Semalam punya status.
Pastu ada orang tanya gamba mana satu.
Gamba mana satu aku dah tak kuasa nak carik.
Tapi masa mula-mula aku tengok gamba tu, aku terus snap komen "ustaz" kat bawah ni :
Gituuuu....
Terus dari mengangkang, aku bersimpuh.
Kalau tengok nama tukang komen tu memang sujud la.
Nama pun haruslah ada elemen-elemen seorang hamba Allah yang tawaduk.
Tapi macam biasa la.....MACAM BIASA ya, MACAM SELALU,....set-set yang potray diri alim ni selalunya alim wanabe.
Eh, hello??
Ada ke orang yang dah jejak Tanah Mekah nak kondem orang lain yang belum pegi?
Takde wehh...TAKDE!
Masing-masing yang dah pegi pun tau, dorang sampai sana pun atas kekuatan yang Allah bagi.
Kalau Allah tak bagi, ko takkan sampai bior pun ko tido atas duit.
Jadi, di sini aku buat kesimpulan bahawa yang komen tu, umrah pun blom buat, London sah-sah belum sampai. Konfem!
Cukup-cukup la jadi barua alam maya.
Ko tak dapat apa pun perli-perli orang macam tu. Kalau pun orang tu blom jejak Mekah, yang pasti dia dah jejak London. Ko ada???
Now ni kan dah macam trend.
Semua masing-masing nak bagi komen yang beralaskan agama.
Kalau tak agama, politik.
Dua benda ni je la.
Kau buat la apa pun, dia akan attack dua benda ni jugak.
Kalau kau buat majlis kawen grand, statement standard - Membazir itu amalan syaitan.
Kalau kau shopping extra sikit - Bersederhana lebih baik kerana dalam rezeki kita ada hak orang lain.
Hak sape??
Hak kau?
Takde ye. Dalam duit aku setakat ni belum ada lagi hak kau. So ko dendiam je jangan memekak.
Aku tau dalam duit aku ada hak sape. So takyah tolong kira sedekah jariah aku.
Takde yang salahnya phrase tu.
Memang benar, membazir itu amalan syaitan.
Tapi please terangkan apa yang ditafsirkan sebagai membazir?
Makcik En Wan yang Toh Puan tu, yang baru-baru ni kawenkan anak tu kan, tahun lepas dia buat majlis kawen anak dia kat hall. Tahun ni, dia cakap dia buat kecik-kecik je, niat nak bagi orang makan. Tau tak istilah KECIK dia tu berapa? RM45/sekepala! Jemputan 2000 orang ya. RM90K hanya untuk bagi orang makan di majlis reception.
Majlis nikah punya makan blom kira.
Pelamin, khemah, goodies, misc belum kira ya.
Itu dia punya istilah sederhana tau.
Sederhana dia dengan sederhana kita lain.
So boleh tak sebelum bagi pendapat tu, tolong kasik keluar common sense dulu?
Dalam kes Fizo ni, aku rasa Fizo ni dah buat umrah zaman bujang dia dulu. Aku penah tengok gamba dia kat Mekah dulu.
Aku malu la baca komen-komen alim kucing macam ni.
Aku tak faham apa motif dorang.
Berdakwah?
Mengajak orang berbuat kebaikan?
Seriesly?
Nak berdakwah pun biarlah bijak.
Tapi aku rasa yang komen cam lahabau tu bukan berdakwah. Tu terang-terang nak perli namanya.
Tapi kesian, konon nak perli padahal orang tu dah berzaman pegi umrah. Kita yang rasa diri baik ni entah-entah buku tabung haji pun takde lagi.
Oh ye la, kita gi haji esok pakai pakej swasta.
Bersangka baikkkkkkk.
Toksah la nak pandang rendah kat orang manjang.
Mentang-mentang orang tu artis, kita asik pikir hidup artis ni penuh dengan enjoy je.
Padahal kita pun enjoy juga, tinggal lagi takde sape heran kat kita jadi nampak la kita ni baik sikit dari dorang. Kan?
Kat Malaysia ni, lately ni la, tak tau apa kena ntah.
Kau jadi apa pun skarang salah. Ko buat apa pun salah. Series. Semua salah.
Toksah cerita pasal shopping la.
Kalau kau bersedekah pun banyak salah dari betul skarang ni.
Kalau dia tunjuk dia bersedekah, kita kata dia riak.
Padahal dia tunjuk depan kita dia bersedekah sebab nak trigger kita untuk bersedekah sama.
Kita je yang bangang, tak paham cue.
Kau sedekah kat pusat jagaan anak yatim, salah.
Sekolah nak yatim now dah banyak peruntukan especially bulan Ramadhan berebut-rebut orang nak sedekah anak yatim, so kau patut sedekah kat orang persorangan kat pendalaman nun.
Kalau kau sedekah kat peminta sedekah, salah.
Sebab menggalakkan dorang jadi pemalas taknak berusaha.
Kau sedekah kat orang yang datang dari rumah ke rumah, salah.
Tu sindiket.
Agak-agak kalau kau sedekah RM1, salah tak?
Bukan takat salah beb, siap datang dengan pakej kena kutuk.
Eh sukatilah dia nak sedekah kat mana pun, kat sape pun.
Dia pakai duit dia.
Ko kalau taknak bagi, ko dok dendiam. Tapi jangan halang orang nak buat keje baik.
Aku ingat lagi kawan aku cakap pasal sedekah.
Dia bagi contoh, dia ada cash RM100, dia sedekah RM10.
Aku ada cash RM10, sedekah RM1.
Kan ke sama-sama sedekah 10%.
So apesal nak kalut sangat?
Itu baru cerita sedekah. Dah macam-macam salah yang nampak.
Bayangkan kalau kau up pasal shopping, melancong, majlis kawen??
Bersedialah dengan mental torture.
Kalau lelaki yang jambu dan meticulous.
Kau adelah gay.
Kalau kau wanita yang outstanding, cun nak mampos, bergaya.
Kau adelah pisau cukur dan bakal rampas suami orang.
Kalau kau kawen kenduri besar.
Kau show off. Membazir.
Kalau kau kawen kenduri kecik.
Kau takde bajet.
Kalau hantaran ko tinggi.
Kau jual anak.
Kalau hantaran ko senaskhah Quran.
Hmmm...baca ke???
Orang yang jenis busuk hati ni, kau buat la apa pun.
Bila ntah, kat newsfeed, aku nampak ada orang up status lebih kurang cam ni "Patut la Subuh tadi ramai orang kat surau, ada orang meninggal. Sekali tengok rupanya cikgu sekolah aku."
Kalau ko, ko komen apa?
Dalam ramai-ramai yang komen "Innalillah", "Cikgu kita yang mana satu?", "Sakit apa?", aku macam tak percaya bila nampak komen "Sejak bila kau pegi surau?"
Speechless.
Malaysia Boleh!
p/s : Stop kejap entry Langkawi.