2013-12-22

Tak berbaloi



Aku tak sompek nak mengadap laptop dengan bertenang-tenang lagi.
Jumaat and semalam busy balik Bangi sebab cousin aku kawen.
Today aunty-aunty and uncle-uncle aku nak datang rumah so busy ke sana-sini siapkan apa-apa yang patut. Nak lari kejap ke tempat shooting pun tak dan ni. Aku dah kemengahan. Seb baik model and photographer pandai bawak diri. Tu kat kat atas tu teaser new shawl. Insyallah, aku akan upload batch by batch start dari next week including skinny jeans :)

Semalam, aku terima satu email.
Email ni sebenarnya aku tak dapat nak letak kat blog walaupun sender dia nak aku letak untuk sebab-sebak tertentu. Ia terlalu sensitif sebab melibatkan nama beberapa orang siap dengan printscreen sms dari beliau dengan someone yang aku tak sangka sangat-sangat.

Puncanya, sender ni terpandangkan nama company aku dalam bank statement salah sorang ahli keluarga dia yang dah meninggal dunia. Aku pun tak ingat dah pasal ni. Dulu kat newsfeed kalau tak salah aku, ada link yang orang forward-forward kan tentang penyakit seseorang dan derma dialu-alukan. Aku pun tak ingat if aku ada bagi sumbangan tapi dia kata nama company aku appear kat bank statement and dia terperanjat sebab sehingga kelmarin dia masih lagi 'bergossip' pasal aku.

Nak terperanjat sebab apa tak tau.
The sender cakap dia juga adelah salah sorang yang pernah buat salah pada aku. Salah apa pun aku tak tau. And dia mintak maaf sangat.

Ok, aku taknak cerita panjang pasal tu.
Yang aku 'excited' adelah bukti sms and email 'gossip' yang yang dia attachkan. Nombor orang yang gossip pasal aku tu ada dalam contact list aku ni. Klaka jugak la bila pikir-pikir balik. Patut la aku contact tak bereply, rupanya dia ada 'masalah' dengan aku dalam diam yang aku pun tak tau apa puncanya.

Nasihat aku pada sender ni and frens, takde apa yang boleh dibanggakan dengan glemer di blog. Seriesly, nothing.
Kecuali dia mungkin sedikit sebanyak membantu marketing kalau kau ada buat online business. Tapi tu pun belum tentu.
Seriously nothing to be proud of.
Jadi, sangat tak berbaloi kau bermusuhan hanya kerana FEMES. Sumpah tak berbaloi. Sama la macam orang dok gaduh pasal politik. Berbaloi ke nak gaduh dengan kawan hanya kerana berbeza pendapat politik?

Bertambah tak berbaloi lagi bila kau bermusuhan dengan orang yang kau tak kenal in person, cuma melalui pembacaan-pembacaan and 'cakap-cakap orang'. Lagi tak berbaloi bila yang dimusuhi lansung tak tau menahu. Tak mendatangkan kesan. Gosip kita akhirnya sia-sia. Tapi tak tau la pulak aku kalau bermusuh-musuhan tu salah satu terapi minda.

Penyakit hati ni sebenarnya semorang ada. Antara pandai kawal atau tak je. And yang boleh kawal hati kita pun bukan orang lain, tapi diri kita sendiri. Jadi, tanya diri kita balik. Mampu ke kita kawal hati kita dari penyakit iri. Kalau tak mampu, identify kita tend to iri kepada perkara apa. Kalau kita jenis jaki tengok pompuan lawa dan tak boleh nak kawal hati, elakkan la dari bukak page-page pompuan lawa. Jangan la ko pegi hadap jugak hari-hari. Ni ada yang siap gugel lagi page semata-mata untuk
....... aku pun tak tau untuk apa. Untuk 'terapi' kah?

Kalau rasa iri dengan orang yang berjaya, berhenti dari ambik tau.
Kalau iri dengan orang yang lakinya kaya selalu bagi hadiah, berenti dari ambik tau.
Kalau iri dengan orang yang lifenya lagi best dari kita, berenti dari ambik tau.

Lagi senang untuk tak ambik tau dari ambik tau tau sebenarnya. Tapi ramai yang opt for for ambik tau. Lainlah kita boleh jadikan semua tu challenge untuk kita, then proceed. Kalau tak boleh, stop.

Membendung penyakit hati tu lebih mudah dari mengucapkan 'I'm sorry' sebab tak semua orang sanggup merendahkan ego untuk meminta maaf suatu hari nanti.

Dan tak semua orang boleh memaafkan.



KLIK HERE : EPHYRA CONTEST