2014-01-10

Kongsi



Aku tanya En Wan soalan ni.
En Wan jawab "Takyah la bagi 10K. Bagi je la 5K. Lagi senang"

Kalau yang meletak hantaran tu pihak lelaki memang kalau boleh nak bagi RM500 je.
Malangnya, kebiasaannya, yang letak hantaran ni keluarga pihak perempuan.
Maka, hadaplah kau.

Tapi kalau tanya pendapat aku la, takde hal pun kalau nak kongsi.
Cuma jangan sampai makpak ko tau la ko kongsi duit hantaran dengan tunang ko.
Bukan apa, bukan senang makpak kita nak lepaskan anak dara dia kat sebarang-sebarang orang.
Jangan kata mak dia tu pentingkan duit, mak dia ni pandang harta.
Jangan berani-berani cakap kalau kita belum ada anak.
Esok dah ada anak perempuan, ce tengok kita nak tak bagi anak kita kat sebarang orang.

Sedangkan dalam agama Islam sendiri cakap kalau kita ambik anak orang sebagai isteri, kalau tak mampu bagi lebih, paling tidak kena bagi keselesaan yang sama seperti mak bapak dia sediakan semasa dia masih anak dara. Sebab tu la ada peribahasa enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Carik jodoh tu biar berpadan.
Bukan takleh carik yang maintenance tinggi. Kalau mampu silakan.
Kalau rasa tak mampu, takyah.
Melainkan perempuan tu willing untuk hidup seadanya bila bersama bakal suami.

Kalau mak bapak kita mintak hantaran 10K, dah kalau tunang tak mampu, tapi kita nak tolong, apa salahnya. Takat contribute 5K. Esok dah kawen banyak lagi tanggungjawab yang lebih besar dari nilai tu kita nak harung sama-sama. Cumanya, takyah sampai mak bapak kita tau la. Selain dari menjatuhkan maruah tunang, akan menjadikan makbapak kita rasa kurang yakin dengan bakal suami kita. Kadang-kadang makbapak kita susah nak faham yang tunang kita baru start keje, ada adik-beradik nak ditanggung, ada makbapak yang nak dibantu. Yang lebih kenal tunang kita adelah kita sendiri, berbanding makbapak kita. Jadi, kalau kita tau tahap kemampuan tunang kita tu belum hit expectation makbapak kita, apa salahnya kita tolong. Tu pun kalau nak tolong la. Kalau rasa nak bagi tunang kita bertanggungjawab carik duit jugak-jugak, silakan.
Kalau aku takde halnya. Janji aku dapat kawen awal. Eh, gatal.

Masa aku kawen dengan En Wan pun, kitorang kongsi. Hahahah. Pecah rahsia. Tersedak Mak Aji baca entry ni kang.

Tapi bukan lah secara direct hantaran tu aku bagi dua dengan En Wan.
Tak.

Disebabkan dia kena siapkan duit hantaran, jadi some of hantaran hadiah tu aku bayarkan.
Kiranya barang aku, aku beli sendiri.
Barang untuk dia, aku bayarkan sikit.
Sebab En Wan guna 100% duit dia untuk buat kenduri di Tganu.
Tau je la kan, nak buat kenduri bukan sikit-sikit duit nak pakai.
Nak pulak adik-beradik En Wan kawen tak buat majlis.
Majlis kawen pertama di rumah En Wan adelah majlis kawen dia.
So just imagine, berapa ramai orang yang dijemput.
Tak penah buat kenduri kawen lah katakan.
Bila first time buat, hah kau...
Jemput sekampung, yang datang 2 kampung.

Walaupun Mak Aji tak letak harga hantaran, tapi En Wan mestilah ada ego dia sendiri.
Takkan dia nak kata "Fuhhhh, selamatttttt takyah bagi hantaran".
Dia pun ada pride yang dia nak jaga.
So kitorang berdua decide la hantar 5K je sudah buat tong-tong kenduri belah aku kat Bangi.
Tapi alhamdulillah, malam tu jugak Mak Aji serahkan balik duit hantaran tu kat En Wan dengan linangan airmata "Mama taknak duit. Mama nak Wan jaga anak mama baik-baik. Bini kau tu bukannya betul sangat"

Disebabkan En Wan nak makbapak dia merasa buat kenduri kawen macam orang-orang kampung lain, dia cakap dia kena pandai-pandai gunakan duit simpanan dia. Aku pun paham la kan. Nak buat kad kawen, nak tumbangkan lembu, khemah, bunga telur, pelamin, sewa baju semua tu bukan boleh bayar dengan senyuman mesra ya. Semua nak kena ada duit. Semua nak kena deposit. So, untuk majlis kat rumah aku, En Wan hanya keluarkan duit untuk hantaran duit, mas kawen and baju melayu nikah je. Baju melayu sanding, hantaran hadiah aku cover. Alhamdulillah, mak aku tak tau pun. Ngahahahah. Pandai aku simpan rahsia kan.

Sesetengah mak nampak macam keji sangat, macam cekik darah nau mintak sampai berpuluh ribu. Apa yang aku boleh kata, dia ada alasan dia kenapa dia mintak banyak tu.
Jangan kata mak perempuan high taste.
Abis mak laki takde taste ke?
Nak terima bosia as menantu?
Taknak kan.
Kalau boleh dia nak jugak menantu perempuan yang cantik, yang pandai masak, yang sanggup beranak ramai, kalau dapat yang bekerja lagi bagus, takde la anak laki aku terbeban sorang-sorang.
So, mak laki ke, mak perempuan ke, sama je.
Tinggal lagi yang letak hantaran tu makpak perempuan.
Kalau kuasa meletak hantaran tu ada kat makpak lelaki pun tak mustahil dia pun mintak mahal jugak.

Kita takyah nak kutuk sangat lah.
"Macam la anak dia lawa sangat nak letak tinggi-tinggi"
"Blaja takat SPM je pun, tu pun gred 2. Tapi hantaran macamkan anak dia dokter!"
"Kalau anak dia hafal Al-Quran lain la nak letak RM50K"

Tu lah dia statement-statement default kalau dengar pasal hantaran puluh-puluh ribu.
Orang kita....biasalah.
Belum kena kat diri sendiri. Boleh la nak kata macam-macam.
Sedangkan hantaran tu rundingan antara pihak A dan B.
Tapi yang over melatah ni pihak CDEFUCK.

Cerita kawen ni bukan soal duit semata-mata.
Tapi juga soal hati dan perasaan.
Kalau dah sayang, dah nak, akan diusahakan juga.
Walaupun terpaksa tong-tong dengan bakal isteri. Janji dapat kawen.

Kalau boleh runding, kita runding.
Kalau takleh runding, kita kumpul je la duit sampai mampu.
Nak tak nak anak dara makcik kena tunggu la sikit ya.
Kalau kita rasa boleh tolong tong-tong duit hantaran, lagi bagus.
Cepat kawen, cepat boleh mula hidup baru.


 Selamat pengantin baru kepada reader-reader ini.
Insyallah aku akan cuba hadirkan diri esok and lusa.
Harap demam aku tak melarat.




KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS