?
Tak mengganggu namanya tu?
Nak kejut En Wan suruh temankan mau kena maki pagi-pagi tu kang.
Bilik air 5 tapak je dari katil nak berteman.

Pakkal la ramai dalam bilik tu.
Kalau aku sorang, memang selamba je aku kencing atas katil. Lantak.



KLIK HERE : PROMOSI EPHYRA


posted by aveo757 @ 12:09 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER