2014-01-09
Body
Tang "..menjaga tubuh badan kak di..." tu agak konfius sikit.
Samada aku yang konfius, atau reader ni yang konfius. Hahahah.
Takdenya dik.
Ahkak kau ni takde makan supplement menjaga tubuh badan.
Supplement yang aku makan now cuma Ephyra.
Bukan promosi ya, tapi memang betul pun aku hanya ambik Ephyra.
Tapi Ephyra ni dia cuma membantu secara tak lansung kepada pengurangan berat badan.
Bukan secara lansung.
Kalau secara lansung, maybe boleh try Jamu Slimming Tea kot.
Cuma kalau tang kulit tu aku akui la Ephyra tu banyak membantu.
Tapi masa lepas bersalin Rayyan dulu badan aku adelah sedikit boyak jugak, jadi aku makan Jamu Mak Dara. Tu pun sebab aku ambik set bersalin Mak Dara, kat dalam tu dia bagi sekali 2 botol jamu untuk guna 2 bulan. Cun-cun sampai habis pantang lah kiranya kau guna jamu tu. Alhamdulillah, untuk badan aku ni serasi je dengan jamu mak dara. Cuma kena banyak minum air ya. Actually apa-apa supplement kau ambik KENA MINUM BANYAK AIR. Kalau tak, badan kau akan jadi dry and kau senang kena demam, sakit tekak, lemah-lemah badan.
Pastu ada la dulu kejap aku ambik Apple Cider.
Apple Cider ni bagus untuk kurangkan berat badan.
Tapikan, macam tak jalan dengan badan aku. Tapi kalau badan Kak Ngah aku jalan pulak.
So, aku stop.
Kalau korang nak try, try lah.
Tapi kalau yang ambik Ephyra and nak makan Apple Cider jugak, please letakkan gap 30 minit waktu pengambilan dua-dua tu ya. Jangan kau balun serentak pulak.
Masa mengandungkan Rayyan, banyak komplikasi.
Disebabkan racun uri tu menyebabkan ginjal and hati ada kebarangkalian untuk rosak, aku berjinak-jinak ambik satu sudu minyak zaitun everyday. Walaupun rasa dia cam kimeks sikit, tapi aku bedal jugak. Minyak zaitun ni bagus untuk sistem and organ dalaman badan, especially liver. Masa mengandung Rayyan tu hari antara komplikasi badan aku adelah buah pinggang and liver. Minyak zaitun ni antara supplement yang bagus untuk korang ambik. Kalau rasa too pahit and tajam untuk ditelan, cubalah perah dengan air limau sikit. Pastu telan.
Aku bukan jenis yang jaga badan sangat.
I mean takde la particular sangat dengan bentuk badan.
Nak-nak lagi dah bertudung ni kan. Aku takut gak, kalau terlalu pikir pasal nak jaga lekuk badan, ada pulak aku terrrrrrrrrrrsarung balik baju-baju tak cukup kain aku dulu. Jadi, biorlah berisi sikit. Baru ada rasa segan nak tunjuk babat-babat yang tersentil tu.
Tapi disebabkan berat aku now dah menjangkau 52kg, dah macam nak bersaing pulak dengan berat En Wan, jadi now aku tengah nak kuruskan badan sikit.
Tu gamba tu boleh tengok la betapa graf ketembaman pipi berkadaran terus dengan masa.
Kalau pipi aku tu dibuat graf, memang cantik graf aku. Konfem.
Gambar 6 tahun lepas tu, berat aku 46kg.
Redza umur ompek tahun.
Gamba tengah baru habis pantang. Around 55kg.
See the pipi.
Kalau pipi aku tu sejenis cupcake, memang laku tu.
Kemain cantik naik bulatnya.
Yang kanan sekali, gambar pagi tadi.
Muka adelah sembab, demam beb. Baju pun baju tido kaftan ni aku pakai.
Dah bersedia untuk tido semula pasni.
Now pipi aku cenggitu la. Tembun.
Tu tak pakai tudung.
Kalau pakai tudung lagi menjongkit naik bulatnya.
Now 52kg.
Adelah ingin menurunkan at least 49kg.
Takde makan apa-apa supplement pun sempena nak mengecutkan badan ni.
Aku kurangkan mengunyah je.
Aku ni malas sikit bab-bab makan ubat.
Kurang disiplin sikit tang tu.
Jadi, aku takleh bagi khidmat nasihat tentang menjaga badan.
Nak bagi nasihat mencegah kehamilan pun tak pandai sebab aku tak penah ambik pil perancang.
Protection pun En Wan tak pakai.
Semua buat dengan kiraan biological clock.
Alhamdulillah, period cycle aku ok, kalau lari pun maybe 3-4 hari.
Paling jauh setakat ni seminggu dua, tapi sangat jarang sekali.
Mungkin sesape yang ada pengalaman guna pil perancang, boleh email aku so that aku leh share kat sini.
Ok nak tido.
KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS