2014-01-08
Sindrom Baru Kawen
Kita pernah dengar sindrom mengandung.
Sindrom lepas beranak.
Sindrom baru dapat baby.
Sindrom Monday.
Pernah alami Sindrom Baru Kawen tak?
Oh, sindrom baru kawen ni bukan sindrom 3 hari tak keluar bilik ya.
Bukan...bukan.
Yang sampai 3 hari tak keluar bilik tu sindrom gelojoh namanya.
Sindrom Baru Kawen yang aku nak share ni adelah pengalaman sendiri.
Kau dah kawen. Tak sampai 2 hari, kau menyesal.
Sindrom ni aku alami sendiri.
Tapi aku tak penah cerita kat orang sebab selama ni aku ingat tu cuma penyakit aku je.
Tapi email yang aku terima today buatkan aku rasa, mesti ada orang yang pernah alami situasi macam aku, cuma masalah tu tak terlalu serious and boleh recover dengan cepat.
But it all depends on how manusia tu bertolak-ansur dengan sindrom baru kawen ni.
Email yang aku dapat ni datang dari the husband.
Baru kawen 2 minggu lepas.
And now dia suspek wife dia kena buatan orang sebab wife dia taknak duduk dengan dia. Asik nak balik rumah parents. Bila duduk rumah dorang sendiri, wife dia jadi macam orang sakit. Kemurungan.
Ok, bab buatan orang tu aku taknak sentuh.
Sebab dia pun cakap dia dah pegi jumpa ustaz tapi buat masa ni masih belum ada perubahan.
Ok, takpe tu.
Insyallah, kalau betul ada orang hantar benda tak baik kat wife dia, kita kena yakin, kuasa Tuhan melebihi segalanya. Kita sama-sama doa.
Tapi yang aku nak share ni MUNGKIN ada kaitan dengan apa yang wife dia sedang lalui.
Macam aku punya kes, seblom kawen kemain excited nak kawen.
En Wan lagi la, kalau makcik aku tak halau dia keluar dari rumah Mak Aji, sampai ke hari nak nikah dia ada lagi berumahtangga kat situ.
So so excited.
Sebab masing-masing menyulam cinta long distance lah katakan.
Jadi, bila dah kata family setuju nak kawenkan kitorang, masing-masing menggelupur kau.
Masa ni dah tak fikir, reception kat hotel ke, reception kat dewan orang ramai ke, reception atas jalan raya ke, kalau tak buat kenduri pun takpe. Janji nikah.
Begitulah tahap kegelojohan kami.
Tapi bila dah kawen, aku tetiba jadi confuse.
Malam nikah tak rasa apa-apa lagi sebab En Wan tak tido rumah Mak Aji lagi. Masih terasa diri single.
Bila esoknya kenduri semua dah settle, time nak tido rasa macam pelik sangat.
Macam tetiba rasa tak best.
Pastu, besoknya, aku jadi serba-serbi bodoh.
Semua benda macam tak reti buat.
Semua benda nak tunggu En Wan.
Dah tak reti nak buat keputusan.
Nak keluar pakai baju apa pun tak reti.
Ok ke pakai macam ni?
Eh ke, nak pakai macam ni?
Hmmm..tanya dia dulu lah.
Nak masak, hmmm nak masak apa eh?
Aku teringin nak makan sup ketam.
Tapi dia tak makan makanan berkuah.
Nak masa apa eh??
Perut dah lapar ni.
Sampai dah muntah masuk angin.
Nak tunggu dia balik makan sekali ke tak, makan sekali ke tak.
Lama-lama aku jadi stress.
Tapi belum sampai ke tahap murung.
Aku jadi sangat sensitif.
Tengok muka En Wan rasa cam nak tampar. Rasa macam sebab kaulah aku jadi macam ni.
Padahal En Wan tak paksa pun aku masak ikut selera dia.
Dia tak penah mintak aku tunggu dia makan.
Dia tak kisah aku nak pakai macamana pun.
Tapi aku yang over.
Aku duduk sekali ngan Mak Aji selama 3 bulan lepas kawen.
Time ni sindrom ni dah ada, cuma tak berapa ketara sebab aku masih duduk dengan family.
Tapi sindrom ni sangat ketara bila aku pindah ke USJ.
Dah la kena start everything from 0.
Masuk rumah yang kosong, dengan takde perabotnya.
Mujur Mak Aji dah belikan set pinggan mangkuk and bilik tido.
Kalau tak, lagi teruk la sindrom aku.
First nite kat rumah baru, aku nangis.
Tengah-tengah malam, bangun, gi kat balkoni, pandang jalan raya arah ke Bangi.
Dari rumah aku dulu boleh nampak tol Puchong. So aku menung pandang tol tu sambil menjejes-jejes airmata.
Orang kata tak nampak orangnya, nampak bumbung rumah pun jadik.
Dalam kes aku ni nampak tiang lampu tol pun bolehhhhh.
Word TAAT tu sentiasa berlegar-legar kat fikiran. Aku betul-betul jadi over TAAT sampai dah macam orang bangang.
Aku jadi tak berani nak bersembang sebab takut tergurau kasar dengan suami.
Aku tak berani nak ajak dia balik Bangi every weekend sebab takut banyak pakai duit untuk minyak and tol *masa pindah ni aku dah benti keje*
Aku takut masakan aku tak best.
Aku takut baju dia yang terkena dakwat tak hilang walau basuh berkali-kali.
Aku takut dia bangun lagi awal dari aku and aku tak sempat buat breakfast.
Pulak tu masa ni aku tak keje lagi, jadi aku takut jadi bebanan pada En Wan.
Rasa menyesal kawen tu membuak-buak.
Tetiba terfikir kalaulah aku tau perasaan dia macam ni, baik aku takyah kawen.
Rasa menyesal tu lama-lama jadi menyampah.
Tak suka tengok muka En Wan.
Bila dia gi keje, aku suka.
Bila dia balik aku geli.
Aku menyampah menyampah menyampah!
Sebab utama jadi macam ni adelah kerana terlampau nak jadi isteri yang taat. Biasa la kan, pompuan kalau baru kawen dia punya semangat nak jadi mithali memang lain macam sikit. Semua benda belasah taat. Masih tak tau nak bezakan mana satu kategori taat, mana satu bukan.
Aku percaya ramai yang alami sindrom yang sama.
Sindrom Taat Melampau.
No, jangan salah tafsir.
Bukan maksudnya aku anti taat.
Taat pada suami tu hukumnya wajib.
Tapi taat yang aku cuba sampaikan ni adelah apabila kita sendiri (wife) yang narrow down the specs of taat tu. *sorry, aku tengah buat sebutharga sebab tu ayat sedikit teknikal*
Last-last En Wan yang jadi rimas ngan aku.
Dia heran aku tetiba jadi lemau. Nak kata lemah lembut tak. Nak kata solehah lagi la tak. *time tu rambut pun 3 kaler keluar pi pasar malam pakai sleeveless soleheh jadahnya???*
Aku bagitau dia aku stress nak kena berlemah-lembut and taat serba serbi.
Dia cakap aku ni bukan lemah lembut.
Tapi lemah lembik.
Dia lemas tengok aku jadi over baik hati dan ayu gila tahap takleh diterima dek akal.
Dia kata macam kawen dengan orang lain.
Dia pulak yang konfius karakter aku ni sebenarnya yang mana satu.
Kalau ingat-ingat balik, geli pulak rasanya dengan 'ketaatan' aku dulu.
Sebab apa yang aku rasa taat tu sebenarnya bukan taat, tapi bendul.
Aku menyempitkan keadaan.
Aku yang hadkan semuanya.
Kalau ikut lojik, kan ke boleh aku call je En Wan bagitau aku lapar sangat, bagitau dia aku nak makan dulu.
Tapi aku memilih taknak call dia takut ganggu keje dia.
Nanti kalau call tengah meeting bos dia kata apa pulak.
Kalau call dia tengah driving nanti bahaya.*dulu aku takde henfon ya, henfon pertama aku adelah tahun 2003, so nak bersms tu memang tak*.
Macam bodoh sangat kan?
Benda simple je, tapi aku yang susahkan.
Tak tau la kenapa dulu aku boleh jadi sebangang tu.
Mungkin ilmu belum cukup, tapi nak jadi solehah macam orang lain, jadi kita main taat sembrono je.
Bila basic tak cukup, kita tend to buat benda yang salah yang kita rasa betul yang padahnya akan balik pada kita sendiri.
Jangan main-main dengan kemurungan.
Kemurungan ni penyakit yang makan dalam sebenarnya.
Kalau ada sesape alami sindrom baru kawen ni, husband, please help your wife.
Kadang-kadang kita rasa macam wife kita kena buatan orang, padahal ada faktor lain yang kita tak terfikir.
Please ambik tau sindrom baru kawen ni.
Percayalah cakap aku, penyakit ni memang wujud. It's like meroyan dalam diam.
KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS