2014-01-11

Fake but why not??



Aku sangat excited dengan isu ni petang tadi.
Sementara tunggu En Wan mandi, aku belek-belek FB pastu nampak advert gamba Chanel Jumbo.
So gatal tangan pi klik.
Cun gak henbeg tu. Sekali ngan paper bag, dustbag, kotak, sekali ngan card.
Aku pun browse browse browse sekali baru perasan tu semua fake henbeg!
Tapi series sumpah tak tipu, gila bahabas punya cun nampak macam ori. Siapalis sungguh laaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tak...Aku tak sakit hati orang jual fake designer henbeg yang complete set macam tu.
Series tak sakit hati.
Bagus la ada inisitif nak bagi beg tu nampak ori.
Aku cuma sakit hati sebab aku baru jumpa page tu!!!!!
Kalaulah aku jumpa awal sikit....

Aku ni bukannya brand conscious sangat.
Kalau fake beg really nampak macam ori, kualiti tak rempit and kalau dah katanya material semua sama macam ori, eh why notttttttttttttttttttt. Dah la selama ni kalau dalam kereta, henbeg aku semua aku letak kat celah kaki je. Sayang la jugak kan beg mahal-mahal letak bawah. Tapi nak wat cemana, kang letak atas seat kena ragut tak pasal. Dah kalau fake henbeg rupanya macam ori, kualiti not bag, sape taknak beli. Aku pun nak. At least nak lenjan pi pasar borong selangor pun takde hal. Chanel GST kalau ada yang jual RM1K, mau taknak beli?

Tetiba macam tak jadik la pulak nak jual Coach aku.
Kalau orang boleh dapat "Coach" henbeg yang new and look very much like ori, jadah apa nak beli pre-loved Coach henbeg aku. Hmm..tak jadik lah jual :(

Sape nak tengok link-link yang jual non-authentic designer henbeg, boleh ke FB aku.
Aku ada mintak sesape yang tau link-link ke page tu, letak kat ruangan komen supaya orang leh klik and view and buy. Aku klik gak kat link-link yang budak-budak ni bagi tapi kepala aku masih tune lagi kat advert yang aku nampak awal tadi. Tapi aku tak ingat dah apa nama page tu. Page tu tunjuk actual product dia, bukan gamba cilok dari mana-mana website. Memang cun and teruja gila nak beli. Cantik gila dengan kotak, siap paperbag, siap card segala.

Tadi ada reader bagi link page yang jual fake designer henbeg, siap bagi RESIT!
Resit macam resit butik okeh. *nangis lah ramai-ramai*



Aku kirim ni kat member aku.
Sangat tak sabar nak pakai.
Tapi setelah petang tadi, aku dah takde mood nak pakai tetiba.
Bukan sebab bengang beg ori takde beza ngan fake.
Tapi kalau betullah henbeg gred 1:1 pun sales Dior takleh beza dengan yang ori, sape tak bengang weiiiiiiiiiiiii. Rugi la camtu beli kat butik. Yo yo an beli kat oversea boleh dapat murah sikit sempena Krismas konon, sekali yang fake lagi murah.

Mohon jangan sesape hantar link page yang jual fake Dior ni kat aku ya.
Aku minum cuka getah kang.
Nak nak pulak kalau tau dia jual berapa.
Pitam bangun pitam bangun.

*tarik nafas.....lepas.....tarik nafas......lepass.......*

Don't get me wrong.
Aku takde issue dengan penjual henbeg tak ori, mahupun pembeli henbeg tak ori.
Takde.

Isu aku sekarang adelah aku bengang sebab rasa macam bodoh gila spend duit ribu-ribu beli henbeg yang aku boleh dapat kualitinya lebih kurang sama dengan harga jauh lebih murah.

True, membeli barang yang ori perasaan dia memang lain.
Rasa puas.
Rasa lebih konfiden bila nak buat presentation walaupun henbeg tak terlibat pun dalam presentation tu. But macam ada satu semangat yang mengiringi presentation aku kekdahnya.

Aku takde masalah pun nak beli fake henbeg.
Cuma selama ni fake henbeg yang aku nampak sangat melampau kefakeannya. Takde selera nak beli.
But kalau betul 1:1 grade pun dah macam ori, hmmmm boleh consider.

Sape nak kisah KITA pakai henbeg tak ori kan, sebab KITA bukan public figure pun.
Eh tapi tak tau pulak la kalau ada jenis yang kejenya dok perati, dok tenung nak carik bukti beg kita fake ke ori.

Eh pedulik hape aku.

Aku rasa ada bagusnya gred 1:1 ni wujud.
Sesape yang selama ni teringin sangat nak pakai designer henbeg tapi belum mampu, now dah boleh beli 1:1 gred. Pedulikkan apa orang kata. Yang nak pakai tu kita.
Tapi kalau kita rasa kita nak jugak pakai yang ori, takpe.
1:1 ni option je.

Ingat tak aku penah buat entry pasal orang kutuk Prof Muhaya punya baju mahal kan.
Hari tu aku ada nampak sponsored story page yang jual baju macam Prof Muhaya siap tudung dagu tu sekali. Cantik jugak. Sepasang lengkap tudung around RM120+ je. Tapi kain dia camne aku tak tau la, but cutting tu dah sama. Cuma aku lupa nak printscreen page tu. Kalau tak, leh tunjuk kat sini.

So...ada sesape jual henbeg 1:1 nak promote beg kat aku?
Meh aku beli seketul pastu aku review sini.




KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS