walk on wings, tread in air: Get together <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Get together
2014-01-12

Cuti hujung minggu ni aku tak sempat nak boring sebab memang aku dah pastikan is akan full walaupun takde jemputan kawen. Tapi disebabkan minggu ni ada 2 jemputan kawen, jadi schedule aku sangat padat tapi I likeeeee.

Sabtu, kenduri kawen kat Keramat Mall : Ayuni and husband.
Kali ni pegi tak sesat sebab dah penah datang sekali sini dulu, reader gak kawen buat kat sini.



Kitorang sampai pengantin blom ada lagi, orang pun belum ramai.
Makanan still banyak.
Maka, dapatlah aku makan dengan selesanya. Pulak tu panglima tak ikut, wahh kemain lagi aku laki bini. Balik wedding siap singgah The Summit bagai. Belasahla shopping pakai baju kurung pun, janji dapat berjalan dengan tenangnya.

Cantik pelamin budak ni.
Macam pelamin kawen Raden-Raden.
Aku sengaja pilih meja tengah-tengah so that senang nak tengok pengantin.


Aku dapat 4 kotak kuih bangkit.
Masa masuk dewan dah dapat dulu.
Pastu nak balik, dapat lagi. Aku cakap aku dah dapat dah.
"Eh takpe...takpe...ambik nih"
Aunty ni macam tau-tau je aku kuat mentekedarah tau.


Inilah rupanya reader aku.
Tima kasih la jemput ahkak kau ni.
Pengantin di iringi oleh budak-budak tahfiz.



Masa pengantin makan, tetamu dihiburkan dengan qasidah.
Aku lupa budak-budak ni dari sekolah mana. 
Tapi memang dia ada announce yang sekolah ni sekolah persendirian and bantuan sangat-sangat dialukan. Nanti kalau pengantin baca entry ni, please contact ya, so that boleh aku war-warkan kalau ada sesape nak hulurkan sumbangan.


Rare!!

First time aku nampak buah-buahan dihias secara lambak macam ni.
Cantik gak buat gini.
Tapi aku tak ambik pun sebab aku kureng sikit bab-bab buah.
Tapi, kuih muih wedding ni gila banyakkkkkkk.
Dah la ada qasidah, kuih macam-macam. Memang lama aku duduk kat dalam tu. Dari kuih, bubur sampai ke sagu gula melaka semua aku bedal. Terlupa jap tengah diet.


Eh kata blog aku kan.
Haruslah muka aku paling banyak.


Meja makan pengantin pun ada kelainan dari yang kebiasaan.
Dia buat style macam meja makan betul-betul.
Pengantin and keluarga makan berhadap-hadap.
Ni baru betul makan beradap namanya.

Time ni aku dah nak balik, so aku kenalkanlah diri aku kat dia.
Dah la orang jemput ko datang makan kan, takkan abis makan nak blah.


Ni kalau bawak anak, tak sompek aku nak pakai telinga bunny.
Suka sangat aku tengok photo booth dia.
Dia punya props gila banyakkkkkkkkkkkkkkkk.
Tu yang cam kemaruk je aku ngan En Wan bergamba.
Aku ada ambik kad dia.
Kalau sesape interested boleh ke SINI (KLIK)



Yang ni gambar yang photographer tu snap untuk letak dalam guest book.
Ko boleh beli gamba ni kalau ko nak. RM2 je satu copy.


Today, lepas habis orang-orang yang datang ukur cabinet, buat wiring, segala tok nenek semua dah settle, kitorang shoot ke Bangi pulak untuk attend wedding kawan lama - Sanisah.
Sanisah ni kawan masa aku Form 1 and 2.
Dulu, before tunggu panggilan masuk asrama, aku masuk Tingkatan 1 Setia.
Lepas aku quit dari asrama, aku masuk balik sekolah SMBBB.
Aku hope dapat balik kelas 1 Setia sebab kawan-kawan sekelas masa darjah 6 banyak dalam tu.
Tapi tak dapat. Dorang masukkan aku ke Tingkatan 1 Jujur.

Masa cikgu Che Yah (guru kelas) bawak aku masuk kelas, dia tempatkan aku kat meja belakang sekali sebab tu je la tempat yang ada pun. Sanisah ni duduk depan meja aku. Jadi, dia antara member borak aku la dalam kelas. Kitorang sekelas sampai Tingkatan 2 je, sebab time Tingkatan 3 aku masuk kelas lain. Tingkatan 4 and 5 pun aku dah tak sama kelas ngan dia, but masih di sekolah yang sama.

Entah macamana la dia leh terbaca pulak blog aku ni. Maka, dapatlah jejak kasih member-member lama.


Me and Alin.
Ni zaman tadika lagi aku dah kenal.
Darjah 1-6 sekelas.
Tingkatan 1 before aku blah pi asrama, aku sekelas ngan dia.
Tusyen pun sama-sama.
Ni lah dia geng ponteng tusyen lepak rumah dia main Saidina.
Balik rumah kena sesah ngan Mak Aji cukup-cukup.


Ni pun kategori chilhood frens sebab zaman aku tadika, rumah aku, rumah Alin and rumah budak dalam gamba ni (Emmy), berdepan-depan je. Tapi aku rapat ngan dia start Tingkatan 1 sebab masa sekolah rendah kelas lain-lain. Masa Tingkatan 1, kitorang sekolah petang. Tapi kelas KH (Kemahiran Hidup) waktu pagi. Disebabkan rumah dia paling dekat dengan skolah, maka rumah dia lah kitorang lenjan untuk melepak. Siap buat mee goreng bagai. Masa tu aku tengok dia goreng mihun sap sap soi. Terernya Tingkatan 1 dah pandai buat mihun goreng untuk makan ramai orang. Umur aku time ni perangat lauk pun boleh jadik kering kuah.


Sanisah and husband


Ni gamba kelas 1 Jujur.
Yang tak berapa terang duduk row depan tu adelah aku.
Yang tengah tu, Sanisah.
Yang lelaki aku bulatkan tu Fuad. Dia ni sepupu Sanisah, tapi aku tak nampak pulak kelibat dia tadi.
Dia ni lawak gila macam Jep Sepah.



Scoolmates.
L-R : Nadzri and wife (Nisa, also schoolmate), Hanim, Beyonce and Nazmura.




L-R : Alin, ehem ehem, Emmy, Hanim, Nisa, Cun, tak cam siapa, dan tak cam siapa ni.


Kanan sekali, Yus. 
Dia ni ngan si Hanim tu kalau bab olahraga memang kau kat belakang makan pasir la jawabnya.
Aku kalau kena lumba lari, kalau si Yus ni ada, aku backoff.
Memang takkan adanya chan nak menang.
Aku suka lumba dengan budak-budak yang bangsa cikgu tiup wisel je, dorang bukan lumba lari. Tapi lumba jogging. Kalau set-set ni memang aku join. So aku tak nampak macam bangang sangat.


Penah tengok orang bergamba dengan pengantin tapi pengantin diri kat tepi?
Tak penah kan?
Ok, sebab tak penah, maka kitorang buat.
Nak menyusun semua ni pun dah kecoh. Aku rasa laki si Sanisah tu pun takut tengok apehal budak-budak ni memekak satu macam.

Ni semua schoolmates, tapi sorry, some aku tak kenal nama and tak cam siapa.

L-R diri : Tak tau, Tak tau, Tak tau, Tak tau, Cun, Is, Beyonce, Emmy, Pengantin, Sanisah, Alin, Hanim, Nisa and Nazmura.
L-R (duduk) : Tak tau, Tak tau, Tak tau, Tak tau, Rozaidi, Yus, Nadzri.



P/s : Aku ada terima a few mesej dari penjual-penjual beg replica yang nak aku promotekan their biz. Nanti aku contact korang semula ya. Insyallah, aku akan buat entry pasal ni.





posted by aveo757 @ 11:47 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER