walk on wings, tread in air: Letih nak mengabiskan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Letih nak mengabiskan
2013-12-18

Hari ketiga kat Langkawi....*letih nak menamatkan entry ni*
Hari tu memang takde plan nak kemana-mana kecuali nak melayan permintaan Redza nak mandi kolam puas-puas. Biasa la kan bawak budak-budak bercuti. Mana dorang enjoy kalau bawak pi shopping. Kat Langkawi lak takde apa sangat barang mainan or gajet nak dibeli, lagi la Redza boring. Tu pun mujur ada cekelat. So, day 3 tu memang lepak hotel je sementara nak tunggu checkout. Lagipun takde apa dah nak beli.


Dia ni memang suka bab-bab DIY.
Rayyan memang tak layan toys.
Tapi kalau main camni, memang bagi kat dia. Dia takkan tolak punya. And ko boleh makan dengan aman.


Breakfast
Koyis, again.


Takde la nak jumpa dah makan bersama a.k.a makan serentak ngan laki.
Time En Wan makan, aku menganga.
Time aku makan kang, En Wan lak menganga.
Takpelah makan gilir-gilir pun. Itu lebih baik dari makan sambil tercekik.


Pagi tu aku tak berapa nak selera. Ni je la aku hadap, tu pun tak abis.
Seriau sungguh aku sambil makan sambil tengok Rayyan bersilat dengan mata.



En Wan kesian tengok aku tak enjoy nak makan, dia bawak Rayyan masuk Monkey House.
Tempat untuk monkey berkinja-kinja supaya makbapak monkey boleh mentekedarah puas-puas tanpa gangguan.

Monkey House ni kat tepi cafe je.
Memang dia buat bilik tu purpose dia untuk letak anak-anak ko main kat dalam.
Tapi, anak aku tu mana nak kena tinggal kat dalam. Dia kalau tak nampak muka mak bapak dia, melalak. Tapi panglima. Tapi penakut. Aku tak tau la apa nasib aku bila dia masuk skolah next year. Nasib aku tau. Bukan nasib dia.
Aku syak aku bakal sama-sama blaja ABC dalam kelas.




Tapi, lama mana sangatla Rayyan nak hadap mainan-mainan ni semua.
Ujung-ujung dia main susun and tolak sofa.
Itulah kepakaran beliau.
Budak yang jaga kaunter tu pun tanya "Kuatnya anak akak boleh tolak sofa"
Dia tolak kau pun boleh dikkk.


Berlatar-belakangkan cafe


Memang dah plan lepas breakfast terus terjun kolam.
Masing-masing dah siap-siap pakai baju nak terjun.


Tiga-tiga orang tu pakai seluar mandi beli kat Langkawi.
Malas nak ngangkut everything dari rumah. Sebab aku tau selama ni kalau bawak seluar mandi dari rumah, bila sampai kat hotel dorang tetap akan shopping seluar baru.


Dari cafe memang ada access ke kolam.
Untungla sape yang duduk dekat dengan area lobby sebab dekat dengan segala-galanya.
Melainkan ko nak privacy so boleh la duduk belakang-belakang sikit.



Cantik kan view dia?
Dengan gunung ada kat blakang.
Gunun tu adelah gunung cable car. Memang dekat sesangatnya cable car tu dengan Berjaya Hotel.
Oh yes, baru lah aku tau nama gunung tu sebenarnya GUNUNG MACHINCHANG.
Selama ni aku sebut Gunung Mat Cincang.


Ini main pool.
Pool dewasa.
Rayyan memang tak layak lansung mandi kat sini tapi sebab dia nak ada kat mana abang dia ada, so terpaksa la En Wan mendokong dia masuk.



Ini second pool, untuk budak-budak.
Kalau aku, layak main dalam ni je la sebab aku mana tau berenang.




....akhirnya semua pun masuk sini main.
Nak wat camne kan. Terpaksa la layan Rayyan tu.


Agak-agak nak turun ke beach, silakan...


Jacuzzi pool


Calendar girl.
Tapi versi muslimah.
Sebab tu tak pose dalam kolam.
Dia tepi kolam je.




Kat Berjaya ni sebenarnya ko boleh pilih nak breakfast kat cafe (dalam lobby building) atau nak breakfast tepi pool mengadap pantai. Yang kat beach ni lebih santai tapi makanan dia tak sebanyak dalam main cafe. Kat sini food dia lebih light sesuai dengan konsep tepi beach la. Aku tengok sandwich, pasta....nasik-nasik takde.


Tepi beach restaurant tu ada satu kawasan like this, aku tak tau nak sebut apa.
This area adelah untuk guest layan stageshow malam-malam.


Balik dari pool, kitorang lalu 'jalan dalam'.
Saje taknak naik shuttle. Aku nak tunjuk kat korang how dekatnya lobby dengan chalet aku so that korang yang belum sampai leh consider time nak pilih bilik.


Lelaki bawak henbeg memang tak macho okeh.
Sangat tak macho.
Tapi kalau beg tu penuh dengan barang korang je, maka silakan angkut sendiri.



Time to go home.
Sampai je bilik, terus mandi, pack and cabut.
Flight kitorang kul 1.15pm, so tak banyak masa.

Kat airport lepas dah check in tu ada la sikit masa dalam setengah jap, kitorang menghabiskan duit yang ada untuk beli apa-apa yang patut. Perangai En Wan memang macam ni. Dia always feeling-feeling melancong oversea walaupun hanya ke Melaka. Kalau dia allocate duit dia melancong tu sekian-sekian, time nak balik, duit tu kena habiskan. Padahal simpan pun takpekan. Bukan ko kena tukar matawang pun. Tapi dia punya style memang macam tu. Dia macam tak puas hati je kalau duit tu still ada lagi.


Beli baju glow in the dark.
Tapi tak glow. Tak tau pesal.


Perembatan sedikit sebanyak dalam Duty Free Perfume Shop.
Time aku datang tu dia bagi diskaun RM20 untuk pembelian perfume yang harga RM250 ke atas.
Dah la duty free, ada diskaun lak tu.




Balik naik Berjaya Air.




Yang best tu kan, Berjaya ni dia pi susun semua penumpang kat dalam tu tapi engine tak start lagi.
Berkipas okeh kat dalam tu.
Dah la aku ni bertudung, pakai baju hitam, nak mengescort panglima yang tak reti duduk diam. Cair-bair mekap aku. Tak tau la apehal dia pi masukkan kitorang dalam tu tapi dia tak start pun lagi enjin. Nak jimat minyak ke hape.

Perjalanan balik pun Rayyan tido.
Belum take off lagi dah padam. Dengan aku aku sekali.
Alhamdulillah la, walaupun katebang kecik, tapi tak gegar pun. Sebab cuaca sangat ok :)

This Saturday cousin aku kawen.
Next Saturday pun cousin aku kawen.
Maka, Langkawi ni, percutian penutup 2013.
Ok, boleh duduk dendiam kat rumah start kumpul duit untuk trip Osaka-Tokyo next Mac.
Next year adelah tahun banyak pakai duit. Schedule aku penuh dengan travel : China Lab 2014 in Mac, ArabLab 2014 in Mac, Lab Indonesia in May, Shanghai Biotech in May.

...tapi kalau aku bawak En Wan, mungkin business trip tu akan bertukar menjadi honeymoon trip.


KLIK HERE : NEW EPHYRA PROMO
KLIK HERE : EPHYRA CONTEST
KLIK HERE : NEW SHAWL

posted by aveo757 @ 8:15 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER