walk on wings, tread in air: Acting <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Acting
2013-12-20


Nampak status ni pagi tadi.
Status ni mengingatkan zaman aku join teater time kat UNIMAS.
Masa tu tak pernah terfikir pasal otak kiri otak kanan. Yang aku pikir nak penuhkan kredit, and pastikan grad on time. Tu je.

Lagi satu reason kenapa aku pilih join acting adelah sebab nak keluarkan diri dari kena membaca all the time. Course Biotech tu memaksa kau baca baca baca baca baca...muntah la okeh kalau generic course pun nak ambik yang ada elemen membaca jugak. Letih.
Jangan salah faham.
Bukan maksudnya course acting ni takyah guna buku. Aku yakin mesti ada jugak kena baca baca, cumanya generic course yang aku ambik ni takyah pakai buku. Boleh release tension. Konon la nak release.

Bila dah join acting baru aku tau course ni lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii stress dari course aku.
Sebab acting ni melibatkan aksi and reaksi.
Aksi tu, insyallah boleh.
Reaksi penonton tu yang aku takut.
Memang la takde exam bertulis, tapiiiiii markah kau adelah bergantung pada reaksi penonton sebab 'exam' kau adelah pementasan. Boleh imagine, budak sience, engineering, IT buat pementasan??
Huru-hara!

Salah satu stage performance kitorang adelah buat teater pasal FANTASI.
Kitorang pilih berfantasi dengan alatan sukan.
Boring gila kan budak sains buat teater?
Banyak benda boleh cerita, alatan sukan jugak dia pilih. Puii.

Skrip, acting, semua kena buat sendiri.
So kitorang membayangkan alatan-alatan sukan ni dalam stor tu bersembang sama sendiri tentang nasib dorang. Ada yang jadi bola sepak, ada yang jadi bola snooker, bola tampar, bola bowling. Yang jadik bola sepak siap conteng muka biar nampak cam bola sepak. Yang jadi bola bowling conteng muka buat tiga lubang hitam. Aku??
Aku jadi bola takraw.
Pandai aku pilih watak kan? Satu ton dengan kaler kulit. Takyah conteng muka. Hahahha.


Puas aku kelebet academic tracsript, jumpa la 2-3 helai. Ntah mana pegi la helai-helai yang lain. 
Tahun pertama, semester 2. Zaman muda remaja.
Ambik generic course Playwriting and Theatre Production.
Konon fun la course ni kan. Takyah baca. Just berlakon je. Apa susah pun. Kau kan kuat berangan. Apa ade hal nak berlakon. Kannn???



Sekali ni haaaa....lecturer nya!!!
Kalau sesape perasan, dia ni adelah salah sorang juri Sehati Berdansa.
And maybe juga ada jadi juri-juri program lain tapi aku tak tau.
En Hamzah Tahir.
Dulu aku add dia as fren. Tapi lepas aku nampak dia like one of aku nyer blog post, terus aku unfren. Takut aku. Hahahhaha.
Bila tengok fren-fren dia...Cheq...Rozie...Mahathir...Dasima...semua geng-geng aku. Bagus korang. Teruskan bersilaturrahim dengan lecturer ya.

En Hamzah ni best. Sangat sporting. Tapi tegas.
Sampai sekarang aku ingat dia sebat bontot aku sebab aku berlakon cam kayu. Sebat-sebat manja je. Tapi mendapat la jugak aku satu kali sebat kan. Ingat lagi time sebat tu dia cakap "Intonasi! Intonasi!". Masa tu kitorang kena buat lakonan semula teater apa ntah, lupa aku. Story about penduduk setinggan yang berkongsi paip air. Kena berlakon dua-dua orang. Aku berlakon dengan exboifren aku. Berlakon berebut giliran guna paip air. Yang aku ingat aku pakai kain batik. Rasanya aku berkemban time berlakon ni.
Pehhh...gila berani aku berkemban depan orang time ni. Badan masih slim lah katakan. Cuba skarang. Tersentil-sentil babat-babat aku. Konfem!

Then, salah satu exam kitorang adelah hafal satu dialog yang panjang, dalam half page A4 tu, and baca that dialog dalam beberapa mood. Ikut la ko dapat mood apa. Mood sedih, mood gembira, mood stress, mood cilanat ke apa ke. Kau kena buat on the spot. Just imagine kalau kena dapat mood nangis. Tak ke migrain kepala kau nak keluarkan airmata jam-jam tu gak?
Kalau keluarkan airliur takpe gak. Anytime. Tuii. Tuii.

En Hamzah ni suka tegur lipstik aku.
Aku dulu suka conteng mulut aku dengan macam-macam kaler.  Kadang-kadang oren atau bronze kaler. Selalunya aku pakai lipstik merah la. Konon pakai bronze nak dapat effect bibir seksi dan tebal la. Tapi sebab kau gelap kan, bila pakai bronze tu dah macam terbalik bibir kau.
Kadang-kadang aku tenyeh warna cinnamon. Macam gothic.
Bila aku pakai lipstik gelap En Hamzah mesti tegur aku "Gi kelas ke Mak Esah?"
Masa tu aku layankan je "Ha'ahhh"
Bila now aku tau Mak Esah tu gelaran untuk bomoh, terasa sungguh kemex sekali perasaan.

Aku suka tengok stage performance masa kat UNIMAS. Kadang-kadang free takde apa nak buat, baca buku malas kan, so aku masuk je mana-mana kelas budak-budak art ni. Duduk belakang sekali just nak tengok dorang blaja and belakon. Rasa kagum sangat dorang boleh bawak watak dengan satu kali petik jari je. Totally berubah eskpresi. Jangan cakap la keje belakon ni senang. Ce test satu kali dulu tengok boleh carry ke tak. Ce try. Ce try.



KLIK HERE : EPHYRA CONTEST
KLIK HERE : NEW SHAWL

posted by aveo757 @ 11:25 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER