walk on wings, tread in air: Akhirnya naik jugak. Mereka. Bukan aku. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Akhirnya naik jugak. Mereka. Bukan aku.
2013-12-13


En  Wan pegi balik petang tu ke cable car bawak anak-anak dia.
Rupanya dia kata kat sana ada express ticket. Macam VIP tix la. Boleh cut queue.
Nasib baik aku tak ikut sekali, kalau tak, takde alasan untuk aku taknak naik.
Yang best tu kan, dah sejam dia keluar, tup-tup balik hotel semula.
Rupanya hantar Rayyan balik. Dia tak tahan, takleh handle.
Tau pun ko kan. Baru tau anak dia punya berpencak macamana. Sendiri giveup.
Last-last akuuuuuuuuuuu jugak. Padahal dia tau dah aku ni terbongkang kemigrainan. Takpela, nak kasik chan laki enjoy punya pasal, aku jaga la jugak Rayyan tu. Rayyan ni sebenarnya lebih takut and rapat ngan aku. Mak and bibik pun kata, Rayyan ni hanya akan stop kalau suara mak dia memetir. Other than that dia wat dek je.



Ni antara aktiviti sepeninggalan En Wan and Redza.
Aku pesan "Adik duduk kejap eh, mama nak pi bilik air. Mama nak Allahuakbar (ambik wudu')"
Aku keluar toilet je tengok cewahhhhh, dia dah siap pakai telekung bagai. Dulu dia pulak dari aku.
Risau je aku ngan Rayyan ni. Asal aku cakap nak Allahuakbar je, dia terus ambik telekung and pakai siap-siap. Parah sungguh anak aku ni. Agaknya dia tengok cam best je pakai telekung. Bapak dia solat pakai baju biasa, takde beza. Mak dia ada beza sikit. Apa kata try mak punya? 
Gitu kot pikiran dia.


Tadaaaa!!!!

Aku tak tau berapa ramai yang penah buat macam ni.
Tapi inilah aktiviti aku setiap kali ke hotel.
Sebab malas ngangkut bottle sterilizer, jadi aku akan "rebus" botol Rayyan dengan air panas. Aku alirkan air kat botol-botol dia ni for at least 15-20 minit. Panas wehhhh, berasap! Mudah, ringkas, dan tak membebankan aku nak ngangkut segala tok nenek barang letrik. Sape blom penah try, silalah.



Akhirnya, dapat gak Redza naik cable car ni.
Pegi 3-4 tahun lepas tak dapat naik sebab hujan.
Kali ni dapat jugak dia naik. Ok pasni datang Langkawi harapnya takde la dorang nak naik lagi, tak pasal je aku terheret sama. Tapi aku syak En Wan ni takka puas hati selagi tak dapat pedajal aku naik bendalah ni. Mesti next time datang Langkawi dia nak bawak aku naik gak.




Gila steep wehhh.
Patut la adik aku cakap, laki dia sampai duduk atas lantai cable car tu la punya la seriau dengan ke-steep-an cable car Langkawi ni. Dia pun tak berani nak tengok. Tu cara-cara lelaki. Kalau aku tak tau la kan. Sape nak pedajal aku naik cable car ni aku warning baik ko pikir sampai tujuhblas kali. Sebab kalau aku menyawan kat atas tu, korang pasti akan mimpi ngeri empat malam berturut-turut. Pilih nak mana satu.


......aku akan pastikan mimpi korang lagi seram dari hantu cable car ni. Hahahaha


Seb baik la Redza ni dah boleh diajak join aktiviti-aktiviti macam ni. Ada la gak teman kan. Kalau nak harap mak dia, harammmm. Membuta je tau.





 En Wan kata jambatan gantung kat atas ni tapi tutup sebab apa ntah.
Macam ada problem je dia kata. Apesal eh? Nak runtuh ke?


Makan burger kat puncak ni kan, sampai skarang tak abis-abis cerita lagi ngan aku. Bangga gila!
Nyampah lak aku dengar.
"Kita makan burger kat puncak gunung kan, Ja?"
"Sejuk kan, Ja?"
Ingat aku dengki la tu.
Aku makan mee maggi atas awan sikit tak kecoh. Maggi rendam lagik. Puiii.




Boleh la pulak terjumpa kawan skolah kat atas tu.
Tapi dia tak kenal pun. Kawan dia yang tegur dia. Kawan dia tegur "Ni Ayie kan?"
En Wan kata hanya orang kampung dia je panggil dia Ayie.
Cis, nama glemer la konon.
Maklumla, orang takleh sebut N. Nak sebut nama sendiri tak lepas.
Wang Mohd Ridzuang. Hahahahah. Eh, terover pulak.




Before kitorang ke Kuah pagi tu, En Wan ajak tengok 6D ni.
Sorry...ni pun aku takkan masuk derr.
Yang 4D kat Hong Kong tu pun aku dah terjerit pekik padahal tajuk dia "Adventure of Mickey and Donald". Masa si Mickey buang air dalam baldi, kitorang terkena percikkan air, alahai ada la 3-4 titis jatuh kat muka aku tapi aku punya pekik macam kena simbahan HCl.

Tengok kat depan 6D.
Pastu gamba roller coaster.
Tak payahhhhhhhhhhhhh!


Kalau lah bawak bibik, mesti aku ngan En Wan bleh layan live band kat coffee house sampai pagi.



Malam kedua....BBQ!!


Malas nak bangun dari kerusi, aku snap dari jauh je akak-akak tengah bakor-bakor



Ini pinggan-pinggan aku.
Malam tu tak sentuh nasik lansung sebab aku nak meratah.
Udang dia fresh and lembut!
Tetiba teringat tokey udang. Mana la tokey udang tak call-call, stok udang aku menyusut dah ni.


Apa nak buek, sebelah tangan kena pegang anak maka terpaksalah mengaktifkan daya mengopek kulit ketam dengan hanya memakai sebelah tangan.


Ok, now adelah sessi mengaktifkan kelenjar eksokrin.
It's merembes timeeeeeee.....







BURPPPPPP.......Alhamdulillah.




Second nite, pintu diketuk dan dapat ini :)


KLIK HERE : NEW EPHYRA PROMO
KLIK HERE : NEW SHAWL


posted by aveo757 @ 10:11 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER